Rabu, 8 September 2010

APA KENA MENGENA UMNO DENGAN IKLAN TV3?? Bebal betul puak pakatan nih


Kecoh! Bila tv3 siarkan iklan raya paling 'banggang' dalam sejarah industrinya. Selama dua puluh tahun lebih tv3 bersiaran, ini kesilapan paling 'bodoh' yang membuatkan imej tv3 jatuh merudum. Mungkin bagi sesetengah melayu liberal bila tengok iklan tue mereka langsung tak rasa apa-apa. Malah bagi mereka iklan tue kreatif dan menarik. Inilah kesilapan besar Farid Ridzuan yang tidak meminta pandangan dari pihak lain sebelum menerbitkan iklan 'super kreatifnya' tue.

Untuk mengetahui keterangan iklan tersebut secara detail boleh klik sini.

Mc difahamkan iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Malah Farid sendiri sudah memohon maaf kepada semua masyarakat Islam di Malaysia kerana terbitnya iklan 'bodohnya' tu.

Farid berkata, "Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

Oklah.. sebagai manusia kita tidak terlepas untuk melakukan kesilapan, mungkin ini akibat terlepas pandang dalam soal-soal berkaitan dengan agama. Mc percaya lepas ni tv3 akan lebih berhati-hati dalam semua penerbitannya. Farid Ridzuan ni sebenarnya bagus, cuma semenjak dua menjak selepas jadi bujang semula ni, mungkin jiwanya kacau kot, sebab tu jadi macam ni..opss.. he he..atau dia dah mula terpengaruh dengan budaya melayu liberal tu yang kacau tu.

Akibat daripada iklan raya tv3 ni, geng sebelah sana (Pakatan Haram) mengunakannya sebagai modal untuk menghentam kerajaan Malaysia (UMNO). Malah ada yang kata iklan tv3 ni terbit disebabkan arahan oleh APCO untuk menyatukan semua rakyat Malaysia dibawah 1Agama. Hinggakan iklan ni juga dikatakan dibawah projek UMNO-APCO untuk men'yahudi'kan rakyat Malaysia.

Nak tergelak pun ada baca artikel-artikel bodoh dari blogger puak Pakatan Haram ni. Tak habis-habis kerja mereka untuk meracun kepala otak rakyat supaya membenci kerajaan. Iklan tv yang diterbitkan oleh tv3 pulak dikatakan salah UMNO. Apa kena mengena UMNO dengan tv3? Media Prima tu memang GLC, tapi bukan semua aktivitinya dipantau oleh kerajaan. Takkan nak terbitkan iklan raya bonggok tu pun kerajaan Malaysia yang suruh kot? Fikirla sikit.

Mc percaya iklan tu diterbitkan tanpa pengetahuan pihak kerajaan Malaysia. Jangan kita jadi bodoh dan terpedaya dengan tipu helah puak Pakatan haram. Apa saja kesalahan, takkan nak terus tuding jari kat UMNO kot. Memang diakui pembikinan dan penerbitan iklan tu salah, pihak tv3 pun mengaku itu kesalahannya sendiri kerana tak sensitif, jadi apa kena mengena semua ini dengan 'UMNO' atau 'APCO'?

Mc dah banyak kali terangkan pasal APCO dalam blog ni, tapi masih ramai yang tidak faham, APCO Worldwide yang kerajaan Malaysia gunakan tu adalah syarikat yang berbeza dengan APCO yahudi yang wujud di Israel.

P/s: Pas sendiri pun tolak hudud dan perjuangkan kafir harbi dalam perjuangan mereka sekarang, siap doa-doakan lagi. Lagi mau ajar orang pasal Islam. Balik cermin diri la woii..

MctHeory:
Kadang-kadang malas rasanya nak layan puak-puak tiga suku nih.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SI FARID TU KREATIF X BERTEMPAT BROO. APA PUN DIA DH MINTAK MAAF SO OK LAH. CUMA SAMDOL2 FUCKATAN JEK TAU NAK BEZAKAN KESILAPAN PIHAK2 TERTENTU. LAST2 ORG LAIN JD MANGSA. TP DAH PERANGAI FUCKATAN MMG MCM TU KEHKEHKEH

Tanpa Nama berkata...

he he..mujur ler UMNO ada kaitan ngan TV3, ada ler peluang belasah UMNO.

Cuba semua bayangkan jika ianya ada kaitan ngan DAP atau PAS..tentu banyak ler dalil2 dan nas2 yg dikeluarkan.

Alahai PAS..semua org kampung dah tahu ma, hukum hakam agama hanya dihujung kuku utk dipermain2kan!!

1Malaysia berkata...

ko yang buat buat bebal....TV3 suku adalah media propanganda UMNO serupa dengan Uusan Meloya....

Tanpa Nama berkata...

hahaha..santa clous melayu naik beca ka...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Ada kawan aku beri pandangan secara sepontan ...sepatutnya bukan umat Islam yg naik Hangin tapi puak Kristian....ni kerana KAN BAGUS SANTA CLAUS DAH MEMELUK UGAMA ISLAM....maka TERBAHAK2Lah kami ketawa.....Aku fikir ada .........luar kotak