Jumaat, 13 Ogos 2010

NASIB MALANG ORANG MELAYU DI PULAU PINANG! SALAH SIAPA, AGAKNYA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sejak kebelakangan INI kita sering terbaca tentang banyak BENTUK penindasan terhadap orang Melayu di Pulau Pinang.. Bermula dengan peROBOHan gerai-gerai peniaga Melayu di sekitar pantai Batu Feringghi, peROBOHan kampung-kampung TRADISIONAL Melayu seperti Kampung Binjai dan Kampung Tanjung Tokong, menghalang perarakan sambutan Maulidurrasul, memFITNAH seorang pegawai kerajaan pusat berbangsa Melayu secara terBUKA dan KALI ini Ketua Menteri KIASU 'KHALIFAH Umar Abdul Aziz' mengGANAS lagi ala-ala GENGHIS Khan dengan mengenepikan hak peniaga-peniaga Melayu untuk membuka bazar Ramadhan di KOMTAR.. Secara TELUSnya, dapatlah kita fahami segala tindakkan 'KHALIFAH' KIASU ini menjurus kepada tindakan sehala terhadap orang Melayu semata-mata..

Begitu EKSTRIMnya tindakkan 'KHALIFAH' KIASU ini terhadap orang Melayu hinggakan ada pak cik TUA yang sanggup menunggunya selama 4 JAM semata-mata hendak 'berTEPUK PENAMPAR secara TIDAK MESRA' dengan 'KHALIFAH' KIASU kesayangan Lebai PAS ini..

Mungkin 'KHALIFAH' KIASU ini patut tahu bahawa RM100 setahun yang 'diRASUAHkan' untuk orang tua-tua Melayu seperti pak cik ini belum mampu menahan DIRInya daripada 'berTEPUK PENAMPAR secara TIDAK MESRA' dengannya.. Almaklumlah, mungkin orang TUA tu pun TAHU makanan 'FRISKIES' untuk anjing belaan 'KHALIFAH' KIASU ini pun jauh lebih MAHAL daripada nilai RM100 tersebut.. HE!HE!HE!

Untuk REKOD, 'KHALIFAH' KIASU ini bukanlah satu-satunya pemimpin parti 'RACIST' La'anatullah yang pernah 'berTEPUK PENAMPAR secara TIDAK MESRA' dengan orang Melayu.. Pengerusi parti 'RACIST' La'anatullah yang dok jadik 'LAWYER' kepada Penasihat PKR dalam KES 'menJUBOR'nya jugak pun pernah diTAMPAR oleh seorang pendekar Melayu 20 tahun dahulu.. Ala... Jangan le buat-buat LUPA pulak? HE!HE!HE! Nak baca klik sini

Namun, kepada orang-orang Melayu KHUSUSnya di Pulau Pinang, anda janganlah INGAT dengan 'berTEPUK PENAMPAR secara TIDAK MESRA' ini mampu meLUMPUHkan agenda parti 'RACIST' La'anatullah terhadap orang-orang Melayu di sana.. Kita harus mengakui bahawa kedudukkan orang Melayu di Pulau Pinang ketika ini amat GETIR dan sering dijadikan mangsa penindasan oleh pihak yang dimaksudkan.. Yang SEDIHnya tuh, dah le kena TINDAS, parti-parti POLITIK Melayu seperti UMNO dan PAS langsung buat tak nampak aje dengan apa yang berlaku?

Lebai PAS memang TAKUT dengan 'KHALIFAH' KIASU.. Lagi pun mereka cuma ada 1 kerusi DUN aje di sana.. Cuma yang kita rasa RALAT tuh apabila seorang Naib Presiden UMNO yang diAMANAHkan oleh UMNO Pusat untuk mengembalikan sokongan Melayu di sana terhadap UMNO telah membuat kenyataan yang meRUGIkan seperti INI..

Adakah semua pemimpin UMNO sependapat dengannya? Kita SERAHkan sahaja kepada UMNO sendiri untuk menJAWABnya.. Yang nyatanya, makin orang Melayu Pulau Pinang rasa MELUAT dengan UMNO, ada la! Ini jugak penyebab 'KHALIFAH' KIASU berjaya memanipulasikan keadaan hingga menjadikan Melayu menyalahkan Melayu sendiri!

Kita SEDAR UMNO Pulau Pinang GAGAL melahirkan pemimpin Melayu yang berWIBAWA untuk memimpin di sana.. Walaupun sudah ada bekas PM dan bekas TPM berasal dari Pulau Pinang, rasanya SEMUA tahu apa dah jadik dengan mereka apabila diAMANAHkan dengan KUASA.. TerBUKTI mereka mudah dilalaikan dengan KUASA dan lebih mementingkan kepetingan DIRI semata-mata.. Dengan kata lain, pemimpin INIlah yang menjadi pemimpin UMNO paling TERUK dalam sejarah.. Apabila Melayu Pulau Pinang meluat dengan UMNO kerana pemimpin seperti ini, adakah wajar mereka dipersalahkan?

Siapakah yang LAYAK membantu orang Melayu di Pulau Pinang daripada terus-menerus menjadi mangsa 'KHALIFAH' KIASU? NGO-NGO Melayu tidak ada KUASA pun hanya setakat mampu anjurkan demonstrasi sahaja.. Lama-kelamaan, Pulau Pinang akan menjadi Singapura kedua dalam Persekutuan Malaysia.. Pada masa tuh, UMNO dan PAS boleh tinggal BENDERA aje la dalam lipatan sejarah Pulau Pinang.. Kita cuma mampu menasihatkan Melayu Pulau Pinang atau Tanjong seperti di bawah:-

اورڠ ملايو ڤولاو ڤينڠ هاروس بيجق مڠڬوناكن كواس اوندي مريك دالم ستياڤ ڤيليهنراي

اورڠ ملايو ڤولاو ڤينڠ ڤاتوت منوبوهكن ڤرتي ڤوليتيك مريك سنديري سڤرتي قوم-قوم د سراوق

اورڠ ملايو ڤولاو ڤينڠ هاروس بكرجاسام سچارا سڽڤ اونتوق مڠلقكن دوميناسي بوكن ملايو د نڬري مريك

Dalam BLOG nih payah sikit nak tulis format macam di atas.. Jadik, pandai-pandailah TAFSIRkan sendiri ye! HE!HE!HE!

Wallahualam..

Tukang Dok Peghati

MctHeory:
UMNO Penang Dok Tidoq lagi ka?

Tiada ulasan: