Rabu, 22 September 2010

ADIK NIK AZIZ TERIMA CEK 4 BILLION?? APA CERITA NI??


KOTA BHARU Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai sumbangan sebanyak RM4 bilion yang diberikan oleh sebuah syarikat, I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) kepada Pas Kelantan.

Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab.

"Sebagai ketua parti, saya tidak tahu pasal duit RM4 bilion, baru pagi ini saya tahu. Dia (Abdul Rahim) baru jumpa saya dua hari lepas dan dua bulan lepas juga dia (ada) datang juga.

"Mengenai projek di Pantai Sri Tujoh, nak lulus (sesuatu projek) kena buat surat, (hantar permohonan) ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan kemudian ke Exco. Dia kata nak buat projek, saya kata marilah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Model Baru Ekonomi (MBE) di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari I'DA World atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.

Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai I'DA World yang menimbulkan misteri dan kejutan apabila bermurah hati untuk menderma kepada Pas Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ia sebagai sumbangan untuk kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.

Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara. - Utusan

Macam mana boleh tak tahu? Cek diberi atas nama Pas? Gila apa tiba-tiba ada orang nak bagi kita duit? Ciss.. Kurak-kurak dalam perahu, purak-purak tak tahu ya. Pasti ada udang disebalik batu, pihak berkuasa diminta menyiasat!!.. blog 153 pun ada mainkan cerita ni, nak baca klik sini.

P/s: Dahsyat Pas lanih.. main billion-billion depa lanih.. juta-juta tak main dah.. kaya-kaya.

MctHeory:
Fatwa apa pulak si pemegang kunci syorga ni nak bagi pulak nanti?

Tiada ulasan: