Ahad, 19 September 2010

BUKTI ANWAR KENCING PAS! tak sudah-sudah kencing orang la mamat nie..



Inilah video yang tidak pernah disiarkan mana mana blog,Bukti bahawa Anwar berbohong kepada rakyat Permatang Pasir dengan menjanjikan untuk melantik wakil tunggal PAS Adun Permatang Pasir Salleh Man untuk menjadi YDP MAIPP.

Janji hanya tinggal janji ,rakyat Permatang Pasir bagaikan diperbodohkan apabila hanya mampu melihat saja pelantikan Elias Zakaria sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang baru.

Dalam kempen PRK Permatang Pasir23 ogos 2009, Anwar didalam ceramah ceramahnya menjaja Salleh Man untuk dijadikan YDP MAINPP,kerusi yang dipertandingkan di Permatang Pasir menjanjikan sebagai YDP MAINPP.
Cara Anwar menjaja dan memberi janji seolah olah beliau lebih berkuasa daripada Yang Di Pertuan Agong.Sedangkan jawatan sebagai YDP Majlis Agama Islam adalah dibawah kuasa Agong.

Semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir,Anwar benar benar memperbodohkan dan berbohong kepada rakyat,beliau menyedari ketika itu Elias Zakaria sudah pun diperkenan oleh Yang Di pertuan Agong sebagai YDP MAINPP .

Sebaliknya Anwar memilih untuk berbohong dan memberi janji populis untuk menaikkan nama Salleh Man

Setelah pilihanraya berakhir,Elias di lantik sebagai YDP MAINPP yang baru,Anwar mahu tidak mahu terpaksa mengakui nama Elias sudah diusulkan lebih awal sebelum nama Salleh Man dan ketika itu keputusan sudah pun dibuat atas perkenan Yang Di Pertuan Agong

Anwar turut berbohong kepada seluruh penyokong PAS pada ketika itu, sebenarnya pihak DAP tidak mahu wakil tunggal PAS menjadi YDP MAINPP sebab itulah mereka mencalonkan Elias Zakaria seorang pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM

Dengan bersikap talam dua muka,didepan DAP beliau cakap lain,didepan PAS berjanji pula.Inilah sikap seorang pembohong yang baru saja menyambut ulangtahun pembohongan besar beliau 16 September yang lalu.


Sumber Anwar Pembohong

MctHeory:
Tak sudah-sudah Pas kena kencing dengan Anwar.. bila agaknya nak serik kena kencing lagi?

1 ulasan:

C L J berkata...

Bukan dia tak tahu dia dah kena kencing tu. Tetapi dah jadi perkara biasa kerana memang dah selalu kena. Tu yang tak jadi kudis gatal tu.

Soalannya mana harga diri ???