Khamis, 9 September 2010

CERITA PANAS SEBELUM BUKA PUASA DAN MENANTI RAYA! PEMILIHAN PKR SIAPA LAYAK!


Petang ni Mc saja nak isikan ruang dengan membicarakan tentang hal politik tanah air. Mungkin nanti dalam dua atau tiga hari blog ini akan tenggelam didalam kesibukan hari raya. Mungkin kini topik paling hangat dibualkan dikedai kopi ialah topik Pemilihan PKR 2010. Pertembungan diantara dua heavyweigh PKR iaitu Azmin Ali dan Zaid Ibrahim. Agak-agak la siapa yang akan berada ditempat Timbalan Presiden PKR?.

Bagi Mc kedua-dua tokoh PKR ni tak hebat mana pun. Kedua-duanya tiada rekod cemerlang untuk membawa PKR berjalan lebih jauh lagi. Azmin? Apa yang anda semua boleh berbicara tentang Azmin? Azmin lebih popular dengan cerita peribadi, dari ketokohannya sebagai ahli politik. Malah sebagai ahli parlimen Gombak pun beliau gagal untuk membuktikan beliau ini ahli parlimen yang berwibawa.

Sejarah politik Azmin dan latar belakang politik Azmin hanyalah disebabkan Anwar Ibrahim, tanpa Anwar, siapakah Azmin Ali. Kalau tak silap Mc, Azmin dah lebih 25 tahun ikut Anwar kemana-mana saja. Bermula dari pegawai cabuk, sampai jadi P.A lepas tu masuk 'dalam' kejap, keluar balik jadi VP PKR. Kiranya dia nih memang rapat giler dengan Anwar la. Luar dalam pun boleh tahu la..(yer la kot) he he he..

Kita tengok Zaid Ibrahim pula. Zaid ni sebenarnya 'lalang', tapi dia pun agak rapat dengan Anwar. Pada zaman Mahathir vs Anwar, dia ni sebenarnya penyokong Anwar. Sebab tu masa zaman Tun Dr Mahathir dulu dia ni tak dapat nak naik dalam UMNO. Lepas Tun Dr M turun je. Naik pulak Tun Bodowi, terus dia ni boleh naik jadi Menteri.

Tapi sebabkan tamak dan bodoh, Zaid sanggup letak jawatan dan keluar parti atas alasan kononnya kerajaan tidak bertindak adil keatas Teresa kok. Teresa kok di tangkap dibawah akta ISA disebabkan menghina Islam (kes azan dan tulisan jawi). Dia ni kononnya pejuang sejati demokrasi la konon, sebab tu dia letak jawatan. Padahal orang dah tahu dia ni memang hantu Anwar semasa dalam UMNO lagi.

Zaid ingat UMNO dah lemah, dia dok nampak Anwar bakal jadi PM lepas ni, dia pun lompat masuk PKR. Tuo tup tup.. dah dekat bertahun dia masuk PKR. Apa dia dapat? habuk pun tarak. Masuk bertanding kat Hulu Selangor, kalah. Dulu ada jawatan menteri, sekarang? Setakat pegang PKR Wilayah Persekutuan je lah.

Berbanding Azmin, nasib Zaid lagi teruk dan buruk la. Sampai sekarang, belum ada lagi ahli parlimen PKR yang menyokong Zaid untuk bertanding dalam Timbalan Presiden. Malah ramai yang tidak mempercayainya hingga menuduh dia ni ejen UMNO. Zaid pulak terpaksa buat cerita sedih, kononnya 'nasibnya sama seperti nasib Tok Ghafar baba', untuk meraih sokongan daripada ahli parlimen PKR yang lain. Apa punya lawak la dia ni.

Itulah serba sedikit cerita dan latar belakang mengenai kedua-dua tokoh PKR ni. Kalau tanya Mc siapa akan menang? Mc kata Azmin, sebab Azmin dah lama bodek Anwar, bodek sampai segala-galanya pun dia bagi kat Anwar. PKR kan parti 'anwar family' mestila orang yang rapat dengan Anwar yang akan menang.

Tapi hakikat sebenarnya Zaid lebih bagus dari Azmin, Zaid sudah pernah jadi menteri dan dia ni lagi berkebolehan dari Azmin. Tapi dunia sekarang, siapa yang nak pilih orang pandai buat kerja, lebih baik pilih yang pandai ampu dan pandai bodek ye tak?

Apa pun, bagi Mc, PKR dah memang takdak calon yang best. PKR hanya wujud disebabkan Anwar, jika tanpa Anwar 'terkubur' la PKR.

P/s: Baik korang pergi raya dulu dari dok bincang pasal pemilihan PKR yang tah apa-apa tah ni.

MctHeory:
Dua-dua tak best sebenarnya..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KALAU BAB2 POLITIK NI MEMANG PANAS PUN...TAPI DLM PEMILIHAN UMNO LAGI LAH PANAS MEMBARANYA....

KATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORG DIA YG LBH