Isnin, 2 Ogos 2010

PANAS! HASSAN ALI TERSEPIT ANTARA PENDIRIAN ATAU PARTI! MESTI BACA!


Semua diantara kita tahu bahawa, Pesuruhjaya Pas Selangor Hassan Ali diantara individu yang memperlihatkan minat untuk mengadakan pembincangan dengan UMNO. Beliau juga individu yang disyaki berjumpa dengan Ts Harussani Mufti Perak, atas alasan kononnya berbincang tentang hal-hal kerja. Tetapi baru-baru ini Hassan Ali kembali menyerang UMNO Selangor dengan mengatakan Gelombang SSDE adalah punca kerana UMNO Selangor sudah terdesak.

Bagi pemerhati politik, kenyataan Hassan Ali itu lebih dilihat untuk mengalihkan perhatian media dan rakan pembangkang yang lain kepada suatu isu yang baru. Kenyataannya itu bagi memperlihatkan 'konon'nya beliau masih lagi setia bersama Pas bagi memperjuangkan dasar-dasar Pas bersama Dap.

Mc pernah bersua dan berbincang dengan seorang pemimpin markas Pas, mengenai isu ini, beliau diantara orang yang disegani oleh ahli Pas dikawasan beliau. Beliau ini seorang ketua markas merupakan antara orang kuat Hassan Ali di Selangor. Mc sengaja mengusik beliau mengenai kerajaan perpaduan dan juga pasal perihal Bosnya Hassan Ali. Sesambil bergurau, boleh juga korek rahsia. he he he. .

Sebagai seorang Islam yang berbangsa Melayu, sememangnya beliau gemarkan perpaduan Ummah. Perpaduan Ummah bermaksud, Melayu Islam bersatu dan tidak lagi berpecah seperti sekarang. Kata beliau jika Melayu bersatu, tidak akan ada apa bangsa pun boleh melawan kita dalam segala bidang. Sepatutnya UMNO dan Pas boleh bersatu, dasar Pas dan UMNO sememangnya sudah sama. CUMA, perjuangan Pas agak berlainan dengan cara UMNO. Pas lebih dilihat Islamik dan UMNO lebih mirip kepada parti kebangsaan.

Mc tanya dia lagi, "bukankah UMNO juga parti yang memperjuangkan Islam?" Beliau menjawab, UMNO mungkin memperjuangkan Islam, tetapi 'rupa' yang dilihatkan pada UMNO sekarang, bukanlah parti yang memperjuangkan Islam. Malah jika dilihat, ramai pemimpin UMNO yang tidak Islamik dan tidak memperjuangkan Islam dalam perjuangan mereka hari-hari. Contohnya, Isteri pemimpin-pemimpin UMNO, kebanyakkannya tidak memakai tudung. Masih ada lagi Isteri pemimpin UMNO yang bersalaman dan memeluk lelaki bukan muhrimnya.

Kata beliau lagi, ini tidak sepatutnya berlaku. Jika Islam, buat cara Islam. Jangan buang tu sikit, ambil ni sikit, ini boleh itu tak boleh. Mc bagi soalan balas, "Kenapa Pas selalu ungkitkan perkara ni? Bukankah ini masalah kecil dan peribadi". Sambil tersenyum dia menjawab, "Masalah sebenarnya sebab macam ni la, dari masalah kecil la kita kena jaga, takkan nak tunggu dah besar baru nak selesaikan, UMNO kata perjuangkan Islam, tetapi kenapa Isteri pemimpin tertingginya masih lagi tidak memakai tudung? Betulkan yang ini dulu, lepas tu baru ajak Pas 'join' dengan UMNO".

Beliau sambung lagi "Kalau 'ini' pun UMNO tak boleh perbetul, macam mana UMNO nak perbetulkan ahli-ahlinya yang membuat kesalahan lain. Dalam Islam, Orang lelaki adalah pemimpin rumahtangga, Isteri dibawah perintahnya, jika rumahtangga pun tak boleh nak jaga, macam mana nak jaga orang lain."

Mc cuba kenakan beliau dengan mengatakan dasar Pas kini, tertakhluk kepada perintah Dap. Beliau cuma tersengih, "beliau berkata, Pas tetap memperjuangkan Islam, cuma demi mengalahkan UMNO dan BN, Pas sanggup ber'kawan' dengan Dap. Bukan mudah untuk menumbangkan UMNO yang begitu berkuasa, tambahan pula dengan sokongan parti komponen BN yang lain, tidak mungkin Pas akan menang jika tanpa sokongan Dap. Jadi, Dap dan Pkr merupakan satu rakan kuasa yang mempergunakan kelebihan masing-masing untuk ketampuk kuasa".

Mc tanya lagi, "bukankah Dap tu parti cina yang menentang Islam, dan Pkr pulak dah jelas-jelas parti liberal yang didokong oleh kuasa barat. Apa yang mampu Pas perjuangkan lagi jika bersama rakan parti seperti ini". Kali ni beliau kelihatan berdiam diri, tunduk dan menarik nafas panjang. kemudian beliau berkata "Sebab itulah Pas sedang bercelaru, malah dalam parti Pas sendiri sudah berpecah belah, Sebenarnya ramai diantara ahli Pas yang tidak suka akan Dap. Tapi nak buat macam mana? Dap adalah rakan kongsi Pakatan, mahu atau tidak Pas kena bekerjasama dengan Dap."

Kemudian beliau mengakui bahawa, "Hassan Ali sendiri pun tersepit diantara pendirian diri atau pendirian parti. Mana ada orang Islam yang tidak suka melihat Islam kuat, cuma mungkin masanya belum tiba". kata beliau lagi. Sebenarnya panjang lagi Mc berburak dengan Ustaz Pas ni, cuma Mc ambil beberapa 'point' penting  je la. Sebenarnya, ramai ahli Pas tidak suka UMNO. Tapi ramai ahli Pas yang mahu kuasa Islam dan Melayu bergabung bagi membentuk perpaduan yang sangat utuh.

Sama la juga dengan ahli UMNO ye tak. Mana ada ahli UMNO yang suka Pas, cuma kita nak berbaik-baik untuk membentuk perpaduan Ummah yang kuat diantara Islam dan Melayu. Mungkin ada diantara pemimpin Pas yang tidak sedar bahawa, melayu boleh hilang kuasa jika umat Islam di Malaysia tidak bersatu. Apa pun alasan puak Pas ni pada kita, Mc kata kita boleh mendabik dada kerana UMNO tidak takut kepada sesiapa pun untuk memperjuangkan Islam dan Melayu di Malaysia. Malah parti komponen BN juga merestui segala tindakan UMNO.

Ini berlainan dengan Pakatan haram, dimana Dap yang mengawal pergerakkan Pas. Kalau bangsa lain dah kawal melayu, macam mana melayu nak hidup nanti? Apa lagi yang mampu melayu perjuangkan jika semua gerak gerinya dikawal. Fikir-fikirkanlah.. sendiri.

*Mc terpaksa rahsiakan identiti individu terbabit untuk mengelakan beliau dikecam oleh puak-puak khawarij yang lain. Harap Maklum!

MctHeory:
Nampak sangat sememangnya Pas 'Takut' dengan Dap. Seperti Tuan dan Anjingnya.

8 ulasan:

ameno apco berkata...

memang betul kata ustaz terbabit, ameno memang tak mengikut ajaran Islam. Lagipun, rambut isteri pemimpin ameno, semua kembang2 dan kaler2.. macam lion king! hahaha..

Tanpa Nama berkata...

siapa ustaz tu? kawasan mana?

Semut Hitam berkata...

apa yang dikatakan Ustaz itu boleh diterima logik akal.
Tetapi tak boleh kita kata UMNO @ ameno tak ikut ajaran Islam. Kalau sekadar nak hukum UMNO atas dasar Isteri Pemimpinnya tidak bertudung adalah tidak adil.
Banyak lagi perkara lain yang dilakukan oleh orang UMNO. Kenapa tidak di'highlight'kan?

Semut Hitam berkata...

Nak isteri Pemimpin UMNO pakai tudung? boleh. Wujudkan Perpaduan Ummah. Jadi kawan, baru boleh tegur. Kalau lawan tegur, kita nak ikut ke?
Kawan tegur mahu juga kita ikut. Tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

hairan aku...kekeke pasai pki tudung ni..terpulanglah..nak pakai ketidak...tapi bagi aku..bini aku..anak dara aku mastilah pakai..bab tuntutan agama..kita hanya boleh bagi nasihat jee..yg pelik kat kelantan dah 20thn++ pas Perintah..pemaisuri kelantan masih tak bertudung lagi..sekarang dapat kedah pon mcm 2 gak..jadi jgn cari kesalahan org jee...kan manusia ni sama di sisi allah..jgn jadi ulamak politik tolong nasihatkan pemaisuri tu dulu baru cerita bab tudung..org kuat Pas pun tak ikut 100% ajaran islam

jgn jadi tong kosong..jadi bergabunglah bukan semua tindakan Pas tu betul...dan bukan semua tindakan UMNO tu salah...masih belum terlambat...jgn nanti bala turun sudah lah..asyik nak bergaduh jee...

Tanpa Nama berkata...

Pas Menyokong dan membela peliwat , malah oeliwat tecar ni tak boleh di sentuh tentu ada ustaz PAS yang membela. Tak pakai tudung berdosa bergitu juga peliwat. Apa PAS buat dengan nama ALLAH. Jual Allah untuk beli undi Cina. Adakah PAS mengikut Islam atau Islam Ikut PAS. habis semuanya di jual.

Tanpa Nama berkata...

Bro Semut Hitam,

Biasalah. Pas kan pembangkang. Kejenye nak cari salah orang je. Mengapa harus kita berpegang kepada perbezaan, kan lebih baik kita berpegang kepada persamaan? Kasihan Hasan Ali, tapi nak wat camna? Dia sendiri tak kesiankan diri sendiri. So, tanggunglah...!!! Lebih baik nyatakan kebenaran, daripada berpura-pura. Matlamat tidak menghalalkan cara...

TU DIA......HAI berkata...

jANGAN PANDANG SEBELAH MATA SAJA TERHADAP PAS SEDANG KAN PAS LAGI TERUK DAN BANYAK DOSA LEBEH TERUK DARI ISTERI PEMIMPIN UMNO TIDAJK BERTUDUNG KALAU USTAS TU YG BERCAKAP LEBEH BAIK LIHAT DALAM PAS SENDIRI JANGAN LIHAT KAIN ORG LAIN YG KOYAK LIHAT SAMA KAIN KITA TERKOYAK SAMPAI KE PUNGGONG KITA TAK NAMPAK JANGAN PANDANG UMNO MATA TERBELIAK TERBELIAKKAN MATA USTAS SAMA PADA PARTI PAS SEMPIT .