Rabu, 10 Februari 2010

DS ZAMBRY VS NIZAR DAP! KRONOLOGI!


Ramai yang menantikan keputusan mahkamah Persekutuan yang bersidang bagi menentukan siapakah MB Perak diantara Ds Zambry atau Nizar Dap. Sebelum mahkamah membuat keputusan, ramai yang membuat andaian, terutamanya Nizar yang dah bersedia nak bubarkan dun bagi Pilihanraya Negeri.

Krisis politik Perak bermula semasa 4 Feb 2009, dimana BN memperolehi majoriti mudah dan menubuhkan kerajaan apabila 3 adun PKR dan 1 adun Dap keluar parti dan menyokong BN, ini membuatkan BN mempunyai 28 kerusi dun dan 3 bebas menyokong BN.

5 Feb 2009: Nizar mohon bubarkan dun, kemudian, Sultan bertitah, tidak akan bubarkan dun dan menyuruh Nizar dan exco-exconya meletakkan jawatan, jika enggan, maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009: Ds Zambry dilantik MB Perak ke 11 secara sah.

13 Feb 2009: Nizar mengambil tindakan undang-undang, memohon mahkamah mengistiharkan dia masih lagi MB dan melarang Ds Zambry dari tugas MB Perak.

3 April 2009: Mahkamah bagi lampu hijau untuk Nizar mencabar Ds Zambry.

11 Mei 2009: Mahkamah Tinggi mengistiharkan Nizar MB Perak yang sah.

22 Mei 2009: Mahkamah rayuan batalkan keputusan mahkamah tinggi dan isytiharkan Ds Zambry MB Perak yang sah mengikut perlembagaan.

13 Jun 2009: Nizar failkan notis usul permohonan merayu ke mahkamah persekutuan, keputusan oleh mahkamah rayuan.

5 Nov 2009: Lima panel hakim mahkamah persekutuan yang bersidang menangguhkan kes itu pada 9 Feb 2010 selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Secara ringkas kronologi Krisis politik Perak. Sekarang kita hanya tunggu Keputusan!
Samada MB berjiwa rakyat Ds Zambry kekal menjadi MB Perak atau Nizar si boneka Dap dapat merampas kembali jawatan MB Perak.

9 Feb 2010: Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi setelah berbincang dan membuat keputusan bahawa Nizar tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri dan memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Tahniah! kepada Ds Zambry kerana kekal sebagai MB Perak. Akhirnya krisis politik Perak berada diambang penghujungnya, walaupun masih lagi terdengar suara-suara sumbang yang membantah dan pertikaikan keputusan juri. Sememangnya pengesahan mahkamah mengekalkan jawatan Ds Zambry adalah satu keputusan yang tepat dan sangat baik untuk negeri Perak.

Jika Nizar menjadi MB Perak semula, segala keputusan dan perancangan yang dibuat oleh Ds Zambry selama ini akan terbatal dan ini akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negeri Perak. Setiap keputusan kerajaan negeri yang dibuat oleh Ds Zambry juga akan dipertikaikan.

Mc ada terbaca mengenai penyelidikan mendeka centre yang mengatakan sokongan orang melayu kepada Ds zambry meningkat 57 peratus, dari 51 peratus. Cina dan india juga meningkat 38 peratus dari 31 peratus. Ini bermakna, sokongan rakyat Perak kepada Ds Zambry juga semakin meningkat. Tiada sebab untuk apa perlunya rakyat Perak menukarkan MB mereka. Sedangkan ekonomi Perak juga didalam keadaan baik dan stabil.

Ds Najib juga berharap krisis politik ini sudah selesai. Harap semua orang dapat menerima keputusan mahkamah. Selepas ini kerajaan negeri Perak boleh terus memberi tumpuan keatas pentadbiran negeri kemakmuran negeri Perak.



MctHeory:
Harap-harap Nizar Dap dapat menerima keputusan mahkamah ini dengan tenang dan sabar. Jangan dok gila meroyan lagi sudah la. Baik rakyat dapat MB yang membuat keputusan untuk kebaikan rakyat dari dapat MB yang berkiblatkan TUAN DAP!

1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, kekadang kita heran juga, cakap mulut menerima keputusan mahkamah, menerima Qada dan Qadar Allah....tetapi pencacai-pencacai mereka berteruskan membawa fitnah.... inikah Islam mereka ?