Isnin, 9 Ogos 2010

Restu Anwar Dan Guan Eng: Peniaga Melayu Di Halau Keluar Dari KOMTAR 2


Pada 9 Jun Pisau telah mendedahkan surat notis Kerajaan Sosialis DAP menghalau peniaga melayu KOMTAR,Penang




Inilah buktinya betapa peniaga dianaiya dan diperlakukan bagaikan paria oleh kerajaan sosialis DAP Pulau Pinang.

Mereka dipaksa keluar dari kawasan perniagaan mereka yang dijalankan sejak belasan tahun setelah notis diberikan.

Kesemuanya adalah 23 peniaga yang menjual pelbagai barangan di ruangan Konkos,Aras 3 dan Blok Podium KOMTAR.

Notis dikeluarkan tanpa berunding dan langsung tidak memberi jalan penyelesaian,malahan notis tersebut lebih bersifat mengugut dan para peniaga akan diambil tindakan keras jika engkar.

Jika kontrak telah tamat,apa salahnya disambungkan semula,apa salahnya diadakan rundingan dan bertemu sambil mendengar masaalah yang berbangkit.


Pengunjung KOMTAR pasti sudah terbiasa melihat deretan gerai gerai melayu di aras 3 dengan jualan kain tudung,jeruk dan pakaian. Sudahlah susah untuk peniaga melayu untuk bertempat di mana mana komplek membeli belah,atas daya usaha kerajaan BN mereka ditempatkan dikawasan utama tetapi kini dihalau pula oleh PDC atas arahan kerajaan ultra kiasu chauvanist DAP.:SELANJUTNYA:klik sini


Pada 9 Jun hari yang sama,Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman bersama para peniaga mengadakan rundingan bersama YB KOMTAR Ng Wei Aik agar diberi peluang untuk meneruskan perniagaan di Tingkat 3,namun nampak gayanya janji ultra kiasu untuk tidak menghalau peniaga melayu hanyalah tinggal janji.

Pagi ini diberitakan akan ada tunjuk perasaan dan bantahan terhadap kerajaan sosialis rasis DAP di KOMTAR kerana menghalang para peniaga melayu yang kita semua sedia maklum setiap kali bulan ramadhan akan membuka gerai gerai di Tingkat 3.

Para peniaga melayu,sebenarnya dihalau ke Times Squere,sebuah shopping complex yang baru dan agak jauh dari KOMTAR,Pisau perhatikan dikawasan tersebut langsung tidak mendapat sambutan dan tiada pengunjung.


Peniaga melayu dihambat ke tempat yang tiada pengunjung dan tidak mendapat sambutan ,peniaga cina diberikan tempat yang ekslusif dan strategik. "SUNGGUH ADIL DAN SAKSAMA!"

Pembunuhan perniagaan melayu dilakukan secara terang terangan, Apa lagi yang melayu Pulau Pinang mahukan?

Bulan Puasa pada tahun ini adalah ibarat ulangtahun episod menghalau peniaga melayu daripada mencari sesuap nasi oleh ultra kiasu rasis DAP.Masihkah anda ingat,pada tahun lepas berpuluh peniaga melayu dihalang daripada berniaga dikawasan yang sudah berpuluh tahun menjadi tapak pasar ramadhan:klik sini

Kejadian tersebut hingga menyebabkan YB Ng di baling selipar tepat kena pada mukanya,Pisau berasakan Yb Ng begitu mengidamkan selipar tahun lepas,sebab itulah beliau sekali lagi menghalang peniaga melayu daripada berniaga.

Kesimpulannya, tidak guna orang melayu di Pulau Pinang memberi apa apa alasan untuk meneruskan perniagaan,kerana Kerajaan Sosialis DAP akan mengunakan kuasa untuk menghalang kononnya peniaga melayu mengotorkan jalan,menghalang lalu lintas dan tidak mendapat kebenaran dari pihak PBT.

Walhal dalam masa yang sama,mereka menghalalkan tapak perniagaan kaum cina di New Lane :klik sini , Bayangkan jika di kawasan New Lane adalah peniaga melayu,sudah pasti kerajaan rasis ini akan menyapu bersih kesemua gerai gerai yang ada.Tiada rundingan bah kan langsung tak diberi muka.


Begitulah nasib menjadi melayu Pulau Pinang apabila menjadi bangsat dan paria dinegeri dan tanah air sendiri, akibat kegelojohan sikitol haprak pakatan menjilat tapak kaki Guan Eng,maka orang melayu bagaikan pendatang dilayan acuh tak acuh bagaikan kelas ketiga.



**bersambung selepas ini -restu Anwar,Guan Eng Mengganas Halau Melayu.



Pisau kata "Tahniah! UMNO Selangor Anjurkan SSDE, UMNO Penang Anjurkan 'JOM TIDOQ' "

Dari Blog Bro Pisau.Net

MctHeory:
Apa agaknya akan terjadi pada melayu P.Pinang Kelak? hmm..

Tiada ulasan: