Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Harakah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harakah. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Disember 2011

LAA EHH!! LEPAS HARAKAHDAILY, AKHBAR HARAKAH PULAK BAKAL BUNGKUIH!!


Selepas portal rasmi puak tegar Pas Haramkahdaily di laporkan ranking Alexanya merudum. Bagi yang belum baca boleh klik SINI untuk baca. Ini ada satu lagi berita mengemparkan apabila akhbar rasmi Pas, iaitu Haramkah juga dikatakan jualannya teruk merudum.

Sumber dalaman memberitahu penulis satu berita yang amat membimbangkan mengenai perkembangan Harakah, iaitu akhbar rasmi parti PAS. Akhbar ini pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 dengan cetakan 400,000 nashkah sekali terbit kerana rakyat mendambakan berita alternatif yang lebih terbuka dan adil.

Jumaat, 25 November 2011

TUDIAA!! UTUSAN FITNAH HARAKAH??!


Harakah terbitan terbaru, mendakwa laporan bersiri akhbar Utusan Malaysia adalah satu fitnah terhadap Pas Kelantan. Pas menegaskan, air di Kelantan tidak seteruk yang seperti yang digambarkan.

Pas kata air kat Kelantan tak cukup teruk. Air kat Kelantan tu kira ok la bagi depa. Mai kita tengok gambar perbezaan nyata diantara air bersih dengan air dari paip air di setiap rumah di Kelantan.


Rabu, 21 September 2011

MANSUH ISA! Puak Pakatan kecik hati DS Najib tak bagi kredit..

Lawak pun ada, sedih pun ada. Tapi memang kelakar bila puak Pakatan sakit hati sangat kat DS Najib sebab tak mengaku mansuh ISA tu atas usaha mereka.

Mula dari Nik Aziz, lepas tu sampai pemimpin-pemimpin bawahan yang lain. Semuanya bengang sebab DS Najib tak sebut langsung sebab beliau mansuh ISA tu hasil perjuangan puak Pakatan, tapi hasil dari perbincangan dengan rakyat Malaysia.

Lepas pada tu, hari-hari Haramkahdaily hentam dan maki DS Najib pasal perkara yang sama.

Puak-puak pembangkang Malaysia ni memang special atau speSIAL?

Puak ni buat kerja apa pun semua nak nama. Bukan ikhlas nak buat kerja. Kata perjuangan untuk BELA rakyat Malaysia, yang kononnya dizalimi oleh kerajaan sekarang. Tapi, bila kerajaan Malaysia mengubal dan mengubah untuk membuat sesuatu yang baik untuk rakyat pun mereka tentang. Jadi apakah maksud perjuangan mereka yang sebenar?

Untuk rakyat ke? Atau untuk diri sendiri? Atau hanya untuk berkuasa?

Patutla orang kata, beruk memang susah nak faham cakap manusia.

Kita kena belajar bahasa beruk, baru puak-puak Pakatan ni faham maksud kita.

McTheory:
beruk lagi bagus, boleh tolong buat kerja, puak ni? Apa pun tak boleh!

Rabu, 14 September 2011

KASI PANAS!! Apabila Editor Harakah Disoal Siasat Polis!!


Video diatas adalah video Editor Harakah Azmi Yusof yang menceritakan bagaimana pihak polis membuat siasatan terhadapnya mengenai artikel harakah yang ada kaitan dengan pejuang PKM Mat Indera. Siasatan polis ternyata profesional dan mengambil kepentingan semua pihak, telah membuktikan bahawa pihak PDRM sememangnya mengambil serius dalam kes berkaitan dengan Mat Indera dan pihak yang menyokongnya.

Ternyata selepas beratus laporan polis terhadap Mat Sabu, Mc berharap pihak PDRM berbuat sesuatu untuk meredakan keadaan. Rakyat Malaysia jijik melihat Mat Sabu yang kehulu kehilir menjaja cerita dongeng buatannya sendiri semata-mata untuk kepuasan politik.

Ternyata semua ini hanyalah kerana mahu menghapuskan jasa pemimpin UMNO yang lepas sebagai pejuang kemerdekaan.

Atas alasan mahu menjatuhkan UMNO, melingkupkan UMNO, merosakkan UMNO. Apa pun akan dihalalkan oleh Pas.

McTheory:
Fatwa Pas jelas.. benci sungguh depa pada UMNO..

PANAS!! Portal Roket Kini Mahu Melayu Dap Memuja Dewa Guan Eng!!

Pemuja Guan Eng nombor satu!!

Portal Dap khas untuk penyokongnya yang berbangsa Melayu dipanggil RoketKini. Pada sesiapa yang selalu mengikuti perkembangan Portal ini, pasti akan tersedar bahawa portal ini sebenarnya adalah satu cara Dap untuk mendewakan pemimpinnya. Terutamanya si Guan Eng.

Masuk saja portal, keluar muka Guan Eng, klik sana Guan Eng, klik sini, Guan Eng. Muka pemimpin Dap seperti Karpal Singh, Teresa, Hannah Yeoh dan beberapa orang lagi agak jarang nampak. Apakah portal Roket Kini hanya berfungsi untuk mendewakan Guan Eng?

Artikelnya pula hanya berkisarkan betapa hebatnya Dap dan betapa baiknya Dap terhadap bangsa Melayu. Dari atas sampai bawah, menunjukkan Dap ni baik dengan masyarakat Malaysia. Artikel propa dan bodeknya jangan cakap la, hinggakan budak tadika baca pun susah nak percaya.

Apakah ini pelaburan Dap kepada wartawan melayu roket kini yang dibayar rm2500 sebulan? Artikel sampah dan bodek Guan Eng sampai lebam? Ingat hebat sangat budak grad U yang jadi barua Dap ni, setakat artikel ampu dan sanjung tu, blogger jalanan boleh buat lagi hebat.

Hanya melayu puak pencacai Pas saja yang boleh percaya dan terharu dengan semua kebaikkan Dap dalam roket kini tu. Rakyat Malaysia bukannya bodoh, Allah anugerahkan kita akal untuk gunakannya, anugerah mata untuk melihat dan anugerah telinga untuk mendengar.

Selama ini apakah kebaikkan Dap pada orang Melayu Islam?

Beri satu pun cukuplah.. di Selangor, apa yang Dap buat? di Pulau Pinang ada tak Dap buat untuk orang Melayu beragama Islam? Mana ada.. takdak, nothing!

Untuk melayu yang nak masuk Kristian ada la, majlis berbuka puasa dan sumbangan duit untuk sara diri. Kalau untuk melayu Islam, sorry.. rumah kos rendah pun tak pernah buat. Dap kata, nak buat atas sebab apa, kalau buat, rumah kos rendah untuk melayu pun takdak untung apa2.

Setakat nak pancing undi Melayu, Pas boleh tolong. Kencing sana-sini sikit, bodek ampu sikit, takbir dua tiga kali, mencicit pengikut Pas jilat Dap lepas tu.

Sebab tu Mc kata, Dap berlagak baik dengan Melayu hanya dalam gambar dan untuk promote diri saja. Setakat berlakon berbuka puasa dan hadiri majlis adat orang Melayu tu.. siapa pun boleh. Jika mereka ikhlas nak tolong orang melayu Islam, mereka sudah buat projek (sesuatu perkara) untuk orang melayu. Ini tak, lagi nak dirobohkan ada la.

Sebab tu Mc kata, ada akal guna, mata lihat dan telinga dengar, jangan asyik baca haramkah saja.. nanti jadi buta tuli.

McTheory:
Keldaidaily dan RoketKini takpa, tu paper budak tadika.. haprak saja..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Stupid! Benggong bila baca Haramkah!!




Harakah Daily bodoh dan bingai

Membaca artikel ini sebenarnya terasa diri ini diperbodohkan. Macam mana tak rasa dperbodohkan melihat tajuk artikel sudah boleh mengundang 1,001 persoalan. Tambahan isu murtad tengah hangat diperkatakan.

Saya tidak mahu meletakkan link terus ke artikel itu kerana akan menaikkan ranking atau traffik ke web yang tidak bermoral dan beretika itu.

Apa yang mahu ditulis membaca artikel itu langsung tidak faham. Ceritanya berbelit-belit, tunggang langgang, tiada asas dan tujuan. Mungkin penulis atau editor sedang kenyang pelahap GCB McDonald ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat.

Membaca artikel itu mengukuhkan dakwaan bahawa PAS lebih mempercayai kafir harbi daripada Hassan Ali. Semua asas penjelasan Hassan Ali ditolak mentah-mentah dan pihak gereja lebih dipercayai PAS.

Nauzubillahminzalik....

Ini antara ratusan artikel Harakah yang payah untuk faham. Memang tak faham, penulis dan editor memang cekap menulis artikel yang separuh masak dan berbelit-belit membuatkan orang susah nak faham.

Kata dalam PAS ada Liga Profesional. Kepala bapak dia tulis macam ini.

Garamanis

McTheory:
Sebab tu ahlipas semua biol lepas baca haramkah tu..

Jumaat, 12 Ogos 2011

KASI PANAS!! APABILA ANWAR VS HARAKAH!!


Ini terbitan Haramkah kurun ke berapa pun Mc dah tak ingat. Tapi yang pasti waktu ni, Anwar masih lagi dalam UMNO. Tengokla politik Pas mengunakan Islam sebagai modal. Bila Anwar dalam UMNO, undi Anwar bagai menempah bilik neraka. Bila Anwar dah jadi kepala dorang, Undi Anwar umpama syurga la pulak.

Suka-suka hati dorang mengunakan syurga dan neraka sebagai modal pancing undi. Kiranya wujud dan hidupnya Pas dari dulu hingga kini, hanyalah bermodal jenama Islam dan fatwa sesat. Kalau tak ada dua-dua ni, mampukah Pas nak cari pengikut di Malaysia?

Terselit di muka depan, 'Mat Sabu hanya Berkhalwat' itu kalau kena kat geng Pas. Berkhalwat pun dia letak 'hanya'. Mau kalau kena kat geng UMNO, yang tak berkhalwat pun dia kata dah pancut. Ini politik agama yang sering digunakan Pas untuk meraih sokongan.

Mereka ini yang merosakkan akidah umat Islam Malaysia. Mereka ini yang memperbodohkan kita rakyat Malaysia supaya mempercayai Islam itu umpama menjadi hak milik peribadi mak bapak atok dan nenek dorang saja.

Dari dulu sampai sekarang, Pas tak sudah-sudah nak sesatkan umat Islam Malaysia..

Sedarkah anda tentang semua ini?..

McTheory:
Mana Pas tahu, Mat Sabu 'hanya' Khalwat, takkan tak pegang-pegang, ramas-ramas dan celup-celup kot?.. heh..

Ahad, 24 Julai 2011

PANAS!! IDRIS AHMAD YANG TAK RETI BAHASA!



Bila Mc membaca artikel Idris Ahmad Ajk Pas Pusat mengenai komennya pasal video polis di Haramkahdaily. Mc rasa terpanggil untuk menerangkan serba sedikit mengenai video polis tu kepada Idris Ahmad yang Mc lihat dia seperti binggung tidak tahu menahu apa tujuan polis menerbitkan video cctv kepada semua rakyat Malaysia.

Pada pengetahuan Ustaz Idris, video tu bukan rakaman asal dari pihak polis. Tapi video cctv awam yang polis ambil untuk jadikan bukti bagi menangkis tuduhan juak pembangkang terhadap tindakan polis pada perusuh Bershit.

Video cctv di Avanue K, video cctv di KL Sentral, cctv Mat Sabu langgar pembahagi jalan. Tu semua cctv tempat awam dan ia bukan rakaman polis.

Rakaman dari cctv bukan semuanya jelas, tapi ia dah cukup untuk membuktikan bahawa polis tidak bertindak seperti didakwa.

Jelas polis ditohmah buruk oleh Pakatan haram apabila cuba menyuraikan Bershit. Pihak Polis hanya cuba melakukan tugas mereka untuk mengawal keamanan negara. Pihak pembangkang pula cuba segala upaya untuk memburukkan imej pasukan Polis, dengan hasrat bila rakyat sudah tidak percaya pada polis, mereka boleh sesuka hati melakukan sebarang kekacauan.

Oleh sebab itu polis terpaksa bangun dan mengumpul bukti segala yang boleh untuk membela diri mereka.

Hinggakan cctv awam pun polis ambil. Jadi ia bukanlah video rakaman dari PDRM. Ia rakaman dari cctv awam. Faham ka Ustaz Idris?

Polis Malaysia mempunyai kelengkapan dan kepakaran yang sedang dipertingkatkan. Tak payah tunggu puak Pakatan memerintah, polis dah sedia hebat. Cuma puak Pakatan haram saja yang selalu mencela dan menghina polis.

Tapi bila dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, polis juga yang mereka cari.

Ustaz Idris oii.. kalau tak tahu sila bertanya, jangan dok bagi kenyataan yang dunggu dan menunjukkan kebodohan diri.

Bak kata orang, bodoh simpan sorang-sorang, jangan dok tunjuk kat orang.

McTheory:
Apa faham ka Deriss??

Selasa, 26 April 2011

OMEGA GILA!! UMNO JEMPUT DAP MASUK BN?? kah kah kah..Banggang!!

klik untuk baca!!
Kah! Kah! Kah! Kah!.. ada orang percaya ka berita macam ni? ...Kah! Kah! Kah!
Kah! Kah! Kah!... UMNO ajak Dap masuk BN? ..Kah! Kah! Kah!Kah!
Kah! Kah!Kah! Kah! Kah!.. Penulis mana yang banggang sangat buat artikel ni?...Kah! Kah! Kah!Kah! Kah! Kah! ....Dah takdak cerita dongeng lain ka hangpa nak buat? ..Kah! Kah! Kah
 Kah! Kah!..Lepas tu artikel takdak nama penulis..Kah! Kah! Kah!Kah! Kah!
Kah!Kah! Kah! Kah!.. Nampak sangat cerita ni rekaan semata-mata...Kah! Kah! Kah!
Kah! Kah! Kah!..Ada sapa percaya ka dengan artikel banggang macam ni?..Kah! Kah! Kah!Kah!
Kah! Kah! Kah!..Guan Eng jangan kata apa la.. dia memang banggang pun..Kah! Kah! Kah!Kah!
Kah! Kah! Kah!..Cerita ni cuma nak memalukan UMNO..Kah! Kah! Kah!Kah! Kah! Kah!

Pada sapa yang percaya cerita macam ni, dia sama banggang dengan Pas dan sama benggong dengan Dap. Ini cuma cerita untuk jatuhkan air muka UMNO. Saja nak tunjuk kononnya UMNO ni terdesak sangat, sampai kena panggil Dap masuk BN. Maaflah..mati hidup balik pun, UMNO takkan 'bersama' dengan Dap laknattulah.. Lainlah Pas, demi kuasa, teloq pun sanggup jual kat Dap.

P/s: Banggang punya Haramkah..

McTheory:
lawak paling best pada hari ini!!

Rabu, 2 Mac 2011

ASKAR UPAHAN PAS HARAKAH YANG HAPRAK!!


Saya dan rakan-rakan amat mengenali Brig Jen (B) Abdul Ghani (12044) kerana kami menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 30 Ogos 1954 dan pernah sama-sama bertugas di pasukan 3 Recce (semasa di Ipoh) dan di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) sebelum beliau bersara secara pilihan pada bulan Ogos 1985.

Kami terpanggil kerana tak tahan dengan karenah Ghani yang bagaikan ‘kacang lupakan kulit’ terhadap ATM. Manusia yang tak tau bersyukur. Tapi kami tak hairan! Memang inilah Ghani yang kami kenali. Apakah tujuan sebenar Ghani menyerang ATM melalui artikelnya bertajuk Orang Tengah Punca Kos Melambung dalam Harakah Bil.1616 bth 21-24 Feb 2011 tidak jelas tapi mudah diagak dan ditafsir.

Ghani mempunyai syarikat Ayu Edisi Sdn Bhd, beliau berusaha mendapat kontrak kontrak dan menjadi “Orang Tengah” dengan KEMENTAH. Namun gagal sama sekali. Kerana kegagalan perniagaan inilah membuatkannya mulai marah dan kecewa.

Mengenali Ghani, beliau memang mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya. Apa tidaknya, isterinya Zulekha Abdullah yang mati ditembak di kepala dengan pistol milik perkhidmatan pun dia tak kisah. Apa jadi dengan kes ini, Ghani? Pihak Mahkamah Koroner memutuskan kematian Zulekha bukan bunuh diri. Bagaimana pistol dibawa balik ke rumah?

Cakap bab isteri, Ghani memang handal – kalau tak cukup bomoh Melayu, dia akan cari bomoh Siam untuk dapatkan perempuan yang diingini bagi memuaskan nafsu serakahnya. Isteri pertama, Azizah Putih diceraikan pada 13 Apr 1971. Isteri kedua, Zulekha Abdullah mati ditembak. Yang ketiga, Siti Rosnah Ismail bercerai pada 30 Ogos 1984. Ini yang keempat, Raja Rozita Raja Abdullah Omar (berkahwin pada 1985). Entahlah! Boleh tahan nafsu orang tua ni!

Sekarang ini Ghani dah pandai berlakon dan perlu tunjuk baik, maklumlah dah jadi orang PAS dan pegang Jawatankuasa Khas PAS Pusat sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan kepada Dr Lo’Lo (jaga-jaga sikit Dr dengan Ghani). Kenapalah PAS boleh percaya dengan Ghani? atau pun PAS lebih suka orang macam ni yang latarbelakang TIDAK BAIK malahan peribadi lagi tak elok. Nampaknya, Hj Hadi Awang (Presiden PAS) pun kena tipu dengan Ghani.

Insaflah sebelum menemui ajal kerana Pintu Taubat Terbuka Untuk Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahluddin. Hentikanlah segala tuduhan tanpa asas terhadap KEMENTAH dan ATM. Jangan jadi anjing tersepit, bila dilepaskan menggigit Tuan.

- Ex Sojar 85

http://www.mykmu.net/

Isnin, 18 Oktober 2010

GEMPAR! KEBODOHAN ORANG PAS YANG MAKIN TERSERLAH!

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Memang benarlah bahawa HarakahDaily adalah penyebar pemalsuan dan fitnah yang nyata. Penulis sentiasa mengikuti portal tersebut untuk mengetahui sehingga tahap manakah portal tersebut sanggup membohongi pembaca portal tersebut. Yang terbaru ialah satu artikel tentang kes liwat Anwar Ibrahim yang ternyata mengelirukan dan berbau pembohongan.


Artikel tersebut ditulis oleh Mohd Rashidi Ismail Kes sodomi II : Ada lagi mak nyah, pondan Siam hendak tampil?

Rashidi Ismail ternyata telah berbohong dan memberi input yang amat salah. Di antara pembohongan penulis HarakahDaily itu :-



Kedua, Saiful berkunjung ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Selepas doktor Pusrawi membuat pemeriksaan, beliau mendapati tiada sebarang kesan tusukan (tiada penetrasi), tiada luka dan sebagainya.

Kemudian apabila Saiful tidak berpuashati beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Jarak HKL hanya 5 minit berjalan kaki dari Pusrawi. Seberang jalan sahaja sudah sampai. Tetapi Saiful mengambil masa dua jam lebih untuk sampai.

Ok, jarak bukan persoalan. Tetapi hasil testimoni atau laporan perubatan Pusrawi, dengan jelas mencatatkan bahawa tiada sebarang tusukan atau kesan liwat berlaku di dubur Saiful, bagaimana mungkin selepas lebih dua jam, pihak doktor di HKL boleh mendapati adanya tusukan? mengapa laporan HKL bercanggah dengan Pusrawi?

Peliknya, hal-hal teknikal sebegini, apakah mungkin doktor tidak tahu membuat pemeriksaan, atau mungkin doktor dipaksa membuat laporan palsu, atau mungkin Saiful yang membuat tusukan sendiri?
Inilah masaalahnya apabila seorang penulis HarakahDaily yang tidak arif dalam perubatan cuba menunjuk pandai tetapi kenyataan beliau itu begitu cetek dan membodohkan diri beliau sendiri. Adalah amat memalukan apabila masih ada lagi orang seperti Rasidi Ismail ini yang masih berpegang kepada laporan perubatan Pusrawi yang dilakukan oleh seorang doktor biasa.


Pemeriksaan doktor di Pusrawi adalah berdasarkan penilaian mata kasar sahaja padahal perubatan forensik adalah lebih teliti dan mikro. Sebab itulah bahan kimia dan pemeriksaan makmal diperlukan dan dilakukan oleh pakar perubatan HKL.


Secara perbandingannya, doktor di Pusrawi tidak mempunyai sebarang kelayakan dan pengalaman jika dibandingkan dengan 3 pakar perubatan HKL.


Seperkara lagi, penulis hairan daripada mana penulis HarakahDaily menafsirkan bahawa Saiful Bukhari tidak puas hati lalu pergi ke HKL.


Jika kita merujuk kepada laporan Hospital Pusrawi, doktor tersebut yang menulis surat dan merujuk Saiful Bukhari ke HKL. Berkemungkinan besar doktor Pusrawi mahu Saiful Bukhari mendapatkan pemeriksaan lanjut di HKL kerana HKL mempunyai kepakaran dan lebih lengkap.


Penulis HarakahDaily juga berlagak pandai dengan menimbulkan tuduhan bahawa pakar perubatan HKL dipaksa membuat laporan palsu. Tuduhan tersebut sangat memualkan dan menyerlahkan kebangangan wartawan Harakah Daily. Sungguh menyedihkan...


Mungkin artikel penulis HarakahDaily yang seterusnya akan menulis "air mani di paksa berada di dalam Saiful Bukhari"?


So pathetic !! HarakahDaily memang pembohong dan penyebar fitnah !

P/s: Bagai dikata, akal puak Pas yang lain ni, hanya lebih kurang sama macam Mahfuz jugak la..

Mctheory:
Allah bagi akal suruh guna, bukan simpan dalam peti kat rumah... adehh laaa...

Jumaat, 24 September 2010

KASI PANAS!! KEBEBASAN MEDIA, PEMBANGKANG PERLU CERMIN DIRI SENDIRI!


Mc baru selesai membaca tulisan Ahmad Lutfi Othman di dalam Harakahdaily mengenai kebebasan media. Ahmad Lutfi menyokong kenyataan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang baru dilantik menjadi Presiden NUJ mengantikan Presiden NUJ yang lalu Norila Daud.

Ini merupakan kenyataan sulung Hatta sebagai presiden,

"NUJ Malaysia melihat adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar Utusan Malaysia yang di dalamnya terdapat wartawan, jurugambar dan artis grafik serta pekerja-pekerja lain yang tidak berkongsi agenda serta tidak mempunyai kuasa untuk menegur ketua pengarang dan pengarang-pengarang kanan," tambahnya dalam kenyataan sulung sebagai Presiden NUJ.

"Ketua Pengarang sebagai orang yang menentukan agenda, berita dan pelbagai pendapat untuk disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesan negatif, rungutan dan sebarang rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada akhbar Utusan Malaysia," tegas Hata.

Tanpa menunggu lama, pandangan awal beliau telah dibidas oleh ahli Majlis Tertinggi PERKASA, Mohd Zahid Md Arip. Zahid mungkin melihat kenyataannya itu lebih berpihak kepada pembangkang.

Hatta bersuara semula,

"Perjuangan saya ialah untuk melihat akhbar-akhbar di negara ini terlepas dari kongkongan tuan-tuan politik baik daripada BN, Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin politik lain. Akhbar dan media seharusnya dimiliki oleh rakyat kerana dengan itu barulah akhbar itu dapat berkhidmat kepada rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Utusan sebelum ia dikuasai oleh parti politik sebelum tahun 1961," sanggah Hata.

Ahmad Lutfi sepatutnya faham kenyataan presiden NUJ tu, beliau bercakap tentang secara kebebasan media secara menyeluruh, bukan hanya khusus untuk Utusan Malaysia sahaja. Apakah akhbar Harakah dan Portal Harakahdaily bebas dari pengaruh politik? Bagaimana pula dengan akhbar Siasah? dan beberapa akhbar puak pembangkang yang lain, adakah itu merangkumi kebebasan media?

Janganlah beri alasan bahawa Harakah adalah akhbar parti dan khas untuk ahli Pas saja, kerana Harakah ada dijual dimana-mana, nak beli harakah tak payah tunjuk kad ahli pun dah boleh beli. Tapi adakah harakah akhbar yang bebas? Tiada saringan? Berita dari harakah tak berat sebelah ke?

Walaupun Mc jarang baca harakah (sebab takut mati cepat) Mc tetap mengikuti akhbar lidah nombor satu pas tu. Sudah banyak kali artikel yang mengkritik kepimpinan Pas ditarik balik atas arahan pihak atasan. Itukah dipanggil 'kebebasan media' ala Pas?

Kalau puak Pas dan puak harakah nak perjuangkan kebebasan media, kenapa korang tak lakukan dahulu? Kenapa nak suruh orang lain bebaskan media, sedangkan media Pas sendiri pun terikat. Balik rumah cermin diri la.

Lagi satu Mc nak pesan sikit pada Presiden baru NUJ ni, wahai Hatta Wahari, buat kerja biar la bijak sikit, jangan dedahkan 'kemaluan sendiri' pada orang lain, kata orang umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Jangan ko kasi point puak pembangkang hentam Utusan lagi. Andaikata ko menyokong kebebasan media ala puak pembangkang, Mc nasihatkan ko supaya 'resign' aje la dari Utusan tu. Lepas tu ko perjuangkanlah 'kebebasan media' ko tu sampai 'lebam'.

Bagi Mc media boleh dibebaskan, cuma masih perlu dikawal oleh pihak tertentu supaya tidak jadi 'syok sendiri' apabila jadi syok sendiri, nanti ada yang dok hasut sana hasut sini. Negara juga yang tak aman. Contoh yang lalu dah ada, semasa pemerintah Bapa 'demokrasi' Tun Dol Bodowi yang membiarkan kenyataan demi kenyataan menghasut, menyebabkan Malaysia huru-hara buat sementara waktu.

Cina perjuang hak cina...

India dengan samseng hindrafnya...

Melayu dengan tiga sukunya...

Apa jadi? Purak peranda, sebab itu macam mana pun media harus dikawal, cakap memang senang beb. Nak laksanakan payah.

Negara kita berbilang kaum perlu diingat.. bukan senang mau jaga hati kaum masing-masing.

P/s: Sedangkan sesama melayu sendiri pun berpecah! Apa tah lagi dengan kaum-kaum yang lain!

*pesanan dari Kementerian kesihatan Malaysia, 
Jangan Baca harakah (harakahdaily) jika mahu hidup lama. Kerana berita didalam harakah boleh membuatkan orang jadi tertekan, jiwa kacau dan gila. Berita didalamnya, tiada yang buruk, selain yang buruk-buruk belaka!!.. Awas!! Kesan sampingan: sakit jantung, senak perut, sakit otak dan kentut berdarah. Sekian Terima Kasih.


MctHeory:
Harakah!! Kebebasan media pala otak luee...

Selasa, 3 Ogos 2010

FDI MERUDUM! JAWAB KEMBALI FITNAH HARAKAH! Bodoh Punya Mahfuz!


Jika Penulis adalah Menteri Dalam Negeri, maka dengan pantas penulis akan mengharamkan akhbar dan website Harakah berkuatkuasa serta merta di atas artikel berbaur fitnah dan pembohongan (absolute lies). Bukti ? … kita lihat dan selidik satu per satu.

Penulis ingin menyentuh dua artikel dari Harakah Online berkenaan artikel ‘cacamarba’ dan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar seolah olah menunjukkan kejatuhan Foreign Direct Investment (FDI) akan melumpuhkan keseluruhan pergerakan ekonomi Malaysia.


Kebobrokan pemikiran ahli pembangkang nyata dan jelas menunjukkan tahap pemikiran yang sempit (narrow minded) dan pra matang (premature think tank). Kurang kemahiran berfikir boleh menyebabkan suatu fakta diputar belit untuk memburukkan gambaran sebenar ekonomi negara.

Kekuatan ekonomi Malaysia bukan hanya bergantung kepada FDI semata mata. Perlu di ingat gabungan seperti Perdagangan Barangan (Merchandise Trade), Arus Masuk FDI (FDI Inflows), Pertumbuhan KDNK Per Kapita (GDP Per Capita Growth), Pendapatan Kasar Negara (Gross National Income) dan sebagainya harus dijadikan sandaran dalam menentukan ekonomi negara berkembang atau menguncup.

Kita jadikan Thailand sebagai perbandingan (sepertimana tulisan ’cacamarba’) atas dasar negara tersebut adalah pesaing terdekat Malaysia dalam menentukan kekuatan ekonomi bagi negara membangun di Asia Tenggara.


Sekalipun statistik data (FDI Inflows) bersandarkan kepada petunjuk sehingga tahun 2006 (World Bank), peningkatan FDI Malaysia nyata cukup konsisten iaitu 89.5% dari 2001 hingga ke 2006 ( USD 650 juta : 2001 / USD6.2 billion : 2006). Manakala Thailand hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 60.9% sahaja dari tahun 2001 hingga 2006 (USD 3.6 billion : 2001 / USD 9.2 billion : 2006).


Dari Sumber World Bank 2009 (carta di bawah), jelas menunjukkan Perdagangan Barangan (Merchandise Trade) di antara negara negara di dunia, Malaysia jauh mengatasi Thailand. Malaysia berada pada kedudukan ke 6 dengan melakukan pertukaran dagangan sebanyak 196.09%. Thailand yang berada di kedudukan ke 19 hanya melakukan pertukaran dagangan sebanyak 129.25% untuk sektor ekspot dan impot.


Begitu juga dengan statistik ekonomi dari World Bank 2009 (carta di bawah), berkenaan dengan Pendapatan Kasar Negara (Gross National Income) perbandingan di antara Malaysia dan Thailand. Hubungkait hasil dari perdagangan aktif yang ditunjukkan oleh Malaysia jelas menunjukkan pendapatan negara naik kepada USD 3,311.76 seorang jika dibandingkan hanya USD 1,838.41 seorang bagi Thailand yang berada pada kedudukan 80.


Data data berikut yang diambil dari IMF, World Bank dan CIA Facebook (2009) cukup membuktikan bahawa ekonomi negara lebih jelas berada pada tahap terbaik jika dibandingkan dengan Thailand.


Apakah sumber sumber diperolehi yang dipaparkan ini bukan suatu bukti yang sahih untuk diambil kira dalam menentukan kekuatan ekonomi negara? Atau kita hanya terlalu bergantung kepada FDI dalam menentukan ekonomi Malaysia sudah mapan atau merudum?

Perlu diingat pelabur dari Amerika Syarikat dan Eropah tidak melakukan pelaburan atas dasar keadaan ekonomi dan krisis kewangan yang melanda negara negara tersebut. Kebanyakan pelabur asing lebih menumpukan pelaburan domestik untuk keluar dari kancah kemelut ekonomi seterusnya para pelabur ini tidak akan membuat pelaburan besar di luar.

Kegopohan puak pembangkang dalam memutar belit dan mensensasikan sesuatu isu bukanlah satu perkara yang baru. Malah, tidak ada satu pun yang dilakukan oleh kerajaan dianggap sebagai bukti kukuh dan nyata ekonomi dan pendapatan negara berada pada tahap yang memuaskan.

Jika setakat FDI dijadikan sandaran ekonomi negara semakin merudum dan juga tuduhan melampau pentadbiran nepotisme sejak dari zaman Tun Dr mahathir seperti yang diungkit oleh YB Mahfuz Omar, adalah lebih manis jika beliau kembali ke alam universiti dan mendalami ilmu ekonomi sebaik mungkin.


Kronisme dan Nepotisme sebenarnya diamalkan dan dihalalkan oleh Ketua Umum Pembangkang Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Lihat sahaja senarai kroni kroni Anwar Ibrahim yang telah didedahkan sewaktu Persidangan UMNO 1998.

Tidak perlu terhereng sana sini mengenai ekonomi negara walhal di negeri negeri yang dikuasai pihak pembangkang FDI jauh lebih teruk, apatah lagi dengan Kerajaan PAS yang memimpin negeri Kelantan? Apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS setelah hampir 30 tahun mentadbir Kelantan untuk meningkatkan pendapatan serta ekonomi?

Sumber Unit Media Wangsa Maju

MctHeory:
Lain kali bila bodoh kan boleh tanya, jangan la buat-buat pandai. Lagi la nampak bodohnya terserlah! adehh la.

Isnin, 2 Ogos 2010

HARAKAH TEMPAT SUMBER FITNAH DAN PENAFIAN!

Artikel ni sudah lama terbit. Mc bawakan kembali untuk bacaan pembaca supaya pembaca semua mengetahui apa itu lidah utama Pas, iaitu Harakah dan Harakah daily.

Ketika membaca laporan muka depan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 September 2008 yang memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, serta-merta Semut Besi menjangkakan, perkara ini pasti akan dinafikan oleh puak-puak dalam PAS.

Ternyata jangkaan Semut Besi itu tepat sekali apabila lidah rasmi PAS, Harakah on-line hari ini melaporkan mengenai kekesalan PAS Selangor terhadap laporan bertajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR, DAP" yang disifatkan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu, tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Hasan pada sidangnya sehari sebelum itu.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir bersungguh-sunguh mempertahankan PAS dengan mendakwa Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor,"katanya.

Katanya, PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan.

"PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.

"PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini,"jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.

Alahai Harakah...

Mengapa mengambil masa empat hari baru mahu membuat penjelasan itu, mengapa tidak dikeluarkan kenyataan membidas laporan itu pada hari yang sama laporan berkenaan diterbitkan.

Harakah, Harakah....

Semut Besi tidak pelik, sebab menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi, PAS merasakan laporan seperti itu boleh menimbulkan masalah kepada pakatan pembangkang, yang sekejap ok, sekejap tak ok...

Atau mungkin brother Anwar, yang diangkat sebagai 'Godfather' PKR, DAP dan PAS sudah melenting....

Tetapi memang menjadi lumrah Harakah, hanya membuat laporan berbentuk penafian sahaja. Apa sahaja laporan media arus perdana, pasti akan dinafikan Harakah.

Semut Besi masih ingat kenyataan-kenyataan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Sallehin Mukhyi yang akhirnya terkena batang hidup orang PAS, dinafikan oleh Harakah.

Selalu Semut Besi tersenyum seorang diri, ketika akhbar dan berita Internet begitu banyak melaporkan mengenai isu penjualan arak yang dicadangkan PAS Sealngor tetapi mendapat bangkangan PKR dan DAP, langsung tidak disiarkan Harakah.

Sebaliknya pada hari yang sama, Harakah menyiarkan tiga laporan membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan lepas diangkat menjadi bahan berita brbentuk positif oleh PAS apabila negarawan itu kerap membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Apa sudah jadi, adakah Harakah sudah menggadaikan maruah mereka sedangkan selama ini PAS mendakwa memperjuangkan Islam.

Satu permintaan Semut Besi kepada Harakah, kalau merasakan laporan Utusan Malaysia itu tidak betul, kenapa tidak disiarkan transkrip penuh kenyataan media Hasan?

Atau susah-susah sangat, saman sahaja Utusan, buktikan PAS sememangnya tidak ada beza dengan DAP walaupun selama ini mendakwa memperjuangkan kebebasan media, tetapi hakikatnya boleh dinilai sendiri ole rakyat apabila mempunyai sedikit kuasa.

Oleh itu, Semut Besi meminta rakyat menilai sendiri, apa sebenarnya corak pemberitaan Harakah ini.

Sumber Malaysia Instinct

MctHeory:
Benda lama ni elok kalau diperingatkan kembali, supaya kita tidak mudah alpa apabila ditipu kelak!

Khamis, 8 April 2010

FAKTA ATAU AUTA MP BEBAS KE LUAR NEGARA!



Cuba baca berita di Bernama dan Haramkahdaily Pas ni. Mana yang betul mana yang salah?

Berita dibawah oleh Haramkahdaily

KUALA LUMPUR, 8 April: Tindakan kerajaan membawa dua anggota Parlimen Bebas Zulkifli Nordin dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim bersama rombongan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat dilihat sebagai sebahagian dari 'bayaran balik'.

Ini kerana, jasa kedua-duanya memukul PKR, PAS dan DAP serta Datuk Seri Anwar Ibrahim khasnya selepas mereka meninggal parti itu perlu dibayar balik selain apa yang mereka telah terima sebelum ini.

"Nampaknya ini adalah masa untuk membayar balik dan mereka nampaknya menjadi anggota Parlimen kegemaran pemimpin BN (berbanding MP dari Umno sendiri)," kata Dr Hatta Ramli, anggota Parlimen Kuala Krai kepada Harakahdaily.

Tindakan ini nampaknya tidak menyenangkan anggota Parlimen BN sendiri kerana biasanya merekalah yang mendapat peluang ini.

Untuk itu, pentadbiran Datuk Seri Najib menjadikan sikap Pakatan Rakyat yang suka membuat undian belah bahagi sejak kebelakangan ini sebagai alasan.

Ia disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bagi pihak kerajaan BN.

"Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang.

"Juga adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini.

"Mereka akan menuduh saya tidak berlaku adil kerana mereka juga memerlukan jumlah berkenaan bagi pengundian secara blok.

“Jadi, yang boleh pergi ialah hanya MP Bebas,” katanya di lobi parlimen.

Ketika kecoh dengan dakwaan rasuah dan pembelian anggota Parlimen, tiga anggota Parlimen PKR keluar parti manakala seorang lagi dipecat.

Yang keluar adalah Zahrain sendiri selain Tan Tee Beng dan Mohsin Samsuri manakala Zulkifli dipecat.

"Mereka bukannya anggota bebas sebenarnya kerana setiap kali bercakap mereka menghentam PKR, PAS dan DAP," kata Tian Chua, anggota Parlimen PKR kawasan Batu.

Perdana Menteri telah bertolak ke Amerika Syarikat untuk bertemu Barack Obama manakala timbalannya ke Perancis. Kedua-dua anggota Parlimen Bebas itu dijangka akan bersama PM di Amerika Rabu depan
-Haramkahdaily

Baca pula berita dibawah ini dipetik dari Bernama

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Tindakan kerajaan menghantar dua anggota Parlimen Bebas mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat adalah bagi memastikan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang mempunyai anggota yang mencukupi pada persidangan Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab menjaga Parlimen berkata hal ini penting memandangkan sekarang telah menjadi kebiasaan pembangkang untuk mengadakan undian belah bagi dalam persidangan.

"Sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak menghantar anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk turut serta dalam rombongan tersebut.

"Kita kena tentukan bahawa jumlah anggota Parlimen BN mesti lebih pada setiap masa. Dalam masa yang sama tak hantar dari pembangkang yang bukan Bebas kerana tak mahu dituduh nanti, kita hantar mereka dengan tujuan memastikan jumlah mereka kurang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini pada hari Khamis.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bahawa kerajaan mengetepikan anggota Parlimen BN dan menganggap mereka sebagai anggota Parlimen kelas kedua.

Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 peringkat jawatankuasa, Lim mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menghantar dua anggota Parlimen Bebas, iaitu Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), bagi menghadiri pelancaran Kokus (Kongres) Malaysia-Amerika Syarikat di Washington, Rabu depan bersama Perdana Menteri.

Nazri berkata kerajaan telah memutuskan bahawa tiada anggota Parlimen BN yang dibenarkan ke luar negara sewaktu persidangan Parlimen sedang berlangsung.

"Jadi sebab itu yang ikut PM cuma Rais (Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim) saja. Jadi saya hantar Bebaslah. Sebab jadi amalan, setiap kali lawatan PM yang terdiri daripada pegawai, menteri, kita selalu hantar MP," katanya.


Walaupun kerajaan sudah menerangkan sebab atau kenapa MP Bebas dibawa pergi ke Amerika. Pas dan sekutu haramnya tetap tidak dapat menerima semua ini sebagai lawatan kerja. Memang dasar hati perut kelam yang busuk suka menaruh syak wasangka yang bukan-bukan.

MctHeory:
Siapa nak baca cerita donggeng dan cerita Spin. Bacalah Haramkah Pas!

Ahad, 21 Februari 2010

KES LIWAT ANWAR: HADI AWANG TAKUT, ATAU HARAKAH SPIN CERITA?


Semalam Mc tergelak sendiri, apabila terbaca dua berita yang sama dan dilaporkan cara berbeza. Tak tahulah Mc, sama ada Mc salah baca, atau tukang lapor yang salah tulis.

Mengikut berita dilaporkan oleh bernama, Hadi Awang, President Pas menyelar 50 ahli parlimen kangaroo kerana campur tangan mereka keatas kes liwat anwar, yang mendesak kes liwat anwar digugurkan.

Hadi Awang dilaporkan, berkata menyelar 50 ahli parlimen Australia kerana campur tangan asing keatas keputusan dan undang-undang mahkamah Malaysia.

Tapi dalam Harakah pula, lain yang dilaporkan, mereka lebih memberi keutamaan tentang laporan Hadi Awang yang mempertikaikan mahkamah kerana berada dibawah jabatan Perdana Menteri.

Memang benar dalam temubual Hadi dengan bernama, Hadi juga ada pertikaikan bidang kehakiman, tapi selama ini pembangkang hanya mengsyaki, tiada sebarang bukti yang menunjukkan mahkamah dikuasai oleh Jabatan Perdana Menteri.

Mungkin disebabkan takut ahlul Pas bising atas kenyataannya, Hadi sekali lagi meminta Setiausaha politiknya menjelaskan isu berkenaan dengan mengubah kenyataannya. Daripada selar, menjadi tidak setuju.

Semua laporan tadi boleh baca kat sini, sini dan di sini

Bagi mengikut pandangan Mc, apa yang Hadi Awang kata adalah betul, biarkan anwar dinilai oleh mahkamah, tanpa sebarang campur tangan asing. Kerana mereka tidak menghormati undang-undang kita jika mereka campur tangan.

Mungkin Hadi mahu melihat adakah anwar boleh dipercayai atau tidak. Ataupun Hadi sudah tidak mempercayai anwar lagi, kerana sering menunda kesnya dimahkamah. Biarkan mahkamah menilai kes liwat anwar ini adalah keputusan yang bijak.

MctHeory:
Nampaknya sekarang, Hadi Awang lebih pandai berfikir berbanding politik sempit N.ajis. Kerajaan Perpaduan, apa cerita? Senyap je?

Isnin, 8 Februari 2010

LEPAS BTN, JASA PULA DISALAHKAN!



Pakatan Haram tak sudah-sudah menuduh agensi kerajaan sebagai agensi propaganda. Jika dulu kita lihat PR memainkan isu BTN, kali ni pula PR mengatakan Jasa ini agensi propaganda UMNO/BN. Seperti biasalah Haramkahdaily la punca penyebar.

BUKIT BENDERA : Perkhidmatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Biro Tata Negara (BTN) serta agensi-agensi propaganda lain perlu dimansuhkan segera kerana selama ini wujud dengan peruntukan wang cukai rakyat semata-mata untuk kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta bersifat anti pembangkang.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, Umno dan BN boleh menggunakan sumber-sumber parti dan bukannya menyalahgunakan wang rakyat untuk alat propaganda mereka.

Katanya, jika agensi-agensi itu dikekalkan, akan terus timbul suara-suara perkauman dan anti-perpaduan yang lahir dari budaya pemikiran sempit Jasa dan BTN.

Beliau juga menuntut Jasa selaku sebuah agensi kerajaan pusat meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang berbau perkauman dengan memperlekehkan kaum bukan Melayu, baru-baru ini.

Ini, katanya kerana Jasa sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan secara sedar telah menganjurkan majlis “Rapat 1Malaysia” di Melaka di mana Nasir berpeluang membuat kenyataan yang menghina sebahagian besar rakyat Malaysia.

Jasa, ujarnya sebagaimana BTN yang juga sebuah agensi kerajaan pusat, telah terlibat dengan usaha-usaha menanam unsur-unsur negatif terhadap hubungan antara kaum serta menabur kebencian terhadap pihak pembangkang.

Sebagai penganjur majlis di Melaka itu, Jasa mesti meminta maaf kerana program anjurannya bercanggah dengan slogan perpaduan kaum “1Malaysia” yang dibawakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, walaupun ramai mengetahui tentang BTN tetapi masih kurang faham dengan fungsi dan peranan Jasa sebagai salah satu agensi propaganda untuk kerajaan Umno dan BN.- Haramkahdaily


Setahu Mc la. Jasa hanya melakukan kerjanya menyebarkan maklumat tentang kempen kerajaan Malaysia sekarang. Kerjanya menyeluruh bukan hanya tertakluk dengan UMNO/BN. Banyak lagi kerja Jasa berbanding tuduhan yang dibuat oleh PR terhadapnya. Jangan percaya tentang tuduhan-tuduhan pembangkang (Pakatan Haram) terhadap Jasa dan BTN. Kita rakyat Malaysia masih memerlukan agensi ini untuk sumber perpaduan kita. Jika tak percaya masuk web Jasa, klik di sini.

Selama Jasa dan BTN ada di Malaysia, adakah kita huru-hara? Pernahkah kita kecoh dan tak aman? Fikir itu je la. Bila mereka menghentam jasa, selepas ini akan muncul bukti-bukti busuk rekaan mereka yang Jasa ini agensi UMNO/BN, kalau tak percaya tunggu aje la. Tolong jangan fikirkan dakyah dan songsang Pembangkang yang cuba meracun fikiran rakyat Malaysia dengan pembohongan mereka itu.

MctHeory:
Kalau ikut Pakatan Haram ni. Semua media dalam Malaysia ni dia kata UMNO/BN yang punya. Bodoh tak sudah!

Jumaat, 5 Februari 2010

HARAKAH: NIK AZIZ PEMIMPIN ISLAM TERBILANG!


Mc memilih tajuk ni, sebab bukan Mc yang kata macam tu, laporan dari Haramkahdaily yang kata macam tu. Mc cuma sampaikan je. Tak caya baca di sini

Mc baca satu berita puji pemimpin sendiri, punyalah si Haramkahdaily takdak berita nak siar untuk puji puak-puak diorang. Boleh pula haramkahdaily ni letak berita Pesuruhjaya Ghana puji N.ajis! Sedang kita sibuk dengan kes liwat Anwar, sibuk dengan berita-berita lain yang lebih penting, haramkahdaily pula lapor, kata orang Ghana puji N.ajis?

Woii. .dah takdak berita lain ke nak puji pemimpin? Bukanlah Mc nak kutuk Ghana tu tak bagus, tapi setakat puji sikit-sikit nak ambil hati tu, tak payah la letak aktikel muka depan. Ghana je pun. Orang tu pun datang sekadar nak melawat. Inilah kerja haramkahdaily, kalau tak puji pemimpin, puji diri sendiri, kalau tidak pusing cerita, pasti kencing berdiri punyala.

Kesian Mc pada ahlul-ahlul Pas yang hanya baca haramkah ni, macam mana la otak mereka nak berkembang kalau asyik dilonggokkan dengan berita dan aktikel yang hanya syok sendiri dan masuk bakul angkat sendiri. Kalau ada lah ahlul Pas yang baca blog Mc ni. Mc nak pesan la. Kalau baca Haramkahdaily ataupun akhbar Haramkah, baca boleh, percaya jangan!

MctHeory:
Dari baca harakah dan suara keadilan, baik baca buku komik atau buku teks sekolah rendah! ada juga faedah!

Rabu, 27 Januari 2010

APA YANG PELIKNYA DENGAN HARAKAH!



Mc nak ceritakan satu cerita yang pelik tapi benar berkenaan portal tersohor pemusing pembangkang, iaitu Harakahdaily. Sedang ramai rakyat Malaysia mengikuti cerita tentang blogger kurang hajar si Aduka tu. Harakah sekali lagi buat magik dalam penyampaiannya.

Menteri Penerangan Rais Yatim kata kalau si Aduka dah minta maaf secara rasmi didalam blognya, beliau minta si Aduka tidak usahla didakwa, kerana dia sudah minta maaf.

Mc percaya, semua akhbar dan portal laporkan benda yang sama. Bila pergi melawat harakahdaily ni, kenyataan Rais Yatim sudah tukar pula. Apa yang ditulis oleh harakahdaily yang haram ni, Rais menyuruh pihak berkuasa menahan si Aduka. Tidak pula diceritakan Rais suruh lepaskan kalau Aduka dah minta Maaf. Pelik!

Hari ni, bila Mc pergi lagi untuk mengesahkan aktikel berkenaan, lagi pelik! Aktikel tu dah hilang pun, dah takde lagi dalam Harakahdaily. Cepat betul sikaki pusing Pas ni buat kerja. Benda macam ni pun diorang boleh alih cerita.

Apa yang ditakutkan nanti, bila ahlul-ahlul Pas yang hanya baca portal pembangkang dan tak baca sumber lain. Mereka akan mendakwa Rais bersikap kejam keatas blogger yang menyokong pembangkang.

Sedangkan kita semua tahu, Rais Yatim siap suruh lepaskan si Aduka kalau dia dah minta maaf. Mc harap sesiapa yang suka baca harakahdaily tu. Henti-hentikan je la. Banyak cerita betul yang dipusingkannya jadi tak betul.

Kolumnis harakah yang syok sendiri. Mengulas tah hapa-hapa tah. Kajian yang kononnya dibuat mereka, amatlah merapu. Kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang didalam harakah bagaikan syok sendiri saja.

Mc tengok harakah jenis baling batu sembunyi tangan. Weii. .berani buat, berani tanggung la. Memang patut harakahdaily di panggil haprakdaily atau haramkahdaily!

MctHeory:
Dari akhbar harakah, sampaila ke portal! Memang haprak tak sudah! Korang tak cerita ke pasal kek arifahmi beli kat nik ajis sampai rm2000 lebih tu?