Selasa, 3 Ogos 2010

PEMBOHONGAN GUAN ENG BERSIRI! Confirm Biawak Tegar!

Guan Eng ketika bersama PM di Majlis NCER di Langkawi.
Bersiri ni lebih kurang macam pembunuhan bersiri la. Buat salah, tapi muka macam tak salah. Inilah ketua Menteri P.Pinang paling teruk dan paling buruk dalam sejarah. Memula dia kantoi mengenai tuduhannya kepada SDO Nik Ali, pecah tembelangnya dibongkar oleh blogger. Nak baca klik sini

Kali ni Guan Eng kena lagi, beliau sekali lagi menjilat ludahnya sendiri apabila Pada Mesyuarat Exco Kerajaan negeri P.Pinang pada awal April 2010, Lim Guan Eng telah memutuskan bahawa logo atau slogan 1 Malaysia dilarang penggunaannya didalam semua Majlis Kerajaan Negeri di P.Pinang.

SUK telah diarahkan oleh Lim Guan Eng supaya mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan dan semua. Agensi negeri P.Pinang mengenai keputusan ini. Tindakan Ketua Menteri P.Pinang ini dilihat sebagai satu bantahan serta protes terhadap kerajaan pusat. Dan ia juga seolah-olah menunjukkan Lim Guan Eng tak akan berkerjasama dengan kepimpinan DS Najib.

Bukti di Kot Guan Eng ada tag 1 Malaysia.
Tetapi ketika Majlis NCER di Langkawi yang juga dihadiri oleh Perdana Menteri, MB Perak, Kedah dan Perlis, Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap bermuka-muka dan berlakon wayang opera cinanya apabila dia memakai tag 1 Malaysia di kotnya. Konon-kononnya dia tak mempunyai masalah dengan gagasan 1 Malaysia tetapi sebaliknya dia "mengharamkan" penggunaan gagasan tersebut di P.Pinang. Ini menunjukkan bahawa Ketua Menteri bekas banduan ini amat buruk perilakunya dan dia juga memang kaki pembohong dan kaki putar !

P/s: Guan Eng berniat jahat apabila mengharamkan Slogan Gagasan 1 Malaysia di Pulau Pinang. Sedangkan Gagasan 1 Malaysia disambut baik oleh rakyat dari semua peringkat.
 
 
MctHeory:
Kalau lidah macam biawak! Perangai Pun sama juga macam biawak!

Tiada ulasan: