Khamis, 30 September 2010

LAA PATUT PAS TAKUT!! SEKILAS PANDANG DI DUN GALAS N.45!! BN ada harapan menang!


Apakah peluang UMNO/BN di Dun Galas? Kita dapat merasakan bahawa Pas agak takut dengan PRK kali ini. Belum pun sampai 3 hari, mereka sudah mula meracau-racau mengenai 'perpaduan melayu'.

Sekilas Mengenai Galas...

1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039
Jumlah Keluar Mengundi 4926
1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420
2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281
Majoriti 2139 – BN

1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737
Jumlah Keluar Mengundi 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760
2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465
Majoriti 2705 – S46

1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231
Jumlah Keluar Mengundi 7953
1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056
2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163
3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46

1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091
Jumlah Keluar Mengundi 8705
1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072
2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336
Majoriti 2264 – BN

2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972
Jumlah Keluar Mengundi 6805
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184
2. Che Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455
Majoriti 1729 – BN

2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 - PAS

Sementara 2 DUN lagi yang berada di dalam Parlimen Gua Musang ini mencatat keputusan pada PRU 12 yang lalu...

N.43 Nenggiri
1. Mat Yusoff Abdul Ghani ( BN ) 4543
2. Mohd Zuki Ibrahim ( PKR ) 2453
Majoriti 2090 – BN

N.44 Paloh
1. Datuk Nozula Mat Diah ( BN ) 5697
2. Rizal Abdul Rahim ( PKR ) 2864
Majoriti 2833 – BN

Parlimen
P.032 Gua Musang
1. Tengku Razaleigh Hamzah ( BN ) 14,063
2. Zulkefli Mohamed ( PAS ) 9669
Majoriti 4394 - BN

Sumber Putra Merdeka, ubahsuai oleh Mc sendiri.

Kalau kita tengok dari statistik yang lepas, harapan untuk UMNO/BN menang adalah cerah. Faktor kekalahan yang lepas masih tidak jelas, mungkin disebabkan faktor calon. Kerana sokongan dan undi bagi calon Mohamad Saufi agak merosot dari tahun ke tahun. Mungkin ada faktor penolakkan penduduk tempatan kepada beliau.

Maknanya UMNO/BN kena mencari calon yang sesuai dan disenangi oleh penduduk tempatan. Kesilapan memilih calon boleh mengakibakan 'impak' yang agak besar pada undian.

Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas. Satu keputusan yang amat bijak oleh kepimpinan UMNO/BN. Kerana KuLi sememangnya 'orang kuat' di kawasan parlimen beliau.

Cuma Mc masih menanti komen dari KuLi sendiri, kerana inilah waktu yang sesuai untuk kita melihat 'kesetiaan' KuLi pada parti, kerana sebelum ini beliau sering bersama puak pembangkang menghentam kerajaan pusat diatas platfrom 'royalty minyak'.

Kita harap KuLi tidak menghampakan ahli dan penyokong UMNO/BN untuk mengalas jawatannya, bagi bertempur di Galas nanti.


P/s: KuLi ibarat Raja di Parlimen Gua Musang, sapa boleh 'celen' beliau?

Mctheory:
Patutla Pas dah menikus.. takut rupanya!!

Tiada ulasan: