Isnin, 30 Ogos 2010

MB KEDAH BUAT PASAI LAGI! LANTIK 1200 ORANG PEGAWAI KHAS, MANA DIA DAPAT DUIT BAYAQ GAJI?


Oleh Tarmizi Md Jam

Menteri Besar Kedah diberitakan telah melantik seramai 1,200 orang Pegawai Khas yang kerjanya pastilah untuk menjalankan tugas-tugas khas.

Namun, apakah definisi tugas-tugas khas tersebut tidak pula dapat dipastikan. Apa yang pasti ialah setiap seorang dari mereka diberi gaji sebanyak RM300 sebulan.

Mereka ini tidak perlu masuk ke pejabat atau melapor diri di mana-mana, tetapi hanya perlu bergaul dengan masyarakat setempat, di kedai-kedai kopi, surau atau masjid-masjid, di majlis kenduri-kendara serta tempat-tempat orang ramai selalu berkumpul.

Jika perlu, mereka akan menayang kad nama mereka yang tertulis jawatan mereka sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kedah. Pasti orang kampung akan terkebil-kebil melihat kad tersebut, sedangkan status jawatan mereka meragukan.

Melihat dari cara bekerja yang begini, kita dapat meneka bahawa mereka ini ialah agen propaganda untuk meraih sokongan terhadap PAS, memastikan BN ditolak di samping menaikkan imej MB, PAS dan kerajaan negeri.

Hebat juga idea MB Kedah ini.

Kita tidak mempersoalkan tindakan MB Kedah yang pro-aktif untuk memastikan dia kekal berkuasa, tetapi kita mempersoalkan dari manakah wang RM360,000 sebulan atau RM4,320,000 setahun itu didapati untuk membayar gaji 1,200 orang Pegawai Khas ini?

Selain itu, sebagai rakyat Kedah, kita juga berhak tahu lantikan mereka adalah dibawah peruntukan mana? Apakah mereka bertaraf jawatan tetap, kontrak, sangkut atau sambilan? Apakah jawatan mereka diwartakan dalam perkhidmatan negeri?

Jika wang negeri yang digunakan tetapi kerja mereka hanyalah sebagai agen propaganda PAS, bukankah itu bermakna MB Kedah telah salah guna wang kerajaan?

Mungkin MB Kedah harus diingatkan bahawa PAS itu bukan kerajaan negeri, ia hanya sebuah parti dan tidak wajar bagi PAS menganggap bahawa wang kerajaan negeri adalah wang parti.

MB Kedah juga harus tahu bahawa wang dari anak-anak syarikat kerajaan negeri juga, bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan Negeri, jauh sekali oleh parti.

MB Kedah walaupun agak terkenal juga dengan tindakannya yang mengkayakan kroni, tetapi sehingga kini masih dilihat sebagai bersih kerana tidak pernah menerima apa-apa pemberian tidak sah untuk kegunaan sendiri.

Namun begitu, bersih bukan hanya bermakna tidak mengambil wang untuk kegunaan sendiri dan keluarga, tetapi bersih juga bermakna tidak menggunakan wang negeri untuk kegunaan yang salah.

MB Kedah harus menjawab kemusykilan ini segera supaya rakyat Kedah mendapat gambaran yang jelas mengenai apa yang sebenarnya yang berlaku

Malaysia Instinct

Untuk memastikan Pas terus berkuasa di Kedah. Mereka sanggup menghabiskan duit rakyat semata-mata untuk propaganda. Pegawai-pegawai inilah yang akan membuat fitnah dan melancarkan lakonan-lakonan di Kedah nanti. Nampaknya Pas Kedah sudah mula bergerak untuk berperang. Macam mana pulak dengan UMNO Kedah? Tak reti-reti nak gerak ke?

MctHeory:
Rasanya UMNO Kedah dok tidoq lagi kot.. hmm..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DLU DIORANG GAK TUDUH2 BN GUNA HARTA KERAJAAN TP SKRG DIORANG LG HEBAT!. STATUS 'PENCACAI2' KHAS DH MCM EJEN KERAjadian PAS JEK KEHKEHKEH >|D

McTheory berkata...

Betul tue bro Jeff..

siap pakai pegawai khas lagi. memang dahsyat gile.

C L J berkata...

Tompang menempel satu soalan tambahan: Kalau mereka itu berbuat salah seperti fitnah dan sebagainya apakah Kerajaan Negeri akan bertanggong jawab terhadapnya?