Khamis, 30 September 2010

APA YANG UMNO/BN PERLU BUAT UNTUK MENANG DUN GALAS, N.45!!


ko tunggu tengok sapa yang jahanam nanti

Surat kepada SPR telah dihantar pada 28 September 2010 sebagai makluman rasmi kekosongan Kerusi Dewan Undangan Negeri Galas berikutan kematian penyandangnya , Allahyarham Che Hashim b Sulaima. Sehubungan itu satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam jangka masa yang telah ditentukan oleh undang undang pilihanraya.

Tajiyuddin Hassan awal awal lagi telah menggambarkan kerisauannya bilamana meminta UMNO tidak meletakkan calon atas semangat perpaduan Melayu ( Yang telah ditolak mentah mentah oleh Mursyidul Am PAS )

Memang wajar Takiyuddin berasa takut kerana kerajaan PAS Kelantan sedang berada dalam keadaan amat tidak stabil dan mengalami kocakan paling buruk dalam sejarah pentadbirannya. Isu rasuah, salah guna peruntukan kerajaan, nepotisme kronisma dalam pentadbiran dan banyak lagi isu gagal dijawab oleh Kerajaan PAS.

Pertelagahan di antara exco dengan MB, exco dengan exco sudah menjadi perbincangan umum. Pergeseran di antara Husam Musa dengan keluarga MB sendiri sudah tidak dapat disembunyikan.Penglibatan melampau anak menantu MB dalam banyak projek segera kerajaan telah memburukkan lagi imej kerajaan.

Bagaimanapun UMNO tidak akan menang hanya kerana kelemahan PAS semata mata. UMNO sendiri perlu melakukan beberapa perkara untuk mempastikan kerusi Galas dapat dirampas semula.

1. Kembali semula kepada semangat asal UMNO. ' AKU tidak layak dan tidak akan melobi menjadi calon ' ' AKU ' akan menyokong dan bekerja keras untuk memenangkan siapa juga calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.

2. Jentera parti mesti disusun dan bekerja tulus ikhlas demi memenangkan parti. Pertemuan bersemuka mesti dilakukan secara bersungguh sungguh tanpa meninggalkan seorangpun pengundi termasuk calon PAS sendiri.

3. Agihan peruntukan untuk kemudahan pekerja atau jentera parti mesti disalurkan secara telus dan adil. Elakkan ada mana mana pihak yang berasa tidak gembira dengan agihan peruntukan ini.

4. Jentera parti wajib bekerja hingga ke saat terakhir termasuk jentera yang membawa pengundi. Elakkan pengundi menjadi susah kerana pilihanraya ini.

5. Letakkan Ku Li ditempat yang betul. Ku Li orang lama yang amat berpengalaman. Di Gua Musang termasuk Galas, pengaruh Ku Li lebih hebat daripada pengaruh Tok Guru Nik Aziz. ( yang ni dah selesai).

6. Elakkan penglibatan tokoh tokoh luar yang boleh menjejaskan kempen UMNO. Ada tokoh memang tidak disenangi oleh pengundi. Pengalaman PRU 12 boleh dijadikan pengajaran.

7. Datangkan pakar yang benar benar memahami dan boleh menerangkan dasar dan perancangan kerajaan BN. Hakikatnya semua dasar yang dipimpin DS Najib amat mementingkan rakyat.

8. Ubah kepercayaan dalam kalangan jentera parti dan para penyokong bahawa PAS tidak mungkin dapat dikalahkan di Kelantan. Sebenarnya pemimpin dan ahli UMNO kena membayangkan kemenangan besar dalam pilihanraya kecil ini. Jangan lupa kemenangan awal manusia bermula dalam fikiran.

Pimpinan, ahli dan jentera UMNO mesti yakin berkat kesungguhan, kesabaran dan komitmen semua , UMNO pasti akan dapat mermpas kembali DUN Galas.

Sumber Dan Kuala.com

P/s: paling penting jangan ada 'cah keting'.

Mctheory:
Masa untuk hancurkan Pas di Galas..

1 ulasan:

Unknown berkata...

sebagai tambahan apa UMNo perlu lakukan untuk menang PRK galas !

a] Pastikan mereka yang berkempan[lelaki] jangan berlagak , pakai seringkas mungkin [tapi kemas ] , jadilah sebagai seorang yang mencari kawan dan sahabat , bukan memaksa orang bersahabat dengan kita ,

b] Puteri UMNO , pastikan jangan bercantik2an ! tak perlu pakai baju kain harga seribu sehelai ,biar nampak ala2 kampung , berpakaian biarlah mengikut majlis dan tempat kunjungan ,

c] Tak perlu orang luar membanjiri Galas , elakkan berlagak dengan membawa kereta mewah dan bergaya penuh kemewahan ..ini boleh jadi satu bahan fitnah ,

d] kalau boleh biarlah pemuda/pemudi asal kelantan / Terengganu yang mengetuai kempen , pengaruh loghat dan bahasa boleh menjadi satu alat yang mempengaruhi mood pengundi ,

e] jadikan masjid dan surau sebagai rakan wajib ,

f] paling penting , berkeadanlah sebagai orang kampung Galas , bukan pelancong atau tetamu istimewa , buat apa orang galas suka ,jgn buat apa orang Galas tak suka !!