Isnin, 2 Ogos 2010

HARAKAH TEMPAT SUMBER FITNAH DAN PENAFIAN!

Artikel ni sudah lama terbit. Mc bawakan kembali untuk bacaan pembaca supaya pembaca semua mengetahui apa itu lidah utama Pas, iaitu Harakah dan Harakah daily.

Ketika membaca laporan muka depan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 September 2008 yang memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, serta-merta Semut Besi menjangkakan, perkara ini pasti akan dinafikan oleh puak-puak dalam PAS.

Ternyata jangkaan Semut Besi itu tepat sekali apabila lidah rasmi PAS, Harakah on-line hari ini melaporkan mengenai kekesalan PAS Selangor terhadap laporan bertajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR, DAP" yang disifatkan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu, tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Hasan pada sidangnya sehari sebelum itu.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir bersungguh-sunguh mempertahankan PAS dengan mendakwa Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor,"katanya.

Katanya, PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan.

"PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.

"PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini,"jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.

Alahai Harakah...

Mengapa mengambil masa empat hari baru mahu membuat penjelasan itu, mengapa tidak dikeluarkan kenyataan membidas laporan itu pada hari yang sama laporan berkenaan diterbitkan.

Harakah, Harakah....

Semut Besi tidak pelik, sebab menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi, PAS merasakan laporan seperti itu boleh menimbulkan masalah kepada pakatan pembangkang, yang sekejap ok, sekejap tak ok...

Atau mungkin brother Anwar, yang diangkat sebagai 'Godfather' PKR, DAP dan PAS sudah melenting....

Tetapi memang menjadi lumrah Harakah, hanya membuat laporan berbentuk penafian sahaja. Apa sahaja laporan media arus perdana, pasti akan dinafikan Harakah.

Semut Besi masih ingat kenyataan-kenyataan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Sallehin Mukhyi yang akhirnya terkena batang hidup orang PAS, dinafikan oleh Harakah.

Selalu Semut Besi tersenyum seorang diri, ketika akhbar dan berita Internet begitu banyak melaporkan mengenai isu penjualan arak yang dicadangkan PAS Sealngor tetapi mendapat bangkangan PKR dan DAP, langsung tidak disiarkan Harakah.

Sebaliknya pada hari yang sama, Harakah menyiarkan tiga laporan membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan lepas diangkat menjadi bahan berita brbentuk positif oleh PAS apabila negarawan itu kerap membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Apa sudah jadi, adakah Harakah sudah menggadaikan maruah mereka sedangkan selama ini PAS mendakwa memperjuangkan Islam.

Satu permintaan Semut Besi kepada Harakah, kalau merasakan laporan Utusan Malaysia itu tidak betul, kenapa tidak disiarkan transkrip penuh kenyataan media Hasan?

Atau susah-susah sangat, saman sahaja Utusan, buktikan PAS sememangnya tidak ada beza dengan DAP walaupun selama ini mendakwa memperjuangkan kebebasan media, tetapi hakikatnya boleh dinilai sendiri ole rakyat apabila mempunyai sedikit kuasa.

Oleh itu, Semut Besi meminta rakyat menilai sendiri, apa sebenarnya corak pemberitaan Harakah ini.

Sumber Malaysia Instinct

MctHeory:
Benda lama ni elok kalau diperingatkan kembali, supaya kita tidak mudah alpa apabila ditipu kelak!

1 ulasan:

din :D berkata...

tak usahlah nak menunding jari ke arah orang lain. Mahasabah dirilah yang paling perlu. Bagi saya kita semua ada kelemahan sebagaimana kita telah dilahirkan, ditakdirkan sifat kita serba kelemahan yang telah difitrahkan oleh Allah taala. Yang penting bertakwalah kpd Allah. memohon keampunan berdoa untuk kesejahteraan seluruh umat manusia dan makhluk Allah di seluruh dunia, tak kira apa bangsa, agama dsbnya. Bagi orang Islam kita bersyukur kerana kita berada di dalam cahaya Islam, maka gilaplah cahaya itu dan bantulah kepada umat Allah yang tidak berada di dalam cahaya itu. Ini adalah lebih bagus 'BERJIHAT KERANA ALLAH' Kita akan menjadi satu hamba, satu kaum dan yang penting KHALIFAH POWER di muka bumi Allah ini.