Jumaat, 24 September 2010

KASI PANAS!! KEBEBASAN MEDIA, PEMBANGKANG PERLU CERMIN DIRI SENDIRI!


Mc baru selesai membaca tulisan Ahmad Lutfi Othman di dalam Harakahdaily mengenai kebebasan media. Ahmad Lutfi menyokong kenyataan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang baru dilantik menjadi Presiden NUJ mengantikan Presiden NUJ yang lalu Norila Daud.

Ini merupakan kenyataan sulung Hatta sebagai presiden,

"NUJ Malaysia melihat adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar Utusan Malaysia yang di dalamnya terdapat wartawan, jurugambar dan artis grafik serta pekerja-pekerja lain yang tidak berkongsi agenda serta tidak mempunyai kuasa untuk menegur ketua pengarang dan pengarang-pengarang kanan," tambahnya dalam kenyataan sulung sebagai Presiden NUJ.

"Ketua Pengarang sebagai orang yang menentukan agenda, berita dan pelbagai pendapat untuk disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesan negatif, rungutan dan sebarang rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada akhbar Utusan Malaysia," tegas Hata.

Tanpa menunggu lama, pandangan awal beliau telah dibidas oleh ahli Majlis Tertinggi PERKASA, Mohd Zahid Md Arip. Zahid mungkin melihat kenyataannya itu lebih berpihak kepada pembangkang.

Hatta bersuara semula,

"Perjuangan saya ialah untuk melihat akhbar-akhbar di negara ini terlepas dari kongkongan tuan-tuan politik baik daripada BN, Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin politik lain. Akhbar dan media seharusnya dimiliki oleh rakyat kerana dengan itu barulah akhbar itu dapat berkhidmat kepada rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Utusan sebelum ia dikuasai oleh parti politik sebelum tahun 1961," sanggah Hata.

Ahmad Lutfi sepatutnya faham kenyataan presiden NUJ tu, beliau bercakap tentang secara kebebasan media secara menyeluruh, bukan hanya khusus untuk Utusan Malaysia sahaja. Apakah akhbar Harakah dan Portal Harakahdaily bebas dari pengaruh politik? Bagaimana pula dengan akhbar Siasah? dan beberapa akhbar puak pembangkang yang lain, adakah itu merangkumi kebebasan media?

Janganlah beri alasan bahawa Harakah adalah akhbar parti dan khas untuk ahli Pas saja, kerana Harakah ada dijual dimana-mana, nak beli harakah tak payah tunjuk kad ahli pun dah boleh beli. Tapi adakah harakah akhbar yang bebas? Tiada saringan? Berita dari harakah tak berat sebelah ke?

Walaupun Mc jarang baca harakah (sebab takut mati cepat) Mc tetap mengikuti akhbar lidah nombor satu pas tu. Sudah banyak kali artikel yang mengkritik kepimpinan Pas ditarik balik atas arahan pihak atasan. Itukah dipanggil 'kebebasan media' ala Pas?

Kalau puak Pas dan puak harakah nak perjuangkan kebebasan media, kenapa korang tak lakukan dahulu? Kenapa nak suruh orang lain bebaskan media, sedangkan media Pas sendiri pun terikat. Balik rumah cermin diri la.

Lagi satu Mc nak pesan sikit pada Presiden baru NUJ ni, wahai Hatta Wahari, buat kerja biar la bijak sikit, jangan dedahkan 'kemaluan sendiri' pada orang lain, kata orang umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Jangan ko kasi point puak pembangkang hentam Utusan lagi. Andaikata ko menyokong kebebasan media ala puak pembangkang, Mc nasihatkan ko supaya 'resign' aje la dari Utusan tu. Lepas tu ko perjuangkanlah 'kebebasan media' ko tu sampai 'lebam'.

Bagi Mc media boleh dibebaskan, cuma masih perlu dikawal oleh pihak tertentu supaya tidak jadi 'syok sendiri' apabila jadi syok sendiri, nanti ada yang dok hasut sana hasut sini. Negara juga yang tak aman. Contoh yang lalu dah ada, semasa pemerintah Bapa 'demokrasi' Tun Dol Bodowi yang membiarkan kenyataan demi kenyataan menghasut, menyebabkan Malaysia huru-hara buat sementara waktu.

Cina perjuang hak cina...

India dengan samseng hindrafnya...

Melayu dengan tiga sukunya...

Apa jadi? Purak peranda, sebab itu macam mana pun media harus dikawal, cakap memang senang beb. Nak laksanakan payah.

Negara kita berbilang kaum perlu diingat.. bukan senang mau jaga hati kaum masing-masing.

P/s: Sedangkan sesama melayu sendiri pun berpecah! Apa tah lagi dengan kaum-kaum yang lain!

*pesanan dari Kementerian kesihatan Malaysia, 
Jangan Baca harakah (harakahdaily) jika mahu hidup lama. Kerana berita didalam harakah boleh membuatkan orang jadi tertekan, jiwa kacau dan gila. Berita didalamnya, tiada yang buruk, selain yang buruk-buruk belaka!!.. Awas!! Kesan sampingan: sakit jantung, senak perut, sakit otak dan kentut berdarah. Sekian Terima Kasih.


MctHeory:
Harakah!! Kebebasan media pala otak luee...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha. . baca harakah boleh kena kentut berdarah! hahaha. . lu mmg besh la bro. .

ISAC berkata...

Patutpn Mat Sabun kena buasir...

Mat Sabun kalau X kenal kena tanya CCZ...

McTheory berkata...

he he he. .

NasrulSafiq berkata...

Salam sejahtera KedahKL,

Pendapat dan ulasan sungguh baik dan mantap.

T kasih