Isnin, 8 Februari 2010
LEPAS BTN, JASA PULA DISALAHKAN!
Pakatan Haram tak sudah-sudah menuduh agensi kerajaan sebagai agensi propaganda. Jika dulu kita lihat PR memainkan isu BTN, kali ni pula PR mengatakan Jasa ini agensi propaganda UMNO/BN. Seperti biasalah Haramkahdaily la punca penyebar.
BUKIT BENDERA : Perkhidmatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Biro Tata Negara (BTN) serta agensi-agensi propaganda lain perlu dimansuhkan segera kerana selama ini wujud dengan peruntukan wang cukai rakyat semata-mata untuk kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta bersifat anti pembangkang.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, Umno dan BN boleh menggunakan sumber-sumber parti dan bukannya menyalahgunakan wang rakyat untuk alat propaganda mereka.
Katanya, jika agensi-agensi itu dikekalkan, akan terus timbul suara-suara perkauman dan anti-perpaduan yang lahir dari budaya pemikiran sempit Jasa dan BTN.
Beliau juga menuntut Jasa selaku sebuah agensi kerajaan pusat meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang berbau perkauman dengan memperlekehkan kaum bukan Melayu, baru-baru ini.
Ini, katanya kerana Jasa sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan secara sedar telah menganjurkan majlis “Rapat 1Malaysia” di Melaka di mana Nasir berpeluang membuat kenyataan yang menghina sebahagian besar rakyat Malaysia.
Jasa, ujarnya sebagaimana BTN yang juga sebuah agensi kerajaan pusat, telah terlibat dengan usaha-usaha menanam unsur-unsur negatif terhadap hubungan antara kaum serta menabur kebencian terhadap pihak pembangkang.
Sebagai penganjur majlis di Melaka itu, Jasa mesti meminta maaf kerana program anjurannya bercanggah dengan slogan perpaduan kaum “1Malaysia” yang dibawakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, walaupun ramai mengetahui tentang BTN tetapi masih kurang faham dengan fungsi dan peranan Jasa sebagai salah satu agensi propaganda untuk kerajaan Umno dan BN.- Haramkahdaily
Setahu Mc la. Jasa hanya melakukan kerjanya menyebarkan maklumat tentang kempen kerajaan Malaysia sekarang. Kerjanya menyeluruh bukan hanya tertakluk dengan UMNO/BN. Banyak lagi kerja Jasa berbanding tuduhan yang dibuat oleh PR terhadapnya. Jangan percaya tentang tuduhan-tuduhan pembangkang (Pakatan Haram) terhadap Jasa dan BTN. Kita rakyat Malaysia masih memerlukan agensi ini untuk sumber perpaduan kita. Jika tak percaya masuk web Jasa, klik di sini.
Selama Jasa dan BTN ada di Malaysia, adakah kita huru-hara? Pernahkah kita kecoh dan tak aman? Fikir itu je la. Bila mereka menghentam jasa, selepas ini akan muncul bukti-bukti busuk rekaan mereka yang Jasa ini agensi UMNO/BN, kalau tak percaya tunggu aje la. Tolong jangan fikirkan dakyah dan songsang Pembangkang yang cuba meracun fikiran rakyat Malaysia dengan pembohongan mereka itu.
MctHeory:
Kalau ikut Pakatan Haram ni. Semua media dalam Malaysia ni dia kata UMNO/BN yang punya. Bodoh tak sudah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
salam ziarah
satu lagi usaha mereka utk merosakkan kredibiliti jentera kerajaan
bagi rakyat malaysa yg pandai menilai, hati hati jangan terpengaruh
Salam bro, DAP tahu, hanya jabatan ini sahaja yang mempunyai 100% pegawai dan kakitangan yang menyokong dasar-dasar kerajaan.... apalagi selagi ada agensi ini selagi itulah segala fitnah dan kemungkaran mereka terserlah.....
anakbukitgantang,
diorang ni mana tau fikir. .bodoh tak sudah.
Yg,
Tak semua yang kerja dalam Jasa ni setia pada kerajaan. ada juga yang pembangkang.
Catat Ulasan