Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Berapa lama lagi hayat keMERDEKAan negara kita?


Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh, hari yang mulia, hari yang bahagia, sambut dengan jiwa yang merdeka. Mari kita seluruh warganegara, ramai-ramai menyembut hari MERDEKA! MERDEKA!

Lagu hari Merdeka nyanyian Allahyarham Sudirman terngiang-ngiang ditelinga. Dari kecil hingga besar, lagu yang sama dimainkan pada setiap bulan keramat tanpa jemu. Semasa kecil, kita didendangkan dengan lagu-lagu patriotik. Bila sampai bulan Ogos, secara automatiknya, kita akan berperasaan patriotik untuk menyambut hari kemerdekaan. Bendera dikibar, bangun pagi, siap ke perarakkan kontijen. Perkara yang sama akan berlaku bila sampai giliran anak, cucu kita kelak.

Tapi hari ini. Ada rakyat Malaysia sendiri yang mencemuh hari kebangsaan. Kata mereka ini bukan hari kebangsaan. Ini cuma hari UMNO dilantik oleh British menjadi kerajaan. Hari Malaysia cuma pada 16 sept, bukan 31 Ogos. Ya betul hari Malaysia pada 16 sept. Tapi hari kemerdekaan kita hanyalah pada 31 Ogos, bukan 16sept. Buta sejarahkah orang-orang yang mempertikaikan semua ini.

Jika rakyat Malaysia sendiri sudah tidak menghormati hari kebangsaan kita. Apa lagi nak harapkan orang luar?

Demi kuasa, sudah ramai diantara kita yang sudah berani menjual agama, menjual kaum bahkan mereka dalam perancangan untuk menjual negara jika dapat memerintah.

Soalan terakhir.. Agak-agaknya.. dapatkah anak dan cucu kita mempertahankan kemerdekaan negara kita sekarang? Dapatkah mereka warisi apa yang telah kita warisi dari nenek moyang kita? Negara kita baru berumur 53tahun. Tapi sudah ramai petualang Agama, Bangsa dan Negara yang menunggu masa untuk mengkhianati semua ini.

p/s: Doakan kesejahteraan dan keamanan ini kekal untuk selamanya.

MctHeory:
Selamat Hari Kebangsaan yang ke 53, MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tiada ulasan: