Sponsor

Memaparkan catatan dengan label suara keadilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suara keadilan. Papar semua catatan

Rabu, 14 September 2011

PANAS!! Portal Roket Kini Mahu Melayu Dap Memuja Dewa Guan Eng!!

Pemuja Guan Eng nombor satu!!

Portal Dap khas untuk penyokongnya yang berbangsa Melayu dipanggil RoketKini. Pada sesiapa yang selalu mengikuti perkembangan Portal ini, pasti akan tersedar bahawa portal ini sebenarnya adalah satu cara Dap untuk mendewakan pemimpinnya. Terutamanya si Guan Eng.

Masuk saja portal, keluar muka Guan Eng, klik sana Guan Eng, klik sini, Guan Eng. Muka pemimpin Dap seperti Karpal Singh, Teresa, Hannah Yeoh dan beberapa orang lagi agak jarang nampak. Apakah portal Roket Kini hanya berfungsi untuk mendewakan Guan Eng?

Artikelnya pula hanya berkisarkan betapa hebatnya Dap dan betapa baiknya Dap terhadap bangsa Melayu. Dari atas sampai bawah, menunjukkan Dap ni baik dengan masyarakat Malaysia. Artikel propa dan bodeknya jangan cakap la, hinggakan budak tadika baca pun susah nak percaya.

Apakah ini pelaburan Dap kepada wartawan melayu roket kini yang dibayar rm2500 sebulan? Artikel sampah dan bodek Guan Eng sampai lebam? Ingat hebat sangat budak grad U yang jadi barua Dap ni, setakat artikel ampu dan sanjung tu, blogger jalanan boleh buat lagi hebat.

Hanya melayu puak pencacai Pas saja yang boleh percaya dan terharu dengan semua kebaikkan Dap dalam roket kini tu. Rakyat Malaysia bukannya bodoh, Allah anugerahkan kita akal untuk gunakannya, anugerah mata untuk melihat dan anugerah telinga untuk mendengar.

Selama ini apakah kebaikkan Dap pada orang Melayu Islam?

Beri satu pun cukuplah.. di Selangor, apa yang Dap buat? di Pulau Pinang ada tak Dap buat untuk orang Melayu beragama Islam? Mana ada.. takdak, nothing!

Untuk melayu yang nak masuk Kristian ada la, majlis berbuka puasa dan sumbangan duit untuk sara diri. Kalau untuk melayu Islam, sorry.. rumah kos rendah pun tak pernah buat. Dap kata, nak buat atas sebab apa, kalau buat, rumah kos rendah untuk melayu pun takdak untung apa2.

Setakat nak pancing undi Melayu, Pas boleh tolong. Kencing sana-sini sikit, bodek ampu sikit, takbir dua tiga kali, mencicit pengikut Pas jilat Dap lepas tu.

Sebab tu Mc kata, Dap berlagak baik dengan Melayu hanya dalam gambar dan untuk promote diri saja. Setakat berlakon berbuka puasa dan hadiri majlis adat orang Melayu tu.. siapa pun boleh. Jika mereka ikhlas nak tolong orang melayu Islam, mereka sudah buat projek (sesuatu perkara) untuk orang melayu. Ini tak, lagi nak dirobohkan ada la.

Sebab tu Mc kata, ada akal guna, mata lihat dan telinga dengar, jangan asyik baca haramkah saja.. nanti jadi buta tuli.

McTheory:
Keldaidaily dan RoketKini takpa, tu paper budak tadika.. haprak saja..

Jumaat, 17 Jun 2011

KASI PANAS!! LAPORAN POLIS TERHADAP AKHBAR PALING TULUS DAN MULUS!!


Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi PKR.

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk ”Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi” dan laporan muka depan bertajuk ”UMNO Putih Mata”.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam Pas baru-baru ini,beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai PKR daripada segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh UMNO tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang Barisan Nasional (BN), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan Pas bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu - utusan

Lohh.. akhbar paling baik, tulus dan mulus ni macam mana boleh kena laporan polis? Pensyarah ni salah ni. Kan pencacai menganggap Suara Keldaiannya ni sebagai kitab rasmi bacaan ahli Pkr. Disamping kitab-kitab rasmi Pas iaitu Haramkah dan Dap si Roket kini. Suara Keldaian Pkr ini merupakan sumber rujukan utama mereka untuk menentang kerajaan Malaysia.

Mc pun tak faham kenapa akhbar paling JUJUR ni boleh buat salah. Selalunya akhbar yang selalu kena saman seperti akhbar Utusan dan Berita Harian.

Ni mesti pensyarah ni kena upah dengan UMNO, sebab tu dengki dan buat laporan polis pada suara keldaian tu.

(merujuk kata-kata puak Pakatan haram)

McTheory:
Sebab tu ahli Pkr semuanya banggang, sebab selalu baca akhbar macam ni la.

Rabu, 7 Julai 2010

SAMAN KEATAS SUARA KEADILAN DITERUSKAN, 200 JUTA UNTUK HABUAN FITNAH!



Mc amat tertarik dengan ucapan Ds Najib semasa pelancaran Hari Peneroka. Baru-baru ini tabliod buruk PKR Suara Kekeldaian (Keadilan) memfitnah Ds Najib yang dikatakan penyebab Felda menjadi Bankrap. Perdana Menteri (Ds Najib) berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta.

"Kita ada RM4 bilion kita labur, bukan joli katak bukan songlap. kita melabur untuk kesejahteraan peneroka," katanya pada pelancaran Hari Peneroka 2010 di perkarangan MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak di Sungkai dekat Slim River hari ini.

Lebih 10,000 peneroka dari tanah rancangan Felda seluruh negara menghadiri majlis itu yang berupa sambutan Hari Peneroka yang terbesar pernah diadakan.

Perdana Menteri berkata mereka yang membuat tuduhan itu juga tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan.

Beliau berkata pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka tetapi cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya.

"Tak bankrap...bukan Suara Keadilan yang tentukan," katanya sambil disambut dengan teriakan peneroka yang melaung supaya Felda meneruskan saman RM200 juta terhadap akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyiarkan laporan mendakwa Felda bankrap sebelum ini.

Perdana Menteri berkata Felda akan meneruskan tindakan mahkamah menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang berhubung tuduhan berkenaan.

"Hari ini suara perhimpunan hendak kita teruskan...kita jumpa di mahkamah," katanya sekali lagi disusuli tepukan gemuruh.

Najib berkata Felda kini mempunyai wang tunai sebanyak RM1.3 bilion dan ini tidak termasuk wang yang terdapat dalam beberapa anak syarikatnya.

"Nak kata apa bankrap...Felda sahaja ada RM1.3 bilion tunai. Felda labur dalam saham dan membelinya pada harga RM844 juta, hari ini dah naik lima kali ganda. Boleh kata kita bankrap?," katanya.

Perdana Menteri berkata saham-saham yang dibeli Felda adalah daripada syarikat besar seperti MISC dan Maybank yang tersenarai di Bursa Malaysia dan jika dijual sekarang boleh memperoleh RM4.6 bilion.

Menurutnya, ladang-ladang yang dimiliki Felda jika dijual dengan nilai konservatif ladang komersial adalah berharga RM10 bilion.

Beliau menjelaskan Felda merancang pembangunan untuk jangka panjang dan telah membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan Kanada bagi menembusi pasaran global dalam usaha meningkatkan pemasaran produk di peringkat antarabangsa yang akan membantu meningkatkan lagi harga sawit.

Katanya Felda juga telah membelanjakan RM2.4 bilion untuk tanaman semula.
- sambung baca Bernama.

Rasanya sekarang perkataan Bankrap yang Suara Keadilan tujukan kepada Felda, pasti akan beralih arah kepada PKR. Ha Ha Ha...Hambik Muka ko.. asyik memfitnah je, terima la habuan 200 juta.. he he he.. lain kali jangan main tulis je, siasat dulu. Dulu dah kena dengan Dr.Zambry (MB Perak) ni kena dengan Felda pulak.. nasib la.. nasib.. he he he. .

MctHeory:
Tak kata apa, cuma tersengih saja..