Jumaat, 25 Februari 2011

MAZLAN ALIMAN PRO HAJI HADI??!!


Foto ini di petik dari satu laman blog seorang peneroka Felda yang memang 'tok-tok' penyokong kuat PAS. Dimaklumkan bahawa foto ini di ambil semasa satu majlis himpunan warga Felda di Terengganu.

Sebelum saya komen tentang tajuk di atas, saya hendak komen betapa tak bersyukurnya penulis yang juga mengambil foto ini. Bayangkan, beliau yang merupakan seorang peneroka di Pekan, Pahang, boleh pergi ke Kuala Terengganu untuk mengikuti majlis ini...
maknanya, beliau mempunyai banyak masa dari menghabiskan masa di kebun sawitnya. Beliau juga mempunyai kamera yang bagus untuk mengambil foto ini. Saya berkata begini kerana beliau telah memaklumkan di dalam blog beliau. Ini membuktikan bahawa beliau sudah semakin senang melalui kehidupan sebagai seorang peneroka...namun seperti biasa, manusia sering tidak bersyukur dengan apa yang mereka telah perolehi. Saya yakin, rumah beliau juga sudah semakin baik dari 10 tahun dulu manakala beliau juga sudah mempunyai kereta sendiri.

Semua tahu bahawa perpecahan di dalam PAS sangat ketara pada ketika ini. Mereka yang didalam parti PAS sahaja yang dapat merasakan bahang perpecahan ini. Di dalam PAS, terdapat banyak puak atau kumpulan. Terdapat 2 kumpulan yang paling berpengaruh iaitu kumpulan Haji Hadi dan kumpulan Nik Aziz. Kedua-dua kumpulan ini memang tidak 'sebulu' lebih-lebih lagi di katakan kumpulan Haji Hadi ini pro kepada perpaduan melayu manakala kumpulan Nik Aziz, pro kepada Anwar Ibrahim. Dengan fatwa-fatwa serta komen-komen yang telah dikeluarkan oleh Nik Aziz, dikatakan telah menambahkan perpecahan ini. Bayangkan, Haron Din pun tak dapat nak komen lebih-lebih walaupun tahu kesalahan yang telah di lakukan oleh Nik Aziz. Oleh kerana Nik Aziz adalah Murshidul Am PAS, maka semuanya ditelan sahaja.

Semua kepimpinan PAS mempunyai kem masing-masing termasuklah Mazlan Aliman. Dari sumber-sumber yang boleh di percayai, Mazlan adalah pro kepada Haji Hadi Awang. Pernah beliau mengkritik dan mempersoalkan kepimpinan dan tindak tanduk Nik Aziz. Beliau memang 'tak sebulu' dengan pendirian Nik Aziz namun, sebagai pengikut, beliau juga terpaksa 'menurut' sahaja. Nanti kalau komen lebih-lebih, tak boleh jadi calon pulak. lagipun pilihanraya dah nak dekat.

Dari rakan-rakan rapat Mazlan, di maklumkan bahawa Haji Hadi sentiasa menyokong penuh segala program yang di buat Mazlan termasuklah majlis seperti foto di atas. Siap gambar Haji Hadi besar kat belakang Mazlan. Baru-baru ini, Mazlan telah mengadakan satu perjumpaan dengan anak-anak peneroka di Lembah Kelang. Ia telah di adakan di Dewan Kediaman EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang pernah dahulu dikatakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjual sahaja tempat ini kerana di katakan pembaziran Kerajaan Barisan Nasional. Secara logiknya, untuk menggunakan kemudahan ini, sudah semestinya perlu ada 'link' atau 'cable' yang kuat... Mana tidaknya, ia sepatutnya hanya untuk kegunaan EXCO atau orang-orang yang rapat dengan EXCO sahaja. Di dalam program ini, Mazlan di katakan berucap dengan berapi-api di hadapan beribu-ribu....bukannya orang, tapi nyamuk. Yang hadir adalah lebih kurang 30 orang termasuklah AJK ANAK sendiri. (Lihat foto dibawah)

Kepada para pembaca artikel ini yang merupakan penyokong Mazlan Aliman, ketahuilah rahsia ketua kamu ini iaitu beliau adalah penyokong kuat Haji Hadi. Kepada pembaca yang lain, marilah sama-samalah saudara nilaikan sendiri, apa yang sebenarnya berlaku didalam PAS. PAS kononnya sangat cantik, tetapi di dalamnya sangat buruk.

Warisan Felda

Tiada ulasan: