Rabu, 4 Ogos 2010

KAITAN DAP DAN KONGSI GELAPNYA!


Nampaknya betul cakap Dr Khir yang membuat kenyataan mengenai 'DAP Mafia Politik' berkaitan isu curi pasir sekarang. Sejak terbabitnya Dap dengan politik, pelbagai isu samseng telah muncul dan bercampuk aduk dengan politik Tanah Air sekarang.

Untuk pengetahuan pembaca, P.Pinang merupakan sarang utama kongsi gelap cina paling besar dan paling ganas di Malaysia. Cuma mereka mungkin jarang melakukan aktiviti didalam P.Pinang disebabkan mahu melindungi sarang terbesar mereka.

Mc difahamkan, sebelum Perak kembali kepada BN. Perak, terutamanya Ipoh, telah menjadi sarang kedua untuk berkumpulnya kumpulan-kumpulan kongsi gelap cina memonopoli kawasan. Kumpulan ini hidupnya mencari makan dengan benda-benda haram dan mereka selalunya mempunyai 'kabel' politik yang kuat bagi menjaga kumpulan mereka dari pihak berkuasa.

Kini Selangor menjadi tempat tumpuan mereka mencari makan. Kuasa Dap amat kuat di Selangor. Jika tidak percaya, lihat sekeliling anda sekarang. Berapa banyak kedai pinjaman berlesen (didalangi oleh ah-long) yang telah wujud dikawasan anda? Berapa banyak spa (urut batang badan) telah muncul? Pub dan Club? Hotel Murah? Jangan cakap la, di Petaling Jaya saja sudah beratus lesen untuk Pub, club, spa dan hotel murah dikeluarkan.

Jika dulu kerajaan Selangor (semasa BN) hanya mengeluarkan lebih kurang 500 lesen untuk Spa, Tetapi kerajaan Selangor sekarang keluarkan hampir 3000 lesen. Cuba lihat perbandingannya? begitu jauh sekali. belum lagi lesen club, lesen minuman keras dan judi. Mesti la semakin bertambah-tambah pengeluaranya.

Semua ini hanya menambahkan aktiviti sosial di Selangor. Selalunya pekerjaan begini didalangi oleh kongsi gelap cina, hanya untuk menjaga perniagaan mereka. Inilah cara kongsi gelap cari makan. Kongsi gelap pula wujud apabila mereka merasakan kawasan yang bakal mereka duduk selamat dan berpeluang untuk menambahkan pendapatan dan ahli.

Sebab itu di Selangor sekarang semakin banyak wujud geng kongsi gelap. Malah ahli-ahli majlis PBT sendiri pun ada yang terdiri daripada ahli kongsi gelap. Sebab itu lesen mudah diluluskan. Kiranya kerajaan Selangor sekarang sudah dipengaruhi dengan kuasa kongsi gelap cina.

Teoh Beng Hock, salah satu mangsa yang disyaki dibunuh oleh samseng hanya untuk menutup mulut supaya tidak membocorkan rahsia pecah amanah Dap. Apabila isu pasir diserang dan banyak kesalahan Dap didedahkan, Tee Boon Hock pula cuba dijadikan kambing hitam untuk menunjukan kepada media bahawa Dap benar-benar 'telus' dalam kerjanya.

Semalam bekas Adun Permatang Datuk Abdul Aziz Md Noh mati ditembak, cuma kita masih lagi tidak mengetahui apa motif sebenar disebalik kematian beliau. Siapa dalangnya? dan Apa puncanya?

Apa yang pasti dakwaan ketua Pembangkang Selangor yang mengatakan Dap mengunakan samseng dalam isu Pasir adalah benar. Kerana, dimana ada Dap, pasti ada kumpulan kongsi gelap bersamanya.

P/s: Sebenarnya sudah lama Dap didalangi oleh Kongsi Gelap, hanya kita saja yang tidak sedar, atau buat-buat tak sedar.

MctHeory:
Dimana ada Pakatan disitu ada 'KEROSAKKAN'

1 ulasan:

lan berkata...

salam..untuk pengetahuan MC, di puchong saja dah cukup..ahli majlis datang siap bawak muka wanted polis lagi..macam mana selangor nak maju..asyik bayar samseng jer..