Jumaat, 17 Jun 2011
PERGHH!! PENANGAN MAHARAJA LAWAK DI JAY BEE!!
Dahsyat! dahsyat! Maharaja lawak berkunjung ke Johor Bahru. Memang peminat Maharaja Lawak kat JB ni menanti dengan penuh sabar kehadiran Maharaja Lawak.
Untuk pengetahuan pembaca blog Mc, kaunter tiket bukak pukul 3 petang, tapi peminat dah tunggu dari pukul 10 pagi lagi. Tiket habis hanya mengambil masa 1 jam. Pukul 3 buka, pukul 4 habis. Memang ramai peminat setia Maharaja Lawak tak dapat tiket. kecewa beb, kecewa..
Peminat yang beratur dari kaunter tiket, boleh dikatakan sepanjang 2 KM kot. Sampai bandar JB hari ni jadi sesak teruk daripada biasa. Memang menyusahkan Mc nak balik keje. tensen-tensen.
Dahsyat benar penangan Maharaja Lawak kat JB ni..
Pada yang tak dapat tengok live tu, balik tengok kat rumah je la. Atau cari kedai mamak yang ada Astro.
Bila sebut pasal Astro, geram pulak rasa bila Astro naik harga lagi. Selamat la ada Maharaja Lawak, kalau dak, dah Mc lama buang Astro.
Tunggu lepas habis Maharaja Lawak, kalau harga naik jugak, tak mungkin Mc nak pakai Astro lagi.
Apa pun Maharaja Lawak memang best la..
McTheory:
Paling best ialah kumpulan Jambu.. memang gilar habis!..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan