Isnin, 31 Oktober 2011

TUDIAA!! Demo Jalanan Tak Puas Hati Terhadap Pas Kedah!!





Kisah dan gambar ni di ambil dari satu blog baru Info 4 The Truth

Perhimpunan aman NGO GAGAH (Gabungan Generasi Hilang Tanah) di hadapan kilang Gula Padang Terap (GPT) bagi menuntut janji-janji Kerajaan Negeri PAS Kedah yang berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka. Semasa kempen PRU-12 dahulu, PAS Padang Terap dan YB Nasir Zakaria telah berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika PAS menjadi Kerajaan Negeri.

Walaupun masalah tanah penduduk Padang Sanai sebenarnya sudah lama sejak zaman Barisan Nasional memerintah lagi selepas Kerajaan Negeri mewujudkan ladang tebu yang antara tujuannya adalah utk mengekang ancaman Komunis dahulu. 

Isu utamanya di sini adalah PAS telah berjanji dan memberi harapan palsu kepada penduduk yang kononnya mereka akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika mereka dipilih menjadi Kerajaan Negeri. Bagi membuktikan janji yang dibuat, PAS menunjukkan Manifesto PAS Kedah pada PRU-12 yang antara lain berbunyi "PAS akan menyelesaikan masalah tanah rakyat Kedah". Kini apabila PAS sudah memerintah Kedah hampir 3 tahun lebih, langsung tiada usaha daripada PAS untuk menunaikan janji-janji yang mereka sendiri lafazkan. 

Akibatnya, penduduk-penduduk Padang Sanai, Daerah Padang Terap mula menuntut apa yang telah dijanjikan oleh PAS dahulu. PAS Padang Terap cuba lepas tangan dengan spin isu menyalahkan Kerajaan BN sebagai punca masalah tersebut berlaku. Ramai ahli-ahli PAS di Padang Sanai yang marah dengan sikap PAS Padang Terap yang cuba lepas tangan hingga menyebabkan 35 orang ahli PAS daripada Cawangan Kampung Baru di Padang Sanai isytihar keluar PAS dan sertai UMNO termasuk juga bekas Ketua MKK Kampung tersebut serta Setiausaha MKK hingga menyebabkan Cawangan PAS di kampung tersebut lumpuh. 

Atas inisiatif Dato’ Syed Sobri ADUN Kuala Nerang merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, telah menubuhkan sebuah NGO yang digelar sebagai GAGAH yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli PAS di sekitar Padang Sanai bagi menuntut Kerajaan Negeri dan Syarikat Tradewind milik Tan Sri Mokhtar menyelesaikan masalah tanah mereka. 

Kemuncaknya, hari ini wakil-wakil daripada NGO GAGAH dan PERKASA Padang Terap telah menyerahkan memorandum bantahan kepada MB Kedah Azizan di Wisma Darul Aman seterusnya membuat perhimpunan aman di hadapan kilang Gula Pdg Terap (GPT) yang dihadiri oleh 1,000 orang lebih penduduk kampung di sekitar Padang Sanai pada pukul 2.30 petang. Walau bagaimana pun, perhimpunan terpaksa bersurai setelah diarahkan oleh pihak polis setelah ada pihak yang membuat laporan. 

Sungguh pun begitu penduduk Padang Sanai akan terus berjuang bagi menuntut janji-janji daripada Kerajaan Negeri PAS serta menuntut hak mereka dikembalikan semula. Wakil daripada PAS Padang Terap langsung tidak kelihatan. Ahli Parlimen Padang Terap YB Nasir Zakaria merangkap Ketua Pemuda PAS Padang Terap dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, lngsung tidak kelihatan.


 " Kembalikan Tanah Hak Kami ! "


 Kehadiran POLIS untuk meleraikan himpunan aman GAGAH


 " Kembalikan Tanah Hak Kami ! "


 Penduduk kampung berarak dalam himpunan aman GAGAH.


 Khemah Himpunan GAGAH


 Dato' Syed Sobri bersama wakil MCA


 " Kembalikan Tanah Hak Kami ! "


 " Janji wajib dikota,
kata perlu dilaksana
hak rakyat wajib dibela..... "


 " KEMBALIKAN HAK RAKYAT
TANAH WARISAN UNTUK GENERASI MASA DEPAN "


 Penduduk kampung


 " BUKTI !!!!! Penduduk kampung tidak berbohong !!!! "


 Penduduk penduduk kampung yang hadir tadi


 Antara penduduk yang terlibat


 Antara penduduk yang terlibat


 Tandatangan penduduk-penduduk yang ingin menuntut HAK mereka !


Wakil GAGAH memberi taklimat dan ucapan

Semakin hari semakin dahsyat rakyat Kedah Padang Terap menuntut janji, mengamuk demi membuktikan kerajaan Pas Kedah telah mungkir janji pada mereka.

Memang patut siri demo menunjukkan ketidak puasan hati, diteruskan hingga ke PRU ke 13. Untuk mengingatkan rakyat Kedah yang lain, supaya tidak terpedaya dengan janji manis dan tipu helah dari kerajaan Pas Kedah.

Berjanji memang la senang, bila dah jadi kerajaan boleh pula depa buat2 lupa.

Rakyat juga yang kena tipu. Haprak punya orang!

McTheory:
Slogan kebajikan tu sebenarnya, kebajikan rakyat pada Pas.. bukan Pas kepada rakyat, kena ingat tu..

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini, Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com/

MINDA RAKYAT berkata...

salam 1 malaysia,blog saya pom mohon dilink disini juga.pertimbangan pihak tuan amat2 saya hargai. terima kasih.