Isnin, 31 Oktober 2011

PANAS!! Pas Kambing Hitamkan Soi Lek!!



Pas makin mengelupur apabila isu hudud semakin hari semakin meracuninya. Hinggakan Nik Aziz sendiri pun dah tak berani nak menyebut pasal hudud lagi takut kena maki dengan Dap.

Namun untuk menutup salah sendiri, Pas sengaja mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Kali ni Soi Lek pula menjadi mangsa untuk menutup kelemahan Pas yang terserlah akibat menolak untuk melaksanakan hukum hudud.

Pas dan segala jentera cybertropnya hari demi hari menyiarkan kenyataan Soi Lek yang menolak hudud dan menyalahkan UMNO kerana membiarkan Soi Lek mempersendakan hudud kononnya.


Pendirian Soi Lek sebenarnya sama seperti Dap. Tak ada beza pun pendirian Guan Eng dan Soi Lek ni. Malah Soi Lek lebih jujur berbanding Guan Eng, yang banyak cakap belakang dari cakap depan.

Sebagai seorang Presiden MCA, sememangnya Soi Lek menolak hudud, dia pun bukan Islam, jangan harap la orang bukan Islam nak menyokong hudud, kalau benar dia menyokong hudud, sudah semestinya dia memeluk Islam.

Dap yang dok berpeluk, bercium dengan Pas pun tak sokong hudud.

Kalau kerajaan nak laksanakan hudud pun, kita tak boleh buat sekaligus. Terus declare akan laksanakan hudud secara tiba2. Terkejut rakyat. Semuanya kena perlahan-lahan, ubah sikit2.

Pas tak faham, mereka mengunakan secara ekstrimis. Menekan untuk orang supaya menerima Islam, sedangkan Islam tidak ada paksaan. Sebab tu Islam di lihat sebagai agama yang kasar dan keras, sebab ada orang2 macam ni la.

Gunakan akal untuk orang asing menerima Islam. Kalau seseorang muslim tidak bersembahyang, wajib kita tegur kerana dia memang muslim. Namun kalau orang bukan Islam tak menerima Islam, takkan kita nak paksa?

Kalau kita paksa, dan mereka menerima, itu bukan ikhlas, itu paksaan.

Tak guna menerima kalau hati tidak ikhlas..


McTheory:
Islam agama yang suci.. tolong jangan kotorkan demi politik..

Tiada ulasan: