Selasa, 28 September 2010

LLLAAAAA!! UMNO KELANTAN TUNGGU BOS BAGI ARAHAN??!!



BERITA BARU DITERIMA!!!

KOTA BHARU 28 Sept. - UMNO Kelantan menunggu arahan daripada ibu pejabat parti untuk menggerakkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas penyandangnya, Che Hashim Sulaima meninggal dunia semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, jentera parti sentiasa bersedia dan hanya menunggu 'lampu hijau'.

"Setakat ini kita tidak membuat perbincangan apa-apa pun dan kita tunggu arahan ibu pejabat yang akan bermesyuarat ke arah persiapan (pilihan raya) itu," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Che Hashim, 46, yang disahkan menghidap barah usus pada Mei tahun lepas, dimasukkan ke Hospital Palar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim yang mewakili Pas berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi. - Bernama

Laaa...nak tunggu apa lagi?? Pi la buat kerja. Takkan nak suruh baru nak buat. Kata nak menang, tak payah tunggu Bos la.


P/s: Pas dari semalam dah mula!!

MctHeory:
UMNO biasa la.. gempak je lebih.. kerja makk aii.. macam siput.

3 ulasan:

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

assalamualikum bang..

gua rasa bukan ape bang nak hormatkan arwah.periuk belanga tak cuci lagi,dah sebok PRK...

kan tak manis.....

Helang Buana berkata...

Salam,
Saya dan semua penyokong UMNO seluruh Malaysia nak tengok sangat BN Kelantan bersatu, tidak ada cas keting kali ini. Saya rasa pasti mudah menang.

Helang Buana berkata...

Salam,
Saya dan semua penyokong UMNO seluruh Malaysia nak tengok sangat BN Kelantan bersatu, tidak ada cas keting kali ini. Saya rasa pasti mudah menang.