Jumaat, 17 Jun 2011

KASI PANAS!! NELAYAN LAUT DALAM UGUT KERAJAAN DAN RAKYAT?

Mc sebenarnya agak terkilan bila membaca kenapa kerajaan menarik balik subsidi kepada nelayan laut dalam. Namun sebelum kita membuat sebarang andaian yang buruk terhadap tindakan kerajaan. Sepatutnya kita kena rajin membaca, dan maklumat yang kita dapat boleh diimbang baik dan buruk sesuatu tindakan kerajaan.

Cerita mengenai subsidi nelayan laut dalam ni rupanya macam ni,


PERTAMA Sebelum ini Nelayan Laut dalam memperolehi Subsidi sekitar RM24 ribu setiap kali turun ke laut berbanding Nelayan pesisir pantai yang hanya mendapat subsidi sekitar RM4 Ribu.

KEDUA Nelayan Laut Dalam berjumlah 1019 buah Kapal berbanding Nelayan Pesisir pantai yang berjumlah 40 Ribu buah.

KETIGA Daripada jumlah 1019 Buah Kapal Nelayan Laut Dalam yang keluar dengan di bekalkan subsidi Minyak RM24 ribu setiap kali turun ke laut mereka hanya membawa pulangan Ikan sekitar 5 Tan sehingga 10 Tan sahaja. Hanya beberapa buah Kapal yang tidak sampai 5 kapal sahaja yang membawa pulangan 40 Tan.

KE EMPAT Nelayan Laut Dalam memperolehi Inisiatif tambahan dengan pembinaan Kompleks Laut Dalam yang menelan Kos sekitar RM200 Juta berbanding Nelayan pesisir pantai yang hanya perlu membina Jeti pelabuhan yang berharga sekitar 36 Juta.

KE LIMA Boleh di katakan hampir semua Nelayan Laut Dalam menjual subsidi Minyak yang di bekalkan sewaktu berada di peraiaran dan turut menjual Ikan kepada nelayan negara lain. Ini terbukti apabila ramai di kalangan nelayan laut dalam hanya membawa pulang Ikan Kembung berbanding tangkapan yang sepatutnya.

Jumlah Subsidi RM24 Ribu adalah tinggi sama sekali bagi sebuah Kapal Laut Dalam sedangkan hasil tangkapan yang mereka bawa pulang hanya sekitar RM5 hingga 10 Tan sahaja. Keuntungan Kapal Laut Dalam ini sebenarnya hanya menjual minyak kepada kapal luar negara.

Kerajaan bertindak tepat dengan mengekalkan Subsidi kepada 40 ribu Nelayan Pesisir pantai yang sememangnya perlu mendapatkan subsidi kerana hasil tangkapan yang di tangkap mereka akan di bawa pulang ke Darat dan tidak di jual ke negara Luar. Untuk makluman juga Kerajaan tetap memberikan imbuhan kepada Nelayan Laut dalam yang berjaya membawa pulang hasil tangkapan dengan memberikan 10 sen hingga 20 sen bagi setiap tangkapan Ikan yang berjaya di raih.

Jika tangkapan sebanyak 40 Tan maka mereka sudah boleh menanggung harga minyak yang di beli. Ini pilihan terbaik dari kerajaan Malaysia bagi menggalakkan Nelayan Laut Dalam Zon C2 membawa pulang lebih tangkapan ke Malaysia dan menggelakkan Nelayan ini menjual Minyak dan Ikan kepada negara luar.

sumber dari papagomo
Oleh sebab demikian la kerajaan membuat keputusan untuk menarik balik subsidi kepada nelayan laut dalam. Jadi tak ada sebabnya nelayan-nelayan yang degil ini untuk menaikkan harga ikan sebanyak 30%. Kalau mereka naikkan juga, itu bermakna mereka sengaja mahu mengugut kerajaan, dan mahukan rakyat marahkan kerajaan atas sebab harga ikan naik dipasaran.

Kalau mereka ini degil lagi, Mc menyokong cadangan Noh Omar yang mahu menambahkan lesen import ikan ke negara kita. Biar kita import ikan dari luar, dari beli ikan pada nelayan laut dalam yang buta hati dan buta akal ini.

McTheory:
Sudah la langgar undang-undang, lepas tu nak mengugut la pulak!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbaek bro... anti org yg tamak dan malas.

Bingai @ Bangang berkata...

impot ikan satu pilihan, MC.

Ada lagi pilihan yang kerajaan boleh berikan dan aku rasa lebih sesuai. Berikan subsidi berdasarkan tangkapan. Dengan cara ini, nelayan laut dalam yang benar-benar berusaha dan membawa balik tangkapan untuk rakyat Malaysia tidak teraniaya.