Khamis, 18 Mac 2010

BUKTI TELUR ANWAR SUDAH KECUT!



Kekecohan yang berlaku di parlimen semalam membuktikan bahawa anwar berahim bukanlah individu yang gagah seperti yang disangkakan kita. Hero Pakatan Haram yang disanjung oleh puak Pakatan Haram ini menerima tamparan hebat oleh Zahrain (bekas ahli parlimen PKR) semalam.

Belum pun Zahrain selesai memberi ucapan pertamanya sebagai Ahli Parlimen bebas. Anwar sudah pun melarikan diri keluar dari dewan parlimen. Jika benar anwar adalah hero Pakatan dan dipihak yang benar, mengapa dia melarikan diri? kenapa dia tidak bangun mempertahankan dirinya? Kenapa pula dia membiarkan anjing-anjingnya Gobala dan Tian Chua menyalak menyerang terhadap Zahrain.

Sepatutnya anwar kena gentleman sikit. Ucapan yang disampaikan oleh Zahrain adalah benar dan isu itu bukanlah satu pembohongan. Perancangan penjajahan yang tidak menjadi pada 16 September adalah sejarah kartun ala anwar yang sudah menjadi palitan hitam kepada anwar. Mungkin sebab itu dia malu untuk menerima kenyataan dan melarikan diri.

Keadaan ini berbeza dengan kisah hari pertama di parlimen, apabila Ds Najib yang tetap duduk sebagai hero di parlimen walaupun diserang dan disindir dengan kisah altantuya dan pelbagai tohmahan palsu pembangkang. Tak pula beliau melarikan diri apabila Karpal menyerang peribadi beliau. Ini sudah membuktikan bahawa Ds Najib berani kerana beliau dipihak yang benar dan anwar melarikan diri dalam ketakutan kerana dia memang bersalah!

Nampak sangat anwar punya telur dan 'senjata' sudah kecut untuk berdepan dengan kenyataan. Ini baru Zahrain yang buka mulut. Belum yang lain lagi. Tunggulah anwar, banyak lagi pekungmu yang akan didedahkan oleh ahli parlimen bebas yang sememangnya berdendam dengan anwar.

MctHeory:
Pakatan cuba 'bom' Ds Najib pada hari pertama! Hari kedua Anwar kena 'bom atom' dari Zahrain!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adakah zahrain itu malaikat hingga apa yang diperkatakannya semua benar belaka? jangan hanya berani dalam parlimen!

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,

Bila kena batang hidung sendiri pergi menyorok sampai ke luar negeri. Hampir2 sama mcm kes si Helmi dulu jer. Mungkin sumpah laknat si Saiful dh makin menunjukkan kesannya. Balasan laknat Allah dibayar in full di dunia lagi. Dalam sumpah laknat, sesiapa yang di pihak salah maka dia, kaum keluarga, kerabat serta penyokong2 akan di laknat Allah.

Allahuakhbar...Allah Maha Besar

McTheory berkata...

wsalam. .

yer betul. .lari mencawat ekor nampaknya anwar kali ini

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,mahu tak kecut telor tu umur dah berapa.

Tanpa Nama berkata...

hahaha. . banyak sangat guna. . depan belakang dia main bantai. .mau tak kecut. . hahah

TokAyah berkata...

Kalau tak puas hati minta Anuwar saman zahrin RM 500 juta.

Tanpa Nama berkata...

mula2 dialah hero. Dia menguasai dewan. Tapi orang yang dicemuh, dikata masih tetap tidak berganjak. Bila tiba masa dia dicemuh, lari mencanak keluar. Mengapa tak dengar dan pertahan diri. Pengecut