Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Gossip UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gossip UMNO. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mei 2012

Jumaat, 18 Mei 2012

TUDIAA!! Zahida Tak Kena Shafei Apdal?? Biaq betui ni??



Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet, Zahida Rafik sekali lagi menafikan mempunyai hubungan dengan VIP tersebut seperti mana dakwaan pemandunya, Noor Azman Azemi.

Zahida turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenali Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selain menganggap Noor Azman sebagai seorang pembohong. “Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya?

Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?

“Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya yang mengendalikannya.

Sementara itu dalam satu sidang media anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan pada tengah hari Rabu, Noor Azman, 38, mendakwa hubungannya dengan Zahida menjadi tegang selepas dia membuat pendedahan itu.

Noor Azman mendakwa, dia telah bermasam muka dengan Zahida beberapa bulan sebelum meletak jawatan iaitu pada 29 Februari lalu selepas dia pernah bertindak melaporkan kepada Shafie perbuatan Zahida yang mempunyai hubungan dengan lelaki muda. “Ketika saya bekerja dengannya, perasaan saya amat tertekan selain berasa tidak selesa,” katanya di ibu pejabat parti itu di sini, Rabu. Turut hadir penyanyi tahun 1990-an, Dayangku Intan yang juga ahli PKR.

Noor Azman sebelum ini membuat laporan polis yang mengatakan Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim selama beberapa tahun dan dia telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.

Beliau juga mendakwa turut menerima wang di antara RM100,000 dan RM200,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.

Noor Azman meletakkan jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.

Menteri berkenaan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Shuryani Shuaib dan memiliki enam orang anak telah menafikan dakwaan yang dibuat Noor Azman.

Terdahulu, peguam Zahida, Datuk Shafie Abdullah telah menghantar surat saman kepada Noor Azman dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan memfitnah.

Peguam Noor Azman iaitu Latheefa Koya yang juga Ketua Biro undang-undang PKR pula berkata, parti itu menuntut Zahida dan Shafie menjelaskan dari manakah jumlah wang yang diperkatakan itu diperolehi.

Isnin, 23 April 2012

PANASS!! Penafian Skandal Zahida Rafik dengan Pak Menteri!!


Sebagaimana kita tahu, industri seni dan politik digemparkan dengan berita pendedahan skandal di antara Zahida Rafik dan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal (klik di sini untuk membaca artikel tersebut “Terbongkar: Zahida Rafik Dibela Menteri!”).

Ekoran daripada berita tersebut, Zahida meluahkan isi hati dan mempertahankan isu skandal tersebut melalui laman twitternya. Berikut adalah “screenshot” yang diambil di laman twitter Zahida Rafik:- sumber asal artikel ni Mc ambil dari SINI

Sebelum kita menuduh Zahida, kita perlu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak, mari kita lihat apa kata Zahida.

Rabu, 4 April 2012

TUDIAA!! Adun UMNO yang Terlemak dan Manja!!



Semalam, saya diberitahu oleh rakan-rakan bloggers Kedah mengenai seorang pemimpin UMNO yang pada mulanya beriya-iya mahu melompat ke parti lawan tapi tak jadi lompat last minit...

Khabarnya dia tak puas hati dengan senarai nama calon yang dikatakan telah di submit ke Putrajaya. Dia mendakwa namanya tidak tersenarai sebagai senarai calon dari UMNO Bahagiannya dan UMNO Kedah itu. Dia kecewa dan kesal...

Selasa, 3 April 2012

PANAS BERAPI!! ADUN UMNO Nak Masuk Pas??

siapa sebenarnya adun tu?

Ishh pandai-pandai pulak Mc nak dedahkan pasal Adun tu.. Mc pun dok wusya LINE lagi ni. betoi ka dia nak lompat. Kalau mengikut kata nujum pak belalang, memang sah dia ada ciri nak lompat. Anak-anak buah dia lanih dok pening habih dah. Apa nak kata, hero pujaan depa nak keluaq parti.

Anak buah dia banyak yang UMNO TULEN. Bukan macam dia ni, masuk UMNO nak duit saja. Jenis macam geng Kadiaq juga ni. Mc tak berani confirm sapa, kalau nak tau juga kena tanya si Kamera Kupang. Rasanya dia tau.

Nak masuk tanya Kamera Kupang, boleh (KLIK SINI)


McTheory:
Mangkuk ayun betul si ADUN tu, kalau dia betui-betui keluaq UMNO!

Selasa, 27 Mac 2012

TUDIAA!! Kisah Adun UMNO Melaka Kena Tangkap Khalwat!!


Identiti Wakil rakyat yang diperiksa dalam serbuan Polis disebuah pusat hiburan mula terdedah..

Dari info yang mula tersebar di alam maya ini, Wakil Rakyat diperiksa bersama 27 yang lain dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di Melaka merupakan seorang yang baru dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka.

Rabu, 21 Mac 2012

TUDIAA LAA!! Analisis PRU ke 13 Buat DS Najib SERAMM!!



Mc ambil petikan dari blog Azli Shukri yang memaparkan  Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya. Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Isnin, 31 Oktober 2011

PANAS!! Siapa Nak Jadi Calon BN, Sila Bayar Dulu!!



“Siapa kata nak jadi calon Umno atau Barisan Nasional (BN) kena bayar?,” tanya Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya, Umno tidak pernah dalam sejarahnya meminta sesiapa yang berhasrat mahu bertanding pada pilihan raya membayar dalam jumlah tertentu untuk memastikan nama mereka dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

“Ini semua mengarut. Kita tidak pernah pun buat seperti itu. Kalau ada orang yang minta wang kononnya untuk bawa nama jadi calon, jangan percaya,” katanya.

Tengku Adnan mengulas dakwaan ada beberapa individu tertentu pada masa ini yang dikatakan turun ke merata bahagian Umno di seluruh negara atas arahan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat penilaian dan laporan mengenai ahli parti yang layak dan mendapat sokongan untuk diangkat sebagai calon pilihan raya umum akan datang.

Namun di sebalik itu, ada pula dakwaan kononnya kumpulan penilai terbabit meminta sejumlah wang tertentu kepada mereka yang mahu menawarkan diri untuk membolehkan nama mereka diajukan terus kepada Najib.

“Sebenarnya tidak ada sesiapa yang kita arahkan untuk berbuat demikian (penilaian) melainkan mereka yang diberi tauliah khusus oleh Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat BN. Tugasan mereka juga tidak melibatkan sebarang pemberian,” katanya.

Tengku Adnan menasihatkan sesiapa yang didekati individu seperti itu supaya jangan terlalu ghairah mahu jadi calon pilihan raya dengan membiarkan diri mereka terdedah kepada ruang untuk diperdaya oleh pihak yang mahu meraih keuntungan segera menjelang pilihan raya dengan menggunakan nama Umno dan BN.

Isnin, 3 Oktober 2011

GEMPAR!! UMNO Bakal Kalah Di Sebabkan Salah Sendiri?


Memang benar apa kata Tun Dr Mahathir bahawa, UMNO masih lagi berpuak-puak dan tidak bersatu. Tak usah kata UMNO di luar, di dalam alam maya ni pun ada puak-puak yang tertentu.

Pengaruh UMNO di luar sebenarnya semakin meningkat. Namun di takutkan akibat 'cah keting' atau orang Kedah panggil 'das betih' UMNO akan tersungkur akibat daripada permainan dalam parti sendiri.

Contoh terbaik, UMNO Kedah, tak pernah sunyi dari pelbagai masalah. Dari atas sampai bawah. Pas Kedah dok tengok tepuk tangan saja. Dah jadi pembangkang pun masih lagi depa dok main sarkas. Lompat sana sini. Macam mana nak menang?

Jumaat, 5 Ogos 2011

DIA BUAT DAHHH!! TAKTIK LAPUK PAS NAK PELINGKUP UMNO!!

muka toya semacam saja..

Salam pada semua.. bulan Ramadhan ni Mc agak sibuk sikit. Sibuk dengan urusan harian dan urusan lepas dunia. Namun perjuangan di alam maya pun Mc tak lupa. Mc ada baca kenyataan Mustafa Ali yang tiba-tiba berminat dengan perkembangan semasa dalam UMNO.

Parti sendiri pun tak mampu nak jaga, ada hati pulak si Mus ni nak jaga UMNO. adehh.. Balik cermin diri la Muss oii..

Cerita yang dibawa ialah, cerita gerakan bawah tanah nak jatuhkan DS Najib. Memang Mc tak nafikan pada permulaan pentadbiran DS Najib sememangnya ada gerakan-gerakan bawah tanah nak jatuhkan DS Najib. Tapi bukan melalui TS Muhyiddin Yasin. TS Muhyiddin adalah seorang sahabat yang setia, dan malah dalam sejarah politiknya, beliau tidak pernah mencantas atau memotong orang atasannya. Tak seperi Anwar Ibrahim yang sememangnya tamak dan perut busuk!

Gerakan yang dirancang, oleh pihak-pihak lain yang berniat, mengurangkan sokongan pada DS Najib dan namun semua itu hanyalah impian dan angan-angan apabila DS Najib berjaya kukuhkan sokongan rakyat padanya. Bila rakyat Malaysia dah sokong DS Najib, puak-puak dengki dengan DS Najib ni pun terpaksala menyokongnya sekali.

Sekarang ni, yang sebenarnya bermasalah ialah Pakatan Rakyat. Ketua mereka bermasalah dari segala segi, peribadi, perbuatan, politik dan undang-undang. Semuanya bermasalah.. hingga ada yang sudah berani melakukan gerakan sendiri untuk mengantikan Anwar.

Patutnya si Muss kena tumpukan perhatian pada kes ini. Bukan pada kes UMNO.

Tak payahla nak lagakan DS Najib dan TS Muhyiddin. Itu semua taktik lapuk dah basi. Cuba la pulak cara lain. Macam ni la, baik fikirkan cara nak kukuhkan Pakatan dan Pas, dari sebuk dengan parti orang orang lain. Ada faham?

McTheory:
Sendiri berak merata, ada hati nak panggil orang busuk!

Rabu, 20 April 2011

OMEGA TERGOLEK!! SEMAKIN BANYAK 'TROJAN HORSE' DALAM UMNO!!

Musang berbulu Ayam.. apa maknanya?

Kenapa la banyak sangat ahli UMNO yang baik hati dengan parti pembangkang. Kalau setakat berkawan tu takdak masalah la kot. Tapi kalau dah sampai tahap bela membela ni, apa kejadahnya? Sebelum ni dah ada Timbalan Menteri yang menyokong pelajar penyokong pembangkang di Universiti, lepas tu kedengaran pulak orang tua tak sedar diri masih lagi berhajat nak jadi Perdana Menteri, pernah ada PRK kat tempat dia tempohari.

Lepas tu, kisah pembawa passport Anwar si Anak Omak yang tak henti-henti buat perkara bodoh bersama kroninya yang banggang menjadi beban kepada parti dari dulu hinggalah sekarang. Kini muncul pulak blogger UMNO yang menyokong PKR. Hinggakan sanggup menafikan individu dalam video seks itu Anwar. Sedangkan para-para blogger lain mengambil peluang mengkaji dan menyiasat untuk yakinkan pembaca, dia pulak senang-senang kata itu bukan Anwar.

Khamis, 24 Februari 2011

KONSPIRASI AHLI UMNO NAK MENJATUHKAN UMNO?


Seorang pemimpin UMNO sedang merancang untuk mengkhianati BN. DIfahamkan dia telah buat pertemuan dengan beberapa kumpulan termasuk beberapa kumpulan ahli Parlimen BN yang kecewa dan NGO pro-India.

Dipercayai ada satu perjumpaan pada Ahad, Februari 27hb di rumah pemimpin tersebut.

Gerakan ini dibuat supaya mereka ada kuasa tawar menawar (bargaining power) dengan BN ala 916 yang Anwar cuba lakukan pada tahun 2008.

Dengan Anwar nampaknya pasti akan kembali ke kampung halamannya di Sungai Buloh (penjara), pembangkang hadapi hampagas dalam barisan kepimpinan. Pemimpin UMNO ini bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Dia melihat dia boleh mengisi kekosongan kepimpinan dalam Pembangkang dan lepas PRU 13, yakin akan Pakatan Rakyat menang dan dia terus mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Dia pernah uji formulanya sebelum ini melalui gabungan yang lepas-lepas.

Pembangkang percaya pemimpin tersebut mampu mendapat kembali sokongan orang Melayu yang sudah kembali kepada UMNO. Pemimpin tersebut menyebelahi PAS dalam isu royalti minyak. Sambung baca klik sini.

Berita ini boleh menjadi satu amaran, kepada UMNO. Musuh yang ada di luar dan dalam hanya tunggu masa untuk cuba menjatuhkan UMNO dengan strategi yang tertentu. Namun berita seperti ini juga boleh direka-reka oleh skuad kilang fitnah Pas untuk memecah-belahkan perpaduan UMNO.

Segalanya masih lagi menjadi tanda tanya. Apa yang boleh kita buat hanyalah tunggu dan lihat, sama ada betul ada pergerakkan dari dalam, atau hanya direka-reka sahaja.

P/s: ini kes nak cari sokongan melayu lani..

Mctheory:
Pas baru nak sedor, diri mereka tu melayu.. ingatkan arab mana tercampak kat sini.

Selasa, 28 September 2010

LLLAAAAA!! UMNO KELANTAN TUNGGU BOS BAGI ARAHAN??!!



BERITA BARU DITERIMA!!!

KOTA BHARU 28 Sept. - UMNO Kelantan menunggu arahan daripada ibu pejabat parti untuk menggerakkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas penyandangnya, Che Hashim Sulaima meninggal dunia semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, jentera parti sentiasa bersedia dan hanya menunggu 'lampu hijau'.

"Setakat ini kita tidak membuat perbincangan apa-apa pun dan kita tunggu arahan ibu pejabat yang akan bermesyuarat ke arah persiapan (pilihan raya) itu," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Che Hashim, 46, yang disahkan menghidap barah usus pada Mei tahun lepas, dimasukkan ke Hospital Palar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim yang mewakili Pas berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi. - Bernama

Laaa...nak tunggu apa lagi?? Pi la buat kerja. Takkan nak suruh baru nak buat. Kata nak menang, tak payah tunggu Bos la.


P/s: Pas dari semalam dah mula!!

MctHeory:
UMNO biasa la.. gempak je lebih.. kerja makk aii.. macam siput.

Selasa, 22 Jun 2010

Islam tulen dan UMNO - Dr.MAZA



Apa pendapat Dr. Mohd Asri mengenai pemulihan UMNO?

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai addin dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen! UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera. Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kepada kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak! Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: "Allah taala memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkan, mengukuhkan dan berterusan atasnya". Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik. Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara 'kampung' sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit. Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar. Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fenomena umum

dari Utusan

MctHeory:
Salah satu tulisan Dr.Maza untuk bacaan.

Rabu, 3 Mac 2010

SKANDAL VVIP POLITIK DAN ARTIS!



Tidak semua orang politik sukakan cerita artis. Tapi ramai orang suka membaca cerita mengenai skandal artis dan ahli politik. Mc mendapat cerita ni semasa berjumpa kawan-kawan wartawan semasa belajar dulu. Semasa belajar bercampur sekali, sekarang bila bekerja ni, ramai yang bekerja dalam bidang masing-masing, nak jumpa pun susah.

Cerita ni kononnya dah meluas diketahui oleh ramai wartawan, cuma mereka tidak cukup bukti untuk mendedahkan cerita tersebut. Al-maklumlah cerita mengenai seorang tokoh politik yang bertaraf VVIP. Mc tak boleh nak cakap direct namanya. Cuma Mc boleh bagi bayang-bayang saja la.

Skandal VVIP ni dengan seorang artis jelita yang kini sudah berumah tangga. Dulu mereka pernah bercinta hingga pernah ditangkap khalwat disebuah hotel di Putrajaya. Mungkin ini tak ramai orang yang tahu, hanya orang-orang tertentu saja yang tahu. Tapi kes itu tak dihebohkan kerana Pak Mertuanya telah 'menyelesaikan kes' tersebut dengan cuci baik-baik.

Cerita skandal diantara mereka terbit semula baru-baru ni, sehingga menyebabkan rumah tangga si artis cun tu dah bergoyang-goyang dan hampir nak runtuh, sedangkan baru je kawin tahun lepas. Kesian kesian.. Yang si VVIP tu pun, dah bini orang pun ko nak sapu ke? ko pun dah ada bini, balik kacau bini ko dah ler.

Mc tak kisah la dia ni parti mana, tapi kalau perangai busuk macam ni, patut didedahkan pada rakyat. Walaupun dia dalam parti UMNO, takkan kita nak biarkan virus macam ni, Mc taknak subahat. Makin lama, makin teruk pula virus ni merosakkan UMNO.

MctHeory:
Nak tahu siapa dia ke? Dia ni pernah terlibat salahlaku rasuah dalam parti. Selain Anwar, siapa lagi orang yang paling dibenci oleh penulis Blog House PK? Nak tahu tanya Bro Pk.

Rabu, 30 Disember 2009

PANAS: GERAKAN SULIT MAHU GEGARKAN KERAJAAN DS NAJIB?!



Pagi tadi, aku mendapat berita dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, bahawa kini ada 'Gerakan sulit yang cuba untuk menganggu gugatkan kerajaan pimpinan Ds Najib' walaupun ia mungkin satu khabar berita yang belum pasti benarnya, tetapi ia amat dipandang serius oleh aku.

Gerakan ini kononnya dirancang oleh ahli UMNO sendiri, pembocoran rahsia mengenai kisah kehilangan enjin jet, juga dilakukan oleh mereka. Mereka ini yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Ds Najib yang tidak menyebelahi mereka.

Jika benar ada gerakan-gerakan seperti ini didalam UMNO, ia berupakan barah yang amat berbahaya, perlu dibenteras dengan segera sebelum ia boleh menjahanamkan UMNO.

Sahihlah mereka ini cuma mencari makan dengan mengunakan nama UMNO untuk sumber rezeki perut mereka dan bukan berjuang diatas Agama, Bangsa dan Negara. Jika sesiapa ada maklumat mengenai perkara ini sila beritahu aku.

MctHeory: Musuh yang paling bahaya ialah 'musuh dalam selimut' Person want to doing this, all bullshit!!. ..