Jumaat, 9 April 2010

DRAMA PARLIMEN YANG MENGEMPARKAN!



Peperangan drama antara BN dan PR di parlimen semakin hangat dan semakin hari semakin panas. Dahulu wakil bebas masing-masing membuat pendedahan demi pendedahan mengenai salah laku Anwar.

Kini pembangkang menyerang balas dengan isu Apco Israel dan 1Malaysia. Disebabkan itu peperangan dahsyat di Parlimen menimbulkan kekecohan yang amat sangat. Masing-masing berusaha membuat usul untuk merujuk seteru masing-masing ke jawatankuasa dan hak kebebasan parlimen.

Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu pada asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Umno-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz mengejek Umno dengan panggilan Umno-Apco berulang kali.

Mahfuz bertindak demikian ketika parlimen meluluskan bajet tambahan kerajaan. Sikap kebudak-budakan Mahfuz ternyata memakan diri sendiri apabila usul untuk merujuknya kejawatankuasa diterima.

Sebelum itu, Karpal Singh telah digantung 10hari dari parlimen disebabkan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini.

Drama bermula apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker berhubung notisnya untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.1

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau memutuskan untuk menolak notis berkenaan, yang mengundang Tian untuk bangun dan terus meminta penjelasan.

Kemudian Pandikar menolak notis Tian Chua menyebabkan Karpal masuk campur dan memanggil Pandikar sebagi 'diktator' sebanyak enam kali. Kerana tidak mengikut arahan Speaker mengarahkan bentara mengiringi Karpal keluar dan digantung 10 hari.

Nampaknya drama diparlimen lebih kecoh dan dahsyat dari diluar parlimen. Ada saja tuduhan dan pendedahan dibuat oleh kedua-dua pihak. Pastinya kita akan dapat melihat yang lebih dahsyat lagi nanti bila dekat tarikh PRK Hulu Selangor nanti.

Pembangkang mula membuat fitnah bukan-bukan dan hanya berani diparlimen. Banyak dakwaan mereka terhadap kerajaan berunsur hasutan. Disebabkan kekebalan parlimen.

MctHeory:
Nampaknya Mahfuz selamat dari Jawatankuasa disebabkan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menarik balik usulnya. Mahfuz pula meminta maaf kerana tidak bermaksud menyebut UMNO-APCO.

MctHeory kata lagi:
Humban dan heret saja Mahfuz tue ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Dia pun pandai buat muka bodoh. Bukan muka je, dia pun memang bodoh. Asyik nak bergaduh aje.

Tiada ulasan: