Mc sekarang berada dikawasan luar bandar (ada kerja sikit). Jauh dari kesibukkan kota, bandar kecil Panchor, Muar johor, dalam parlimen Pagoh, parlimen TPM kita Ts Muhyiddin. Mc kat sini sempat juga meronda beberapa tempat sambil 'wusya' kewujudan benda 'asing' iaitu parti lain yang bertapak kat sini selain UMNO/BN.
Dalam pekan Panchor ada beberapa Kampung, empat atau lima, Mc pun tak beberapa pasti. Cuma penduduk disini masih lagi bersatu padu dengan semangat kekeluargaan. Semangat 'UMNO' jaguh kampung masih tersemat dalam hati penduduk disini. Kenduri kendara dikendalikan oleh persatuan yang dibantu oleh UMNO.
Rumah-rumah rakyat, dibina oleh UMNO cawangan dibawah peruntukkan sendiri. Ada 5 buah rumah kos rendah dibina kepada penduduk miskin. Penduduk miskin disini dibela, rm150 sebulan, jika ada anak rm250 sekolah. Tak termasuk bantuan dari sekolah dan bantuan-bantuan lain.
Yang paling penting, takde bendera cap bulan boleh bertapak kat kampung ni. Dulu Pas pernah masuk untuk bertapak, akhirnya malu sendiri (takde sambutan) dan hilang entah kemana. PKR dan Dap langsung tak pernah wujud. UMNO masih lagi kuat disesetengah kawasan di Johor. UMNO kuat bukan disebabkan UMNO sendiri yang kuat, tetapi keikhlasan pemimpin bawahan yang membawa imej baik menjadi contoh kepada rakyat.
Nampaknya pekan Panchor masih lagi selamat dari dihuru-harakan oleh puak Pembangkang.
MctHeory:
Sini line tenet takde, kalau ada pun jauh nak kena keluar. Ini pun Mc guna HP, line tersekat-sekat. he he. .
3 ulasan:
SLM BRO..BOLEHLAH DI KATA UMNO/BN MASIH KUKUH DI NEGERI KWN NI. TP HARAP2 UMNO X LEKA DGN GELARAN KUBU KUAT SBB DLM SENARIO POLITIK SKRG ISTILAH KUBU KUAT DH XDE. TP ALHAMDULLILAH LA NMPKNYA UMNO NEGERI DH MULA MENGORAK PELBAGAI AGENDA MENDEKATI RAKYAT. INYSALLAH BRO
Bro, itulah yang sepatutnya dilakukan oleh kepimpinan UMNO setempat...sentiasa perihatin kpd rakyat..... bukan berlagak bila menjadi Wakil Rakyat...
tolong sikit ye bro, lambang PAS bukan bulan tapi penutup tin milo.
Catat Ulasan