Isnin, 31 Oktober 2011

PANAS!! Siapa Nak Jadi Calon BN, Sila Bayar Dulu!!



“Siapa kata nak jadi calon Umno atau Barisan Nasional (BN) kena bayar?,” tanya Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya, Umno tidak pernah dalam sejarahnya meminta sesiapa yang berhasrat mahu bertanding pada pilihan raya membayar dalam jumlah tertentu untuk memastikan nama mereka dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

“Ini semua mengarut. Kita tidak pernah pun buat seperti itu. Kalau ada orang yang minta wang kononnya untuk bawa nama jadi calon, jangan percaya,” katanya.

Tengku Adnan mengulas dakwaan ada beberapa individu tertentu pada masa ini yang dikatakan turun ke merata bahagian Umno di seluruh negara atas arahan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat penilaian dan laporan mengenai ahli parti yang layak dan mendapat sokongan untuk diangkat sebagai calon pilihan raya umum akan datang.

Namun di sebalik itu, ada pula dakwaan kononnya kumpulan penilai terbabit meminta sejumlah wang tertentu kepada mereka yang mahu menawarkan diri untuk membolehkan nama mereka diajukan terus kepada Najib.

“Sebenarnya tidak ada sesiapa yang kita arahkan untuk berbuat demikian (penilaian) melainkan mereka yang diberi tauliah khusus oleh Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat BN. Tugasan mereka juga tidak melibatkan sebarang pemberian,” katanya.

Tengku Adnan menasihatkan sesiapa yang didekati individu seperti itu supaya jangan terlalu ghairah mahu jadi calon pilihan raya dengan membiarkan diri mereka terdedah kepada ruang untuk diperdaya oleh pihak yang mahu meraih keuntungan segera menjelang pilihan raya dengan menggunakan nama Umno dan BN.

Tiada ulasan: