Rabu, 4 Ogos 2010

TERGOLEK! PBT SELANGOR SAPU RM17 JUTA 600 RIBU DUIT RAKYAT!


Dari blog PapaGomo, Maklumat yang baru di terima daripada sumber dalaman pejabat Negeri Selangor mendedahkan satu butiran terperinci akan KERAKUSAN Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR yang di ketuai oleh Khalid Gagap dalam mengaut hasil Rakyat Selangor.

Untuk makluman semua Pada waktu ini setiap Ahli Majlis PBT di bayar Gaji berserta Elaun dan Kos sampingan sebanyak RM 100 Ribu Setahun!

Terdapat 8 PBT di Selangor yang mana setiap PBT di anggotai oleh 22 Ahli Majlis! Dengan Pendapatan Rm100 Ribu setahun bagi Ahli Majlis PBT maka menjadikan jumlah keseluruhan Wang Rakyat Selangor yang di gunakan untuk membayar gaji Ahli Majlis PBT ini RM 17 Juta 600 Ribu!

Jumlah ini merupakan sekali ganda daripada Gaji yang di bayar kepada Ahli Majlis PBT Sewaktu Kerajaan Barisan Nasional Mentadbir. Sambung baca sini.

Perghh.. setiap ahli Majlis dapat rm100 ribu, kalau 22 orang sudah ada 17 juta 600 ribu. Untuk pengetahuan pembaca, ahli-ahli majlis didalam PBT sekarang terdiri daripada orang-orang politik yang dilantik. Mereka menjadi ahli majlis PBT bukan bergantung kepada kemahiran atau pendidikan, mereka dilantik mengisi kekosongan selepas UMNO/BN meninggalkan kerajaan Selangor.

Ini bermakna, banyak sampah yang terlepas masuk menjadi ahli Majlis. Sehinggakan perompak dan penyamun juga dilantik menjadi ahli majlis PBT. Sebab itu kita tengok mereka ni mana ada buat kerja. Setiap hari dok fikir macam mana nak samun duit je kot.

Patutla semakin banyak lubang pasir di korek, makin banyak kelab dibagi lesen. Rupanya untuk tampung duit bagi kat kroni ni la ye. Bagus betul kerajaan Selangor sekarang.

Khalid kata Kerajaan Selangor takde duit, kononnya yang mana rugi semua nak ditutup. Ni bayar gaji elaun dan bonus kat ahli majlis ni apa cerita? Kalau sikit takpe, nak banyak betul disapunya. jawab Khalid! Jawab!

P/s: Sebenarnya, yang merugikan Selangor bukan orang lain, tetapi puak Pakatan sendiri yang 'jaga' Selangor sampai lingkup, ni ada hati nak jaga Malaysia. Pakai Tergadai la nampaknya.

MctHeory:
Mainkan slogan baru! Dimana ada Pakatan, disitu ada 'KEROSAKAN'!

Tiada ulasan: