Khamis, 8 April 2010
FAKTA ATAU AUTA MP BEBAS KE LUAR NEGARA!
Cuba baca berita di Bernama dan Haramkahdaily Pas ni. Mana yang betul mana yang salah?
Berita dibawah oleh Haramkahdaily
KUALA LUMPUR, 8 April: Tindakan kerajaan membawa dua anggota Parlimen Bebas Zulkifli Nordin dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim bersama rombongan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat dilihat sebagai sebahagian dari 'bayaran balik'.
Ini kerana, jasa kedua-duanya memukul PKR, PAS dan DAP serta Datuk Seri Anwar Ibrahim khasnya selepas mereka meninggal parti itu perlu dibayar balik selain apa yang mereka telah terima sebelum ini.
"Nampaknya ini adalah masa untuk membayar balik dan mereka nampaknya menjadi anggota Parlimen kegemaran pemimpin BN (berbanding MP dari Umno sendiri)," kata Dr Hatta Ramli, anggota Parlimen Kuala Krai kepada Harakahdaily.
Tindakan ini nampaknya tidak menyenangkan anggota Parlimen BN sendiri kerana biasanya merekalah yang mendapat peluang ini.
Untuk itu, pentadbiran Datuk Seri Najib menjadikan sikap Pakatan Rakyat yang suka membuat undian belah bahagi sejak kebelakangan ini sebagai alasan.
Ia disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bagi pihak kerajaan BN.
"Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang.
"Juga adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini.
"Mereka akan menuduh saya tidak berlaku adil kerana mereka juga memerlukan jumlah berkenaan bagi pengundian secara blok.
“Jadi, yang boleh pergi ialah hanya MP Bebas,” katanya di lobi parlimen.
Ketika kecoh dengan dakwaan rasuah dan pembelian anggota Parlimen, tiga anggota Parlimen PKR keluar parti manakala seorang lagi dipecat.
Yang keluar adalah Zahrain sendiri selain Tan Tee Beng dan Mohsin Samsuri manakala Zulkifli dipecat.
"Mereka bukannya anggota bebas sebenarnya kerana setiap kali bercakap mereka menghentam PKR, PAS dan DAP," kata Tian Chua, anggota Parlimen PKR kawasan Batu.
Perdana Menteri telah bertolak ke Amerika Syarikat untuk bertemu Barack Obama manakala timbalannya ke Perancis. Kedua-dua anggota Parlimen Bebas itu dijangka akan bersama PM di Amerika Rabu depan-Haramkahdaily
Baca pula berita dibawah ini dipetik dari Bernama
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Tindakan kerajaan menghantar dua anggota Parlimen Bebas mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat adalah bagi memastikan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang mempunyai anggota yang mencukupi pada persidangan Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab menjaga Parlimen berkata hal ini penting memandangkan sekarang telah menjadi kebiasaan pembangkang untuk mengadakan undian belah bagi dalam persidangan.
"Sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak menghantar anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk turut serta dalam rombongan tersebut.
"Kita kena tentukan bahawa jumlah anggota Parlimen BN mesti lebih pada setiap masa. Dalam masa yang sama tak hantar dari pembangkang yang bukan Bebas kerana tak mahu dituduh nanti, kita hantar mereka dengan tujuan memastikan jumlah mereka kurang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini pada hari Khamis.
Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bahawa kerajaan mengetepikan anggota Parlimen BN dan menganggap mereka sebagai anggota Parlimen kelas kedua.
Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 peringkat jawatankuasa, Lim mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menghantar dua anggota Parlimen Bebas, iaitu Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), bagi menghadiri pelancaran Kokus (Kongres) Malaysia-Amerika Syarikat di Washington, Rabu depan bersama Perdana Menteri.
Nazri berkata kerajaan telah memutuskan bahawa tiada anggota Parlimen BN yang dibenarkan ke luar negara sewaktu persidangan Parlimen sedang berlangsung.
"Jadi sebab itu yang ikut PM cuma Rais (Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim) saja. Jadi saya hantar Bebaslah. Sebab jadi amalan, setiap kali lawatan PM yang terdiri daripada pegawai, menteri, kita selalu hantar MP," katanya.
Walaupun kerajaan sudah menerangkan sebab atau kenapa MP Bebas dibawa pergi ke Amerika. Pas dan sekutu haramnya tetap tidak dapat menerima semua ini sebagai lawatan kerja. Memang dasar hati perut kelam yang busuk suka menaruh syak wasangka yang bukan-bukan.
MctHeory:
Siapa nak baca cerita donggeng dan cerita Spin. Bacalah Haramkah Pas!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan