Selasa, 7 September 2010

ADAKAH NASIB ZAID AKAN TERJADI SEPERTI PAK GHAFAR??


Ramai di kalangan ahli PKR sendiri dah mula semakin menyampah dan sakit hati dengan Zaid Ibrahim. Sakit hati; kerana seakan perangai Zaid tidak akan berubah sampai bila-bila. ‘Bloody sombong’, kata seorang ahli PKR W Maju, setelah berjumpa dengan Zaid secara personal di Seksyen 4 baru baru ini. Mereka tidak dapat menerima Zaid yang masih menganggap dia mempunyai hak ke atas PKR, sepertimana dia mempunyai hak dan saham di dalam ZICO.

Ada seorang pemimpin Cabang Gombak (Cabang Azmin Ali) bagaimanapun yang mempunyai percaya yang tinggi terhadap Zaid Ibrahim. Sombong ini subjektif. Azmin pun sombong – tegasnya apabila menidakkan kenyataan daripada ahli PKR W Maju. Kenyataan balas tersebut membayangkan bahawa pandangan dan perspektif di antara ahli PKR sendiri adalah cukup pelbagai dan tidak selaras.

Apa akan jadi apabila 400,000 dibenarkan memilih siapa yang mereka suka dan mahukan sebagai pemimpin? Ianya akan membuka ruang kepada seorang pemimpin seperti Zaid untuk berjaya berada di tampuk kuasa. Insya’Allah, dengan segala kemampuan yang ada; Zaid belum tewas dan kalah.
Seluruh perwakilan PKR sewajarnya memberi peluang kepada Zaid menawarkan khidmat kepada parti. Jangan biarkan perjalanannya tersangkut hanya kerana ‘Anwar kurang suka’. Ini masa depan parti. Bukan masa depan Anwar.

Mungkin menyamakan diri dengan Pak Ghafar adalah sedikit berlebihan. Tapi, sekaligus membayangkan bahawa niat Zaid memang nak kenakan Anwar. Memang langsung terkena kepada batang hidung Anwar. Siapa tak ingat bagaimana Anwar MANDIKAN Pak Ghafar secara bersahaja dan spontan. Anwar ‘sampai hati’ benamkan politik Pak Ghafar. Apalah sangat kalau setakat nak benamkan Zaid. Mudah benar.

PKR MPs, senators back Azmin for No 2

The majority of PKR’s representatives at both upper and lower houses of Parliament have pledged their support for Azmin Ali to contest for the party deputy presidency at the upcoming party polls (Malaysiakini).

Memang Zaid bakal berhadapan dengan cabaran dan dugaan besar. Bukan mudah nak TOGELKAN Anwar di gelanggangnya sendiri. Tapi Zaid kena cuba sehabis baik. Kalau Zaid berjaya menang dengan Azmin; PKR akan berhadapan dengan ‘tsunami’ baru. Pasti menarik. Pasti ada beberapa siri perletakan jawatan sini dan sana. Pembubaran Cabang di seluruh Negara.
Soal samada Ahli Parlimen dan Senator menyokong Azmin – itu TAK PENTING. Zaid masih ada 399,900 orang boleh diyakinkan.

Awas…game kotor Azmin sahaja. Ini Pak Ali punya anak…akal BUNUH POLITIK orang memang panjang dan jauh.

Sumber Gelagat Anwar

P/s: Pada waktu sebeginilah kita akan tahu, yang mana kawan, yang mana lawan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

MctHeory:
Kesiannya kat Zaid, bagai sampah terbuang.. he he he..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..ZAID INGAT DIA LBEY HEBAT DR DAK MENTAH AZMIN GAY TU. TP SEBENARNYA 2-2 TU TOTOK. AZMIN NAIK ATAS 'KEMULIAAN' DIA YG SELAMA NI MENJAGE 'MKN MINUM' BOSS PELIWAT DIA. SI ZAID BOTOL LA NAIK SBB KONON2 DH JADI 'BAIK' WLUPUN SEBELUM NI PNH JD BAIK MASE DLM BN DLU. KESIMPULANNYE 2-2 NI ADUN PLASTIK! KEHKEHKEH