Isnin, 30 Ogos 2010

CEMAR KESUCIAN MASJID! UMAT ISLAM MARAHKAN PEMBANGKANG!



SIK - Tindakan pembangkang yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik tanpa mengira keadaan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, isu seperti doa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dan majlis "tazkirah" seorang wakil rakyat DAP di sebuah surau di Selangor menyebabkan banyak pihak marah kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan terpaksa tampil membuat penjelasan mengenai keadaan sebenar kepada pihak terbabit agar tidak menjadi masalah besar hingga boleh menimbulkan pergeseran.

Kerajaan tidak memberikan penjelasan itu kerana tujuan politik walaupun tindakan pihak-pihak terbabit telah mempolitikkan masjid, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 243 mangsa banjir daerah Sik di sini hari ini.

"Apabila seorang wakil rakyat wanita DAP menjadikan sebuah surau sebagai tempat tazkirah beliau, ia jelas menunjukkan ada pihak gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menjaga masjid dan surau.

"Mereka yang diberi tanggungjawab perlu menjaganya dengan baik serta mematuhi peraturan sedia ada," katanya.
- Sinar Harian

Namun masih ada si bonggok (N.ajis) yang masih membela dan cuba menyokong perbuatan mencemar masjid ini. Orang seperti ini hidupnya hanyalah berpolitik dan agama digunakan sebaik mungkin dengan meraih hasil sokongan. Harap umat Islam dapat berfikir, yang benar, yang mana palsu.

MctHeory:
Banyak syaitan berjubah bila dunia makin hampir usianya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:
1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

sumber :- http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid

jemaah masjid berkata...

Semua orang tahu, isu larangan ttg adun dap yg memasuki masjid adalah isu politik. Walhal, org bukan islam sudah lama dibenarkan masuk ke masjid conthnya di masjid putrajaya dan masjid kristal, Terengganu. Hal bertudung dan berpakaian sopan itu hanyalah adat dan sbg tanda hormati masjid shj.

P/S: Isu yg lebih besar, kenapa ramai pengantin Islam yg dibenarkan masuk masjid dgn berpakaian kemban dan tidak bertudung dgn baik??