Jumaat, 17 Jun 2011

KASI PANAS!! LAPORAN POLIS TERHADAP AKHBAR PALING TULUS DAN MULUS!!


Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi PKR.

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk ”Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi” dan laporan muka depan bertajuk ”UMNO Putih Mata”.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam Pas baru-baru ini,beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai PKR daripada segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh UMNO tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang Barisan Nasional (BN), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata,beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan Pas bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu - utusan

Lohh.. akhbar paling baik, tulus dan mulus ni macam mana boleh kena laporan polis? Pensyarah ni salah ni. Kan pencacai menganggap Suara Keldaiannya ni sebagai kitab rasmi bacaan ahli Pkr. Disamping kitab-kitab rasmi Pas iaitu Haramkah dan Dap si Roket kini. Suara Keldaian Pkr ini merupakan sumber rujukan utama mereka untuk menentang kerajaan Malaysia.

Mc pun tak faham kenapa akhbar paling JUJUR ni boleh buat salah. Selalunya akhbar yang selalu kena saman seperti akhbar Utusan dan Berita Harian.

Ni mesti pensyarah ni kena upah dengan UMNO, sebab tu dengki dan buat laporan polis pada suara keldaian tu.

(merujuk kata-kata puak Pakatan haram)

McTheory:
Sebab tu ahli Pkr semuanya banggang, sebab selalu baca akhbar macam ni la.

3 ulasan:

Ader Rupa Ader Gaya berkata...

PKR nie sama aje dari atas sampai bawah pembelit nombor satu. Politik sempit yang inginkan Nuar jadi PM. Aku sebelah mata pun tak boleh pandang Nuar nie. Naik meluat aku, dengan tindakannya menidakkan ketuanan Melayu.

Bingai @ Bangang berkata...

masa dia orang cetak dah betul tapi masa pengedaran ada orang main silap mata tukar lapuran tu. (UMNO?)

Abu Idris berkata...

arrayah.info - akhbar Berita Dunia Terkini Kebangkitan Negara Islam Global - Daulah Khilafah Islamiyah yang akan Kembali Semula Mengikut Jalan Kenabian