Khamis, 24 Februari 2011
KONSPIRASI AHLI UMNO NAK MENJATUHKAN UMNO?
Seorang pemimpin UMNO sedang merancang untuk mengkhianati BN. DIfahamkan dia telah buat pertemuan dengan beberapa kumpulan termasuk beberapa kumpulan ahli Parlimen BN yang kecewa dan NGO pro-India.
Dipercayai ada satu perjumpaan pada Ahad, Februari 27hb di rumah pemimpin tersebut.
Gerakan ini dibuat supaya mereka ada kuasa tawar menawar (bargaining power) dengan BN ala 916 yang Anwar cuba lakukan pada tahun 2008.
Dengan Anwar nampaknya pasti akan kembali ke kampung halamannya di Sungai Buloh (penjara), pembangkang hadapi hampagas dalam barisan kepimpinan. Pemimpin UMNO ini bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.
Dia melihat dia boleh mengisi kekosongan kepimpinan dalam Pembangkang dan lepas PRU 13, yakin akan Pakatan Rakyat menang dan dia terus mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.
Dia pernah uji formulanya sebelum ini melalui gabungan yang lepas-lepas.
Pembangkang percaya pemimpin tersebut mampu mendapat kembali sokongan orang Melayu yang sudah kembali kepada UMNO. Pemimpin tersebut menyebelahi PAS dalam isu royalti minyak. Sambung baca klik sini.
Berita ini boleh menjadi satu amaran, kepada UMNO. Musuh yang ada di luar dan dalam hanya tunggu masa untuk cuba menjatuhkan UMNO dengan strategi yang tertentu. Namun berita seperti ini juga boleh direka-reka oleh skuad kilang fitnah Pas untuk memecah-belahkan perpaduan UMNO.
Segalanya masih lagi menjadi tanda tanya. Apa yang boleh kita buat hanyalah tunggu dan lihat, sama ada betul ada pergerakkan dari dalam, atau hanya direka-reka sahaja.
P/s: ini kes nak cari sokongan melayu lani..
Mctheory:
Pas baru nak sedor, diri mereka tu melayu.. ingatkan arab mana tercampak kat sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan