Sponsor

Memaparkan catatan dengan label parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parlimen. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2011

KASI PANAS!! PENAFIAN TANPA BUKTI?? ITU NAMANYA KELENTONG!! Apraa.. Wan Azizah!!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam sesuatu kes JENAYAH atau salah laku SEKS, selain SAKSI, BUKTI jugak memiankan peranan penting untuk mengeSAHkan berlakunya JENAYAH tersebut.. Rasanya kita patut perINGATkan kepada anda yang mengIKUTi perkembangan isu video seks seorang pemimpin kanan PKR ini yang anda terLUPA satu perkara penting.. Perkara itu ialah bahawa setakat hari ini terTUDUH yang dikatakan sebagai 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut hanya sekadar meNAFIkan tetapi tidak pernah mengemukakan BUKTI bahawa dirinya bukanlah 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut..

Rabu, 9 Jun 2010

TERKINI: AHLI PARLIMEN UMNO DAN PAKATAN BERGADUH!


Mc baru baca berita dari Malaysiakini yang mengatakan ada ahli parlimen UMNO dan pembangkang yang bergaduh. Baca berita dibawah:

Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

MP Kinabatagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkan antara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun dengan pemimpin pembangkang.
Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya, katanya kepada wartawan.

Menurut Idris, oleh kerana jumlah mereka lebih ramai, beliau mengambil keputusan untuk berundur.


MctHoery:
Wahh semakin dahsyat puak-puak pakatan haram ni. Dah jadi gengster la pulak!

Jumaat, 9 April 2010

DRAMA PARLIMEN YANG MENGEMPARKAN!



Peperangan drama antara BN dan PR di parlimen semakin hangat dan semakin hari semakin panas. Dahulu wakil bebas masing-masing membuat pendedahan demi pendedahan mengenai salah laku Anwar.

Kini pembangkang menyerang balas dengan isu Apco Israel dan 1Malaysia. Disebabkan itu peperangan dahsyat di Parlimen menimbulkan kekecohan yang amat sangat. Masing-masing berusaha membuat usul untuk merujuk seteru masing-masing ke jawatankuasa dan hak kebebasan parlimen.

Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu pada asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Umno-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz mengejek Umno dengan panggilan Umno-Apco berulang kali.

Mahfuz bertindak demikian ketika parlimen meluluskan bajet tambahan kerajaan. Sikap kebudak-budakan Mahfuz ternyata memakan diri sendiri apabila usul untuk merujuknya kejawatankuasa diterima.

Sebelum itu, Karpal Singh telah digantung 10hari dari parlimen disebabkan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini.

Drama bermula apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker berhubung notisnya untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.1

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau memutuskan untuk menolak notis berkenaan, yang mengundang Tian untuk bangun dan terus meminta penjelasan.

Kemudian Pandikar menolak notis Tian Chua menyebabkan Karpal masuk campur dan memanggil Pandikar sebagi 'diktator' sebanyak enam kali. Kerana tidak mengikut arahan Speaker mengarahkan bentara mengiringi Karpal keluar dan digantung 10 hari.

Nampaknya drama diparlimen lebih kecoh dan dahsyat dari diluar parlimen. Ada saja tuduhan dan pendedahan dibuat oleh kedua-dua pihak. Pastinya kita akan dapat melihat yang lebih dahsyat lagi nanti bila dekat tarikh PRK Hulu Selangor nanti.

Pembangkang mula membuat fitnah bukan-bukan dan hanya berani diparlimen. Banyak dakwaan mereka terhadap kerajaan berunsur hasutan. Disebabkan kekebalan parlimen.

MctHeory:
Nampaknya Mahfuz selamat dari Jawatankuasa disebabkan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menarik balik usulnya. Mahfuz pula meminta maaf kerana tidak bermaksud menyebut UMNO-APCO.

MctHeory kata lagi:
Humban dan heret saja Mahfuz tue ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Dia pun pandai buat muka bodoh. Bukan muka je, dia pun memang bodoh. Asyik nak bergaduh aje.

Jumaat, 26 Mac 2010

KISAH DRAMA DI PARLIMEN!



Muka-muka diatas adalah diantara ahli parlimen yang mengelabah bila namanya disebut terbabit dalam perancangan anwar. Malah ada yang naik angin tak tentu pasal bila YB Zahrain menyebut perkara tersebut. Bagi Mc, YB Zahrain cuma meluahkan perasaan peribadinya dengan mengatakan beliau ditipu oleh Anwar, bukannya menuduh YB-YB lain bersubahat? Jadi kenapa nak takut sangat kalau tak buat?

Rasanya blogger lain sudah mainkan isu ini. Disini Mc cuma mahu menyatakan pendirian dan teori yang Mc dapat disebalik kejadian di parlimen tempoh hari. Mungkin ada antara pembaca yang tidak tahu bahawa ramai ahli parlimen BN Sabah yang amat mesra dengan Anwar. Sejak Anwar (sewaktu jadi TPM ) diberi tugas memporakperandakan Sabah sehingga ramai ahli parlimen PBS melompat kepada BN dan akhirnya Sabah jatuh ke tangan BN.

Peristiwa ini sudah lama berlaku. Tapi inilah kehandalan sebenar Anwar, pakar strategi cara memusnahkan kerajaan negeri dengan cara mencuri ahli parlimen. Cara ini juga yang cuba dipraktikkan oleh anwar untuk menawan Malaysia. Cuma mungkin ahli parlimen yang dijanjikan untuk lompat itu takut dan tidak melompat seperti yang dirancang.

Tapi inilah yang dipanggil politik! Rakan atau musuh tidak kekal. Yang kekal hanyalah wang dan kuasa. Selagi engkau berkuasa, selagi engkau mempunyai wang. Kau akan punyai ramai kawan dan pengikut. Andai kata kau jatuh tersungkur, antara seribu kawan tadi, nak jumpa satu pun susah.

Begitu juga dengan anwar. Mungkin dia ingat pengaruhnya masih kuat di Sabah dan Sarawak, malah dia juga punyai ramai rakan baik dikalangan ahli parlimen sebab itu dia yakin dengan rancangan 16 september. Tapi malang apabila anwar tersungkur malu kerana perancangannya tidak dapat kerjasama dari ahli parlimen BN yang cuba disogok oleh anwar.

Apabila semua rahsia ini dibongkar oleh Zahrain dalam ucapannya diparlimen. Ramai Ahli parlimen yang berpakat dengan anwar tapi tak berani melompat, berasa amat takut, takut rahsia mereka didedahkan oleh Zahrain. Sebab itu ada diantara mereka ini yang melenting, ada yang menafikan, tak kurang juga menuduh Zahrain menipu.

Apa yang cuba Mc terangkan disini ialah, Ahli Parlimen yang dikaitkan dengan 16 September tu, takut kepada pimpinan parti BN. Jikalau Ds Najib mengetahui mereka ini terbabit dengan perancangan Anwar, jangan haraplah mereka akan dicalonkan lagi pada PRU akan datang. Sebab itu Mc kata, kuasa lebih daripada segala-galanya.

Apapun anwar sudah 3 kali kena bom kat parlimen. Anwar sudah tersungkur buat beberapa kali. Kita tunggu apa pula perancangan mat tunda kes kita ni. Pasti ada idea baru untuk dia memporakperandakan Malaysia.

Mctheory:
Kita berperang rampas balik Parlimen Hulu Selangor!

Khamis, 25 Mac 2010

KENAPA ANWAR BELUM DITANGKAP?!



Mc pelik dah hairan dengan PDRM dan KDN yang suka mengambil sikap tunggu dan lihat dalam permasalahan dengan pembangkang, tambah lagi dengan Anwar. Apakah PDRM dan KDN takut untuk menangkap Anwar? Dulu Musa Hasan kata tunggu orang buat laporan, baru nak buat tindakan. Kini dah hampir 1Malaysia buat laporan, tapi kenapa belum lagi ada tindakan yang diambil?

Apakah PDRM dan KDN mahu mengkaji dan mengkaji. Atau hanya memberi amaran demi amaran. Hingga Anwar pun boleh bergelak tawa mengatakan PDRM dan KDN takut kepadanya. Kini Anwar masih lagi bebas mencela dan menghina pemimpin negara dan menjaja disetiap ceramahnya bahawa UMNO ada kaitan dengan Israel.

Dakwah Anwar ketika ini ialah memburukkan nama UMNO dan DS Najib dengan mengatakan syarikat perunding dilantik APCO adalah konco Israel. Malah mereka membuat dakwaan dengan teliti menuduh 1Malaysia dan 1Isreal adalah satu tujuan yang sama dan cara perlaksanaannya juga adalah sama.

Walaupun penjelasan demi penjelasan telah dibuat oleh Menteri, YB dan Blogger sendiri. Hal ini sukar difahami dan dipercayai oleh rakyat kerana tidak ada tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk meyakinkan rakyat mengenai hal ini. Mungkin ada sesetengah berfikir, kenapa tiada tindakan terhadap dakwaan Anwar ini? Mungkin semua kata-kata Anwar adalah benar?

Setakat memberi amaran dalam dewan parlimen meminta penjelasan dalam masa 1 minggu, umpama kerajaan kini makin takut kepada Anwar. Anwar pula semakin yakin bahawa kerajaan pusat makin takut kepadanya dan semakin galak menyuruh anjing-anjingnya menyalak disana-sini menghentam kerajaan.

Sampai bilakan keadaan ini berterusan? Sampai bila nak biar Anwar dan konco-konconya menipu rakyat? Jika mereka cakap semua ini kepada penduduk kampung, Mc ingat ramai yang akan telan semua ini bulat-bulat dan memahami bahawa UMNO kini konco Israel! Jangan biarkan virus menjadi barah! Jangan biarkan orang ramai terus ditipu oleh barua-barua ini.

MctHeory:
Adakah memang sifat Orang Kerajaan suka melambatkan kerja? Atau buat kerja lambat?

Sabtu, 20 Mac 2010

TANGKAP SAJA SI ANWAR!



Lepas satu kenyataan keluar lagi satu kenyataan! Dari Hisyam KDN kemudian Ts Muhyiddin sekarang Ds Najib sendiri. Tunggu apa lagi bila dah cukup bukti tangkap saja si pembelot negara aka ejen Yahudi aka Anwar tu.

Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong untuk membuat gimik busuk 16 Septembernya supaya lebih percayai ahlul oleh parlimen PR yang lain. Hakikatnya..anwar cuma memperalatkan saja nama Yang di-Pertuan Agong. Ini sudah masuk dalam kesalahan besar apabila menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong!

Baru-baru ni bekas panglima ATM dah nafikan terlibat sama dalam rancangan Anwar. Tidak mungkin Yang Yang di-Pertuan Agong pun menyokong Anwar. Semua cerita ni Anwar yang buat. Kisah dongeng anwar ni pun telah banyak dinafikan oleh ahli parlimen yang kononnya menyokong anwar untuk menjadi PM ke 6 pada masa itu.

Nampaknya Anwar ni hanya layak menjadi PM didalam mimpi sajalah. Setelah pelbagai cubaan untuk takhluk Putrajaya tidak menjadi kenyataan. Anwar cuba pula mengunaakan isu APCO, katanya 1Malaysia dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel. Nak baca penjelasannya klik sini.

Sekarang ni blog-blog pencacai PR bersungguh-sungguh mainkan isu APCO yang kononnya syarikat dari Israel dan Malaysia menggunakannya. Cerita ini dibawa Anwar lepas tu Kit Siang! Tapi betul ke dakwaan PR tu? atau hanya berani tuduh dalam parlimen saja, sebab dilindungi oleh undang-undang dewan. Cuba buat tuduhan itu kat luar, kita tengok sapa yang nak kena!

Pencacai anwar akan cuba mencipta cerita yang boleh mengundangkan perbalahan dan menjejaskan kestabilan politik di Malaysia. Mereka ini saja mahu mengundang resah dikalangan rakyat Malaysia. Permainan kotor seperti ini memang sering dilakukan oleh Anwar dengan menipu rakyat Malaysia dan berharap rakyat terpedaya dengan ceritanya!

Harap pembaca jangan terpedaya dengan segala tohmahan dan tuduhan, jika ada sebarang persoalan, lebih baik cari dahulu jawapannya sebelum percaya. Sebarang pertanyaan boleh dilakukan di ruangan KOMEN dan Mc akan cuba menjawab dengan sebaik mungkin. Cerita dan tohmahan PR ni umpama cerita Anwar tentang 16 September la. Banyak rekaan dari kenyataan!

MctHeory:
Selagi Anwar bebas dimuka bumi Malaysia! Selagi itu Malaysia tidak akan aman!

Khamis, 18 Mac 2010

WOI NASUTION! SAPA ANJING? KO KE DIORANG?


Kenyataan balas dari anjing utama PKR Setiausaha Agungnya, Saifuddin nasution. Adakah patut si Anjing ni memanggil ahli parlimen bebas ni sebagai 'anjing'? Terutamanya kepada Zahrain. Ini adalah tindakbalas PKR terhadap ucapan Zahrain dalam parlimen semalam. Baca kenyataannya dibawah!

"Mereka digunakan sebagai 'anjing penyerang', 'askar upahan', kata Saifuddin ketika sidang media di lobi parlimen.

Katanya, MP bebas itu kini adalah senjata terbaru BN untuk menyerang Pakatan Rakyat kerana terlalu sedikit MP Bn yang mampu berbuat demikian.
sambung baca di sini.

Memang patutla anjing PKR ni marah sangat pada Zahrain, kerana Zahrain sudah malukan bos si anjing ini pada sidang parlimen. Teruk boss anjing ni kena pukul sampai mencanak lari mencawat ekor jadinya.

Pada sesiapa yang tak kenal Saifuddin Nasution. Disini Mc nak bagitau la ye. Dia ni memang dah lama kaki pukul kompang bagi anwar dan PKR. Setakat salak-salak mengampu bos macam ni, itu perkara biasa baginya. Masa dia dalam UMNO, ni la kroni-kroni Anwar yang dok tikam Tun Dr Mahathir (Waktu itu Presiden UMNO). Pada zaman reformasi, muka ni la yang dok mengamuk kat jalanan merosakkan harta rakyat. Saifuddin ni jugalah yang memecahkan pintu PWTC semasa zaman jahilliah parti Keadilan (PKR).

Pada rakyat Kedah yang dah lama dalam politik, mereka amat mengenali Saifuddin ni. .Masih ingat Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000? Tukang salak bagi parti Keadilan pada seluruh negeri Kedah!..Jadi tidak hairanlah bila kenyataan yang agak kurang ajar ini dibuat olehnya. .alahh bisa tegal biasa. . Mc cuma nak tanya satu je. si Zahrain cuma menyerang peribadi anwar, bukannya PKR. Beliau hanya mahu membuktikan kebenaran yang terselindung selama ini.

Jadi apa kena mengena dengan ko wahai Saifuddin? Sebab anwar boss ko ke? Jawab soalan ini! Sekarang, siapa sebenarnya yang jadi anjing? Ko ke diorang?

MctHeory:
Biasala. .anjingkan setia pada tuan!

BUKTI TELUR ANWAR SUDAH KECUT!



Kekecohan yang berlaku di parlimen semalam membuktikan bahawa anwar berahim bukanlah individu yang gagah seperti yang disangkakan kita. Hero Pakatan Haram yang disanjung oleh puak Pakatan Haram ini menerima tamparan hebat oleh Zahrain (bekas ahli parlimen PKR) semalam.

Belum pun Zahrain selesai memberi ucapan pertamanya sebagai Ahli Parlimen bebas. Anwar sudah pun melarikan diri keluar dari dewan parlimen. Jika benar anwar adalah hero Pakatan dan dipihak yang benar, mengapa dia melarikan diri? kenapa dia tidak bangun mempertahankan dirinya? Kenapa pula dia membiarkan anjing-anjingnya Gobala dan Tian Chua menyalak menyerang terhadap Zahrain.

Sepatutnya anwar kena gentleman sikit. Ucapan yang disampaikan oleh Zahrain adalah benar dan isu itu bukanlah satu pembohongan. Perancangan penjajahan yang tidak menjadi pada 16 September adalah sejarah kartun ala anwar yang sudah menjadi palitan hitam kepada anwar. Mungkin sebab itu dia malu untuk menerima kenyataan dan melarikan diri.

Keadaan ini berbeza dengan kisah hari pertama di parlimen, apabila Ds Najib yang tetap duduk sebagai hero di parlimen walaupun diserang dan disindir dengan kisah altantuya dan pelbagai tohmahan palsu pembangkang. Tak pula beliau melarikan diri apabila Karpal menyerang peribadi beliau. Ini sudah membuktikan bahawa Ds Najib berani kerana beliau dipihak yang benar dan anwar melarikan diri dalam ketakutan kerana dia memang bersalah!

Nampak sangat anwar punya telur dan 'senjata' sudah kecut untuk berdepan dengan kenyataan. Ini baru Zahrain yang buka mulut. Belum yang lain lagi. Tunggulah anwar, banyak lagi pekungmu yang akan didedahkan oleh ahli parlimen bebas yang sememangnya berdendam dengan anwar.

MctHeory:
Pakatan cuba 'bom' Ds Najib pada hari pertama! Hari kedua Anwar kena 'bom atom' dari Zahrain!