Rabu, 4 Ogos 2010

PANAS! APA KENA MENGENA KES LIWAT ANWAR DENGAN HUBUNGAN FARAH DAN SAIFUL?

Hanya orang yang benar-benar buta hati perut sahaja yang tidak dapat membaca strategi Anwar yang sengaja menunda kesnya selama yang boleh. Inilah strategi orang bersalah yang terlalu takut kebenaran akan terbongkar.

Kes Anwar ditunda lagi semalam, bukan kerana Saiful takutkan pengesahan bukti fizikal oleh pakar-pakar perubatan. Bukan juga kerana Saiful takut disoalbalas oleh Karpal.

Tetapi kelihatan semakin terserlah bahawa Karpal yang takut kepada bukti fizikal yang bakal terdedah dan kecut perut untuk menyoal balas Saiful.

Kita faham yang Karpal sebenarnya terpaksa menurut saja perintah Anwar kerana dia bekerja untuk Anwar.

Jauh di sudut hatinya Karpal tahu, tindakannya meminta kes ditunda berpuluh-puluh kali bukan sahaja menunjukkan yang anak guamnya bersalah tetapi juga menjatuhkan reputasinya sebagai peguam yang hebat.

Seorang peguam yang hebat tidak akan menggunapakai strategi menunda kes untuk memenangkan anak guamnya.

Melainkan anak guamnya benar-benar bersalah, tidak ada sebab bagi mana-mana peguam untuk mengelak menyoal balas saksi pendakwa di mahkamah.

Dalam banyak-banyak alasan untuk menunda kes, alasan Karpal kali ini adalah yang paling dangkal, paling memalukan dan paling terdesak yang pernah kita dengar.

Karpal menuduh kononnya Saiful punya hubungan intim dengan salah seorang pembantu pasukan pendakwa, iaitu Farah Azlina Latif.

Alasan Karpal bolehlah ditulis semula begini: Oleh kerana Saiful mungkin mempunyai hubungan dengan Farah, iaitu pembantu kepada pihak pendakwa, maka tidak mungkin Anwar meliwat Saiful!!

Ramai yang tergelak mendengar alasan Karpal ini. Tak fasal-fasal Karpal menjadi bahan jenaka kerana membela Anwar.

Sedarkah Karpal bahawa dia akan lebih dihormati jika tetap konsisten dengan tuduhannya terhadap Anwar di parlimen dalam tahun 1997 dahulu? Sejarah tetap sejarah, dan tidak boleh diubah. Sejarah telah merekodkan bahawa Karpal adalah antara yang pertama mendedahkan Anwar sebagai peliwat!

Siapa sangka, hari ini Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan membela pendedahannya sendiri.

Karpal nampaknya sudah kekeringan idea untuk membela Anwar. Maka, idea kali ini seolah-olah datang dari kepala otak kotor Anwar sendiri.

Anwar mungkin masih berdendam dengan Saiful kerana membongkarkan kisah liwat-2 ini. Namun, di masa yang sama, Anwar masih punya perasaan terhadap Saiful.

Melihat Saiful yang berbual mesra dengan Farah, Anwar mungkin merasa geram dan cemburu dan terkenang-kenang masa yang lalu.

Dari cemburu itulah timbulnya idea untuk tunda kes sekali lagi. Mungkin bagi Anwar, kalau dia tak dapat Saiful, biar Farah atau siapa juga tak dapat memiliki Saiful.

Maka, Karpal pun diperintahkan untuk menggunakan idea ini untuk memohon tunda atau jika tuah di pihaknya, kes mungkin boleh diketepikan terus. Itu adalah fikiran yang berlegar dalam otak kotor Anwar.

Namun, bagi otak yang waras, kita pasti terfikir, kes ini adalah kes Anwar liwat Saiful.

Bukan kes Farah liwat Saiful atau Anwar liwat Farah atau Saiful liwat Farah atau Farah liwat Anwar atau Karpal liwat Anwar!

Saiful punya hak untuk punya hubungan dengan siapa saja sekalipun di pihak pendakwa, dan ia masih tidak menjejaskan fakta pertuduhan iaitu Anwar liwat Saiful.

Saiful boleh berkahwin dengan Farah hari ini, dan fakta kes akan tetap kekal iaitu Anwar dituduh meliwat Saiful.

Anwar juga boleh bertaubat nasuha hari ini dan bersumpah di dalam ka’abah sekalipun, ia masih tidak mengubah fakta pertuduhan yang telah dibuat iaitu Anwar telah meliwat Saiful.

Karpal boleh mati hidup semula dan menerima negara Islam, Israel boleh berdamai dengan Palestin, Afghanistan boleh menjadi kuasa besar dunia dan bumi boleh berhenti berpusing ; Walau apapun terjadi di dunia ini, walaubagaimanapun strategi dan muslihat Karpal dan Anwar, fakta kes tetap kekal bahawa Anwar dituduh meliwat Saiful. Noktah.

Justeru, Anwar tetap, pasti, wajib, mesti dan terpaksa menghadapi perbicaraan bagi membongkar kebenaran tentang bagaimana DNAnya boleh termasuk ke ‘dalam’ Saiful.

Rakyat semua sudah letih melihat permainan kotor Anwar. Semakin hari, semakin terserlah betapa terdesaknya pihak Anwar. Semakin hari, penyokong semakin berkurangan dan Anwar semakin keseorangan.

Kita menjangkakan yang Karpal akan terus memohon tunda terhadap kes ini demi membeli masa untuk Pakatan Rakyat sehingga Pilihanraya akan datang. Kita tunggu sahaja alasan Karpal seterusnya untuk menunda kes.

Jika alasan kali ini sudah dilihat sebagai paling dangkal, alasan selepas ini, pastinya dua kali ganda lebih dangkal, lucu, memalukan lagi menjengkelkan.

Lebih lama ditunda, lebih muaklah kita terhadap Anwar dan Karpal. Jangan sampai Pilihanraya akan datang, orang ramai akan termuntah apabila saja mendengar nama Anwar dan juga Karpal.

Malaysia Instinct

P/s: Strategi anwar kali ni paling gila babi, dia suruh anjing dia buat cerita pasal Farah dan Saiful. Lepas tu guna troopers sebar kat net, kemudian.. masuk mahkamah bagi alasan nak tunda kes? Punya la buruk perangai mamat pelewat peliwat tegar ni.

MctHeory:
Objektifnya ialah, kalau tak salah kenapa takut?

Tiada ulasan: