Memaparkan catatan dengan label felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label felda. Papar semua catatan
Sabtu, 26 Disember 2015
FELDA Komited Dalam Benteras Penyalahgunaan Dadah
Sekarang ni seringkali orang kaitkan masyarakat FELDA antara masyarakat yang paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Disebabkan tersebut, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan terus komited dalam membantu kerajaan untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah di tanah-tanah rancangan FELDA, tegas Pengerusi FELDA, Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad ketika merasmikan Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah di FELDA Pasoh 4.
Setelah kejayaan 11 buah siri Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah 2014, FELDA kini berhasrat meneruskan kesinambungan program ini bermula di Wilayah Raja Alias.
Antara objektif program adalah untuk menyalurkan maklumat berkaitan ancaman dadah kepada bangsa dan negara serta menanamkan sikap prihatin kepada kaedah pencegahan dan perawatan.
Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, program ini akan menggerakkan aktiviti komuniti sihat serta bebas dari bahaya dadah sekaligus memberikan kesedaran kepada masyarakat FELDA.
Program ini mensasarkan kesedaran kepada kumpulan sasaran dari kalangan warga peneroka dan belia selain pelajar sekolah dan petugas di tanah rancangan.
Pada siri program tahun 2014 telah mencatatkan pengunjung seramai lebih 6,000 orang dengan jumlah pengunjung tertinggi dicatatkan di Wilayah Raja Alias seramai hampir 1,000 orang.
FELDA Wilayah Raja Alias turut menadi Wilayah FELDA pertama untuk menjadi tuan rumah bagi siri terkini.
FELDA berharap agar program ini terus menjadi wadah untuk semua warganya bermasyarakat.
Program ini turut memberikan peluang kepada golongan belia FELDA untuk terlibat lebih aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial yang sihat dan FELDA optimistik bahawa program ini dapat menjadi usaha dalam menyingkirkan najis dadah dari kawasan tanah rancangan FELDA.
Isa dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa FELDA komited membantu kerajaan dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini yang dilihat sukar untuk dibendung kerana kurang mendapat sokongan yang cukup baik daripada masyarakat.
“Masyarakat juga perlu memainkan peranan juga, tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), penguatkuasa dan kerajaan semata-mata,” ujar Isa Samad.
“Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah ini hanya sebagai satu langkah dan cara kita (FELDA) untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah. Pimpinan masyarakat dan komuniti jangan pernah jemu untuk terus ambil tindakan harian,” katanya.
Isa juga turut meluahkan kekesalan beliau berikutan gejala penyalahgunaan dadah ini dijuarai oleh orang Melayu sendiri dan menyeru agar masyarakat sama-sama membantu kerajaan, FELDA dan AADK dalam membanteras gejala tidak sihat ini.
Selain itu Isa turut menafikan persepsi umum yang kerap kali mengaitkan masyarakat FELDA dengan gejala dadah ini kerana menurut beliau gejala ini bukan sahaja berlaku di tanah rancangan FELDA malah ianya turut berlaku di kawasan lain dan bandar-bandar besar.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh AADK, jumlah kes berkaitan penyalahgunaan dadah di FELDA Wilayah Raja Alias melibatkan 1,079 kes yang mana 667 kes adalah penagih dan baki 412 kes adalah yang berada dibawah pengawasan.
Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) AADK Negeri Sembilan, Tn Hj Izhar Abu Talib, FELDA telah memberikan kerjasama penuh bersama pihak AADK dalam membanteras gejala dadah di kawasan-kawasan berisiko termasuk di FELDA Pasoh 4.
Pada 2014 kerajaan negeri, AADK, Blue Ocean Strategy dan lain-lain agensi telah mempergiatkan lebih aktiviti dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah.
Blue Ocean Strategy telah menyenaraikan 14 buah kawasan berisiko termasuk FELDA Pasoh 4 yang mana kesemua 14 kawasan berisiko ini akan menjadi projek untuk mempergiatkan lagi usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dengan program-program yang lebih intensif.
Jumaat, 25 Disember 2015
FGV Ceburi Bidang Plastik Mesra Alam
Ketua Pengawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani tengah
Selepas majlis menandatangani MOU bersama Newlight Technologies dan Innogas Technologies kelmarin
Satu demi satu percubaan dari Felda Global Venture (FGV) untuk menceburi bidang baru bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Baru-baru ini FGV, bakal menghasilkan plastik mesra alam daripada sisa biojisim minyak sawit. Projek ini kami umpakan sebagai "Projek mengubah sisa buangaan kepada emas berharga."
Projek penghasilan plastik mesra alam ini terhasil apabila FGV berjaya memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Newlight Technologies LLC serta Innogas Technologies Sdn Bhd yang berpengkalan di California. Syarikat Innogas Technologies merupakan sebuah syarikat yang mahir menghasilkan bahan-bahan termoplastik yang diperbuat daripada gas rumah hijau.
FGV sentiasa mencari inovasi terkini untuk mengurus sisa kelapa sawit mereka dengan berkesan..penghasilan projek ini akan menunjukkan kepekaan FGV terhadap projek kempen terhadap kelestralian alam sekitar dengan pengurangan pelepasan karbon..
FGV mensasarkan sebanyak 10 buah kilang untuk dibina bagi tujuan ini dalam tempoh 5 tahun akan datang...kilang pertama akan dibuat pada suku keempat tahun depan dan dijangka siap selepas 14 bulan..
Dengan adanya projek ini, ia mampu menggunakan semula sisa bio daripada kilang minyak sawit FGV kepada penghasilan plastik mesra alam, teknologi daripada negara luar ini amat dinantikan FGV bagi meningkatkan aliran pendapatan syarikat dan menjayakan kempen lestari alam sekitar.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani berkata,
"MOU tersebut akan membawa teknologi kos efektif yang pertama di dunia bagi menghasilkan pslastik mesra alam dengan memproses 100 peratus sisa bio daripada kilang sawit FGV"
Jelas usaha ini telah meningkatkan jaringan rangkaian usahasama FGV bagi penghasilan produk plastik mesra alam dimata dunia..selain dapat meningkatkan produk pengeluaran minyak, sisa bio yang sebelum ini tiada kegunaan, kini mampu menghasilkan produk barangan yang lebih berfaedah kepada alam dan masyarakat.
Rabu, 23 Disember 2015
FGV Masih Pertimbang Beli EHP
Pelbagai khabar angin disebarkan, pada hakikatnya, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), masih lagi dalam pertimbangan. FGV menjelaskan bahawa proses usaha wajar bagi pembelian kepentingan dalam PT Eagle High Plantations (EHP) masih lagi berjalan dan belum dimuktamadkan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, berdasarkan kepada keadaan pasaran yang tidak menentu, FGV sedang mengambil langkah tambahan untuk memastikan perjanjian tersebut dapat membawa nilai kepada pemegang saham khususnya dan komuniti yang lebih besar daripada pihak berkepentingan.
“Seperti yang kita umumkan sebelum ini, kami telah memulakan proses usaha wajar kita dengan pihak bebas dan proses itu belum lagi dimuktamadkan.
“Jadi, adalah sesuatu yang tidak membantu apabila membuat spekulasi berkenaan hasil proses usaha wajar yang komprehensif atau faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada keputusan perniagaan,” katanya dalam kenyataan beliau lagi.
Semua ini berpunca dari sebuah akhbar yang melaporkan perkara tersebut. Laporan yang memetik sumber perbankan berkata, Bank Negara Malaysia tidak meluluskan permintaan syarikat berkenaan untuk membayar 23 peratus daripada deposit berjumlah AS$174.5 juta (RM780.87 juta) sebagai sebahagian daripada perjanjian awal yang diumumkan Jun lalu berikutan beberapa sebab.
Pada Jun lalu, FGV menandatangani perjanjian dengan Rajawali Group bagi membolehkan FGV memiliki 37 peratus saham dalam EHP dengan nilai AS$680 juta (RM2.55 bilion) dalam bentuk dana tunai dan saham.
Melalui perjanjian tersebut juga, anak syarikat Felda Holdings Berhad itu akan mengambil alih kira-kira 95 peratus kepentingan dalam perladangan gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta (RM252.5 juta) secara tunai dan saham.
Jelas Mohd. Emir, pihaknya menyedari transaksi tersebut mendapat perhatian banyak pihak terutama dalam kalangan komuniti pelaburan termasuk pembuat dasar.
“Mereka menunjukkan kepada kami komitmen tadbir urus yang tinggi dan ketelusan bagi memastikan semua pihak yang mengikuti perkembangan terkini bergerak selaras dengan keperluan undang-undang,” ujarnya.
Khamis, 17 Disember 2015
FGV Mungkin Tembusi Pasaran Afrika!
Dalam usaha meneroka peluang untuk mengembangkan FGV ke luar negara. Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) sedang meneliti untuk melabur di Pasaran Afrika.
Presiden FGV yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, beliau sendiri akan ke Gabon untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan kerajaan negara tersebut bagi mengadakan perbincangan dan menilai potensi pelaburan disana.
Menurutnya lagi, pasaran Afrika yang luas menjadi keutamaan FGV memasarkan produk-produk hilirannya. Jika diberi peluang FGV sedia melabur secara fizikal di Afrika Selatan.
FGV sudah mengerakan perbincangan dengan Kerajaan Gabon dan Olam International Ltd. (Olam) sedang diusahakan bagi kerjasama samaada di Bahagian huluan atau hiliran.
Ketika ini FGV sedang Giat mengadakan kerjasama dengan Olam, sebuah syarikat pertanian yang berpusat di Singapura, bagi melatih pekebun-pekebun sawit Gabon dalam usaha membantu negara Afrika itu membangunkan ladang sawitnya mengikut kaedah dan konsep yang digunapakai oleh Felda.
Datuk Mohd. Emir turut menambah bahawa perbincangan masih lagi diperingkat awal, jika berjaya kemungkinan FGV akan memulakan dengan pembangunan kilang penapisan sawit atau biodiesel.
Afrika merupakan tempat baru bagi FGV dan juga Felda untuk mengembangkan lagi pasaran mereka. Namun kajian terperinci harus dilaksanakan, takut jika tersalah langkah. Ia memberi kesan yang besar pada syarikat tempatan tersebut.
Sabtu, 12 Disember 2015
Skuad Sayang Wanita UMNO Begitu 'Energetik'
Bagi pengiat politik tanah air, tak kisah la dipihak Kerajaan atau Pembangkang, sudah tentu tahu bahawa Wanita UMNO merupakan tulang belakang parti UMNO yang sangat penting. Lebih-lebih lagi Jentera Skuad Sayang yang sememangnya cukup bersemangat dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
Hal ini disebut oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, yang menyifatkan Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO sebagai begitu 'energetik'.
Kenyataan Ahli Parlimen Kota Tinggi berkenaan merujuk kepada tindakan Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia yang sentiasa bersedia dalam menjalankan tugas bagi membantu melicinkan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO. Anggota Skuad Sayang sentiasa setia bersatu memberi khidmat kepada parti bila-bila masa sahaja yang diperlukan.
Datuk Ehsan menyarankan kepimpinan Skuad Sayang mengembleng usaha untuk menghebahkan segala apa yang dilakukan di media sosial agar rakyat mengetahui peranan dan kepentingan skuad berkenaan.
Wanita UMNO diingatkan agar bersatu mengembeling usaha menangkis tohmahan, fitnah dan putar belit di media sosial bagi mempertahankan parti UMNO daripada serangan pembangkang.
Juga diperingatkan agar Skuad Sayang mengerakkan program bersama agensi-agensi Kerajaan seperti JASA, KEMAS, Seranta FELDA dan BTN dalam usaha mereka memberi bantuan dan khidmat kepada Rakyat.
Dalam majlis makan malam yang sama juga Datuk Ehsan melahirkan kegembiraan apabila mahasiswa di IPTA dan IPTS memberi respon yang positif terhadap semua usaha Kerajaan membantu Rakyat. Ini dapat dilihat apabila mereka mengupas setiap isu-isu semasa dengan fakta yang benar dan berjaya memenangi banyak tempat dalam pilihanraya universiti.
Khamis, 26 November 2015
Lagi Produk Anak Felda Bakal Keluar Negara
FELDA memang terkenal dengan produk keluaran tempatan yang bermutu tinggi. Malah sebelum ini pun FELDA telah mengeksport banyak barangan keluarannya ke luar negara. Jenama-jenama FELDA sebelum ni seperti SAJI, ADELA, Tiara, Pelangi dan beberapa nama lagi. Telah memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kali ini ada satu lagi produk penghasilan dari Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia Bhd, produk pencuci mesra alam yang diberi nama D'Belda. D'Belda mengunakan teknologi Biodegrasi.
Koperasi Majlis Belia juga untuk tahun ini, mereka telah menghasilkan beras dan bahan cucian. Kesemua produk ini diberi penjenamaan D'Belda. Malah dikhabarkan Koperasi ada merancang dalam pengeluaran yang lain selepas ini.
Syabas diucapkan kepada Pengerusi Koperasi Majlis Belia Felda, Anuar Abd Manap atas inisatif ini. Mereka menghasilkan produk sendiri dan memasarkan kepada seluruh negara, malah ianya untuk pasaran antarabangsa. Sasaran untuk mengeksport produk cucian ini ke Asia Barat telah membuka mata bahawa agensi FELDA bukan lagi hanya berorientasikan Kelapa Sawit sahaja. Ia langkah terbaik untuk memajukan dan pembangunan usahawan FELDA. Apa tidaknya, sebulan sahaja mereka mampu menghasilkan 100,000 liter cucian D'Belda jika setahun 1.2 juta liter untuk kegunaan industri.
Demi mencapai hasrat untuk mengeksport produk ke luar negara, Koperasi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Syarikat Microclear Sdn Bhd.
Buat permulaan, Produk pencuci ini akan dipasarkan ke semua agensi seliaan Felda di seluruh negara. Selepas ini Koperasi turut merancang mengeksport produk ini ke Asia Barat dijangka lebih kurang dua tahun akan datang.
Mungkin selepas ini kita boleh mencuba, produk keluaran Koperasi Majlis Belia Felda, yang dikatakan mesra alam.
Rabu, 25 November 2015
FGV Tidak Terlibat Dengan Kegiatan Militan
Sebagai syarikat tempatan yang membantu banyak negara dari segi pelaburan dan menyedia peluang pekerjaan yang besar. Adalah mustahil Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) boleh terlibat dengan perkara yang tak masuk akal.
Walaupun dikhabarkan ada kakitangan FGV yang mungkin terlibat, itu tidak bermaksud FGV menyokong apa yang kakitangannya itu lakukan.
Malah FGV telah mengeluarkan kenyataan tegas bahawa ia menentang keras apa-apa bentuk fahaman pelampau atau radikal, dan tidak mempunyai toleransi terhadap tindakan membahayakan nyawa mereka yang tidak bersalah.
FGV dalam kenyataannya,
“Semua kakitangan FGV tertakluk kepada Peraturan dan Kod Etika Pekerja, yang melarang apa-apa penglibatan dalam aktiviti salah yang boleh mencemarkan reputasi syarikat,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Kenyataan dikeluarkan oleh FGV itu adalah untuk mengulas laporan yang dikeluarkan oleh laman web akhbar tempatan mengenai bekas pegawai kanan Felda antara lima suspek yang ditahan atas kegiatan militan.
Menurut FGV, pada masa ini, ia akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkenaan bagi membantu siasatan tersebut.
Kita pun tahu FGV mempunyai rangkaian pekerja yang sangat ramai dari luar dan dalam negara. Tak mungkin kesemua yang dilakukan oleh kakitangannya itu mendapat perkenan dari FGV.
Mana mungkin sebuah syarikat multinasional macam FGV boleh terlibat dengan kegiatan militan. Bahkan negara Malaysia sendiri menolak keras perbuatan keganasan sebegitu.
Jika Malaysia menolak, mana mungkin ada syarikatnya yang menyokong, betui tak?
Ahad, 15 November 2015
FGV Ambil Tindakan Drastik Untuk Elak Kerugian
Untuk mengelakan kerugian yang berterusan FELDA Global Ventures Holdings telah menjual dua anak syarikatnya di Kanada. Mungkin keputusan itu diambil setelah membuat perkiraan yang teliti berkenaan dua anak syarikatnya di Canada.
FGV memperoleh hasil tunai sebanyak RM567 juta.
Twin Rivers Technologies Entreprises dan De Transformation De Graines Oléagineuses Du Québec Inc (TRT-ETGO) telah dijual kepada syarikat gandum dan Oilseed Viterra Inc sebagai sebahagian dari usaha strategi transformasi 5 tahun yang telah dirancang oleh pengurusan FGV.
Kedua syarikat ini yang sering berada dalam kerugian kini tidak lagi menjadi beban kepada gambaran keseluruhan pendapatan FGV.
Setelah beberapa lama percubaan untuk mengembalikan keuntungan kepada dua anak syarikat ini gagal, maka pihak penganalisa bahagian perladangan CIMB Ivy Ng berpendapat penjualan ini adalah satu usaha yang positif.
TRT-ETGO telah menyebabkan kerugian RM366 juta selama 3 tahun.
Ivy Ng juga berpendapat penjualan aset ini boleh membantu menaikan pendapatan setengah tahun kepada RM86 juta atau pun 2.3 sen sesaham FGV.
Selain itu kata Ivy ia juga dapat memperbaiki pendapatan masa depan kumpulan FELDA.
“Ini tentu sekali boleh memperbaiki kelemahan harga CPO yang sedang di alami sekarang” kata Ivy.
Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu FGV menyatakan proses penjualan sudah mukatamad setelah memenuhi syarat penuh pada 27 Ogos lalu.
Maka dijangka juga keuntungan FGV akan sejajar dengan pelan jangka panjang yang telah di janjikan kepada pemegang sahamnya.
Beberapa Penganalisa turut memberi pandangan mereka berkenaan penjualan ini, Kenanga Research berkata mereka menjangkakan margin bagi segmen aliran kebawah menjadi positif tetapi akan merasakan impak keuntungan pada FY16 ke atas.
Begitu juga dengan Public Investment Bank research dengan menyatakan ia menyokong tindakan menjual ini dan menyatakan ia akan mengurangkan kerugian aliran bawah.
Ahad, 8 November 2015
Surat Palsu Untuk Ahli Parlimen BN!
Cubaan untuk menarik ahli parlimen BN supaya membuat undi tak percaya kepada pimpinan DS Najib Razak dibuat dalam segala segi. Hinggalah ada penyebaran surat palsu yang tidak bertanda-tangan seperti dibawah.
Surat memohon undi tak percaya ini sudah tentu berhasrat untuk mengulingkan pimpinan Kerajaan yang sedia ada sekarang.
Jika diteliti surat ini, sekali pandang pun kita dah tahu, ada yang tak kena. Malah sesiapa juga boleh membuat seperti ini dan sebarkan.
Antara pemimpin yang menerima surat tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid.
Menurut pegawai khas Datuk Ehsanuddin, Nizam Rasyid, BERSIH telah membuat pembohongan apabila terdapat dua orang pengundi palsu daripada 12 surat atas talian yang diterima Noor Ehsanuddin.
Dua pengundi tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana nama dan nombor kad pengenalan yang tercatat di surat itu tiada di laman web daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pelbagai cara dilakukan, hinggalah menyebar surat palsu seperti ini. Namun kita percaya rakyat lebih bijak menilai kelakuan politik sumbang yang lebih mudaratkan negara dan membawa kebaikan.
Rabu, 21 Oktober 2015
Kedudukan Saham FGV Makin Naik!
Setelah sekian lama cerita buruk dan fitnah terhadap saham Felda Global Ventures tersebar hingga menjejaskan keyakinan pelabur terhadap syarikat perladangan itu.
Itu cerita dulu, makin lama, makin hilang cerita fitnah, kini saham FGV makin sedang meniti laluan untuk mengukuh bagi meyakinkan semula para pelabur.
Bermula pada 29 September yang lepas, saham FGV dilihat telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dimana peningkatan demi peningkatan dalam harga pasaran saham milik syarikat perladangan berkenaan dan ianya terus dilihat semakin mengukuh.
Kenaikan bermula pada 16 September harga saham FGV pada mulanya bernilai RM 1.43 sesaham dan pada 16 Oktober, saham milik syarikat berkenaan mula naik hingga menjadi harga RM 1.74 dan ini menunjukkan reaksi positif yang mana pada 19 Oktober 2015, harga saham meningkat lagi kepada RM 1.82 sesaham.
Walaupun kenaikan saham FGV terganggu sedikit, namun pada penganalisis pasaran saham dari Alliance DBS Research telah membuat analisa keatas saham tersebut dan merumuskan bahawa ianya mampu mencecah ke harga RM 2 sesaham.
Semalam saham berkenaan kembali stabil dan berada pada RM1.760 sesaham, kenaikan sebanyak (0.030).
Kenaikan saham FGV ini dijangka berterusan, kemungkinan besar ianya berkaitan dengan harga pasaran minyak sawit mentah dunia yang melonjak naik dan ini sekaligus membawa kepada peningkatan harga saham FGV.
Pada penganalisis dan pelabur saham, menganggarkan pada waktu ini adalah masa paling terbaik bagi mereka yang berminat untuk memiliki saham FGV. Kemungkinan besar, jika ada membuat pembelian, anda mampu untuk memperolehi keuntungan dengan kenaikan harga saham syarikat berkenaan.
Ahad, 18 Oktober 2015
Fitnah Ahli Parlimen BN ditahan SPRM dinafikan!!
Baru-baru ini tersebar diportal-portal pro pembangkang dikhabarkan bahawa Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah FELDA telah dipanggil oleh SPRM untuk disoal siasat.
Malaysiakini dan The Rakyat Post seperti cuba menyebarkan fitnah dan berita palsu yang kononnya beliau disiasat atas kerana salahguna kuasa didalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Apakah ini satu permainan sebelah sana yang mahu mengaitkan ahli lembaga pengarah FELDA dengan perbuatan yang tidak baik, sekaligus mengurangkan keyakinan pelabur terhadap FELDA.
Atas sebab demikian, Datuk Ehsan dengan pantas menafikan perkara ini, bagi mengelakan berita yang boleh menjejaskan imej beliau serta FELDA dibersihkan segera.
"Saya tidak pernah dipanggil sehingga hari ini. Tanyalah orang yang melaporkan dan tanyalah SPRM. Saya tak buat salah apa-apapun, jadi apa nak dibimbangkan. Malah saya sedia berikan kerjasama jika diminta." kata beliau.
Penjelasan oleh Datuk Ehsan itu ada kebenaran, kerana Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul dilaporkan berkata SPRM tidak ada memanggil mana-mana Anggota Parlimen yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi keterangan.
Penjelasan dari SPRM itu, benar-benar menjawab segala FITNAH yang disebarkan oleh portal dan twitter pro pembangkang.
Rabu, 7 Oktober 2015
Akademi Golf FELDA! Dari Anak Peneroka ke Padang Golf !
Pada anak FELDA yang mempunyai bakat, mahu atau nak mencuba untuk menjadi seorang pemain golf. Ini ada berita baik untuk anda.
FELDA melalui Yayasan FELDA akan mencungkil dan menggilap bakat pemain golf melalui Akademik Golf FELDA (AGF) bagi mengetengahkan pemain terutamanya dari generasi kedua dan ketiga warisan FELDA.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, beliau memberitahu bahawa, AGF sudah mengadakan pemilihan sejak Oktober tahun lalu, di enam wilayah FELDA bagi mencari bakat muda dalam kalangan anak dan cucu peneroka.
“Hasil penjelajahan ini, seramai 62 peserta terpilih termasuk 10 pemain wanita menyertai AGF Januari lalu yang dilaksanakan di dua tempat iaitu di A’Famosa Golf Resort Melaka dan Taiping Golf Resort, Perak.
“Hasrat FELDA melahirkan pemain golf profesional dan ahli sukan berlatar belakang pendidikan cemerlang dari generasi baru,” katanya pada sidang media selepas penyampaian hadiah Pertandingan Golf Petunjuk Prestasi Utama (KPI) antara 40 pelajar AGF di Kelab Golf Port Dickson tempohari.
Akedemi juga turut melantik Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) untuk mengurus dan melatih pelajar serta ditawarkan pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan dengan kos ditanggung FELDA.
Bukan saja boleh menjadi pemain golf, dapat belajar pula secara percuma. Untung siapa jadi anak FELDA ni. Itu pun masih ada yang tak sudah-sudah nak sabotaj FELDA dengan pelbagai cerita yang kurang baik.
Rabu, 23 September 2015
FGV Terima Dua Anugerah Berkaitan Dengan HR!
Tahniah diucapkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) Nampaknya FGV terus mendapat pengikhtirafan dunia. Jika pengurusan kerja yang bagus dan mengikut spefikasi, sudah tentu orang akan memberi penghargaan dan menjadikan ianya contoh terbaik.
FGV diberikan pengiktirafan dalam bidang pengurusan sumber manusia apabila menerima dua anugerah utama dalam majlis berprestij, Anugerah Sumber Manusia 2015.
Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan FGV Mohd Najid Md Yahya menerima anugerah itu bagi pihak FGV pada majlis yang berlangsung Khamis lepas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata semua ini kerana FGV komited terhadap kecemerlangan dalam HR dan memperakui pentingnya pengurusan bakat dalam menjayakan visi untuk menjadi antara 10 penggiat utama dalam perniagaan berkaitan pertanian di dunia.
Jika dunia mengikhtiraf syarikat dari Malaysia, kenapa kita tidak?
“FGV mempunyai lebih 55,000 tenaga pekerja di Malaysia dan di luar negara, termasuk pekerja asing yang bertugas di ladang-ladang. Ramai pekerja memiliki tahap kemahiran yang pelbagai di kawasan bandar dan luar bandar, yang menjadi lokasi operasi perniagaan kami.
“Bagi membangunkan syarikat yang kukuh, kami perlu memastikan sumber manusia kami diurus dengan baik. Pengurusan sumber manusia kami perlu sentiasa mengetahui trend terkini serta isu-isu membabitkan pekeja,” katanya dan menambah ini termasuk pembangunan kerjaya serta kebajikan pekerja.
Mungkin ada yang kata anugerah ini hanya biasa-biasa saja. Sebenarnya, anugerah ini dihoskan oleh Human Resources, sumber berita berkaitan HR utama Asia, dan dinilai oleh panel pengarah-pengarah HR di seluruh Asia, anugerah itu ditaja oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Talent Corporation Malaysia.
Anugerah ini membuktikan syarikat Malaysia mempunyai pengurusan yang bertaraf dunia dan mampu untuk bersaing dengan syarikat ternama yang lain.
Isnin, 21 September 2015
Terbukti Harakah FITNAH Felda!
Kalau dah fitnah tu, memang takkan lepas dari undang-undang. Nampaknya mereka yang cuba memfitnah Felda telah pun mendapat balasan. Fitnah kononnya Felda mempunyai hubungan perniagaan dengan Israel merupakan fitnah yang amat berat.
Fitnah tersebut diterbitkan melalui lidah rasmi Pas akhbar Harakah.
Pagi tadi di Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya, kesemua Yang Arif Hakim dengan sebulat suara menolak 'Permohonan Kebenaran Untuk Merayu' daripada Datuk Mustafa Ali dan lima defendan yang lain dengan kos RM10,000 dibayar kepada FELDA. Ini bermakna tiada lagi rayuan boleh dibuat di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim berkenaan sebulat suara menolak rayuan Mustafa dan lima defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Oleh itu Felda telah menang kes saman ini dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan di mana kesemua defendan perlu membayar gantirugi RM100,000 kerana memfitnah Felda. Sehingga kini, sebahagian bayaran telah pun dibuat oleh kesemua defendan tersebut.
Felda telah memfailkan saman pada 07/01/2013, terhadap keenam-enam mereka berhubung artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" bertarikh 27/11/2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.
Sebelum ini Felda juga pernah menang saman fitnah keatas Wan Azizah dan PKR dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR 'Suara Keadilan'.
Ini berikutan pengakuan liabiliti bagi kedua-dua artikel fitnah oleh defendan, iaitu Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel tersebut, Rusnizam Mahat.
Artikel itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap', yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu', yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010.
Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang.
Beliau berkata hanya Parlimen, dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada Felda untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956.
Jumaat, 18 September 2015
Pelumba Cub Prix Felda Naik Podium Antarabangsa
Tahniah kepada pelumba Felda PB Racing kerana berjaya menaiki podium antarabangsa ditangga kedua. Tak terjangka pelumba baru dari Felda ini berjaya menjejakkan kaki ke podium secepat ini, kerana beliau adalah pelumba baru.
Pelumba Felda PB Racing itu meraih podium antarabangsa pertama sewaktu beraksi di Litar Antarabangsa Chang apabila muncul naib juara pada Perlumbaan 1 kategori Underbone 130cc menewaskan rakan senegara, Mohd Azam Omar (PETRONAS Hong Leong Yamaha) manakala juara menjadi milik juara bertahan dari Indonesia, Gupita Kresna.
Gembira dengan keputusan positif tersebut, Fareez menuju ke Teluk Intan minggu ini dengan membawa semangat juang tinggi untuk sekali lagi menjejakkan kaki di atas podium sekaligus mencerahkan peluang untuk menamatkan cabaran CP115 di kelompok tiga pelumba terbaik keseluruhan pada musim ini.
![]() |
| Aksi hebat Fareez |
“Banyak yang saya pelajari dari perlumbaan tersebut. Keyakinan saya semakin meningkat dan harap ia berterusan dan dapat digunakan dalam perlumbaan di Teluk Intan, minggu ini.”
“Mungkin agak sukar untuk merebut gelaran keseluruhan dari Kasma yang jauh mendahului pelumba lain di tangga teratas. Cuma, tidak mustahil untuk saya merebut kedudukan antara tiga pelumba terbaik. Saya perlu bekerja lebih keras untuk menjejakkan kaki di atas podium,” tambahnya.
Selepas enam pusingan, Fareez telah mengumpul 53 mata untuk berada di tangga keempat di belakang pendahulu, Kasma Daniel (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan 120 mata diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ), masing-masing dengan 86 mata dan 69 mata.
Ternyata semangat anak muda pelumba Felda ini kuat dan hebat. Mungkinkah Felda juga akan menuruti jejak Petronas yang banyak menaja dan melahirkan pelumba tempatan dan dunia.
Rabu, 16 September 2015
Pengerusi Felda Pun turun Himpunan Baju Merah!
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut turun memberi sokongan kepada 'Himpunan Merah' yang ditaja oleh kumpulan NGO Melayu. Himpunan ini dikatakan mahu menunjukan bahawa kaum Melayu juga boleh bersatu.
Setelah berapa siri demo BERSIH yang terkenal dengan baju kuning membuat himpunan, baru kali ini NGO melayu membalas dengan menyatukan kaum melayu dari negeri-negeri untuk turun berkumpul di Padang Merbok.
Gambar dari himpunan merah di tengah bandaraya Kuala Lumpur,
Khamis, 27 Ogos 2015
Gambar Menarik Graduan Tajaan FELDA di Majlis Konvo
Ternyata saat yang paling bahagia ialah apabila kita berjaya ke menara gading. Anak FELDA merupakan insan yang bertuah, apabila seramai 101 orang mahasiswa yang telah ditaja bagi menjaga anak bangsa.
Berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Nilai 2015 dalam suasana yang cukup meriah dan membanggakan. Siapa tak gembira bila penat dan letih berbayar dengan kejayaan.
Seramai 800 graduan tersenyum puas apabila berjaya menerima anugerah Diploma dan Ijazah mereka. Berdasarkan kepada angka itu, 101 daripadanya merupakan pelajar tajaan FELDA.
Tahniah dan syabas pada semua graduan.
Sabtu, 22 Ogos 2015
Majlis Meraikan Bakal Haji Petugas Kumpulan FELDA
Tempohari berlangsung Majlis Meraikan Bakal Haji dan Hajah Petugas Kumpulan FELDA 2015 di Ballroom Menara Felda, Platinum Park, Jalan Stonor.
Majlis meraikan bakal Haji ini dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan FELDA, YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad diiringi oleh Pengarah Besar FELDA, Ybhg Datuk Hanapi Suhada.
Bakal Haji juga diberi sedikit buah tangan untuk bekalan mereka menunaikan ibadah tersebut. Selain itu, YB TS Isa juga turut memberi sedikit pesanan pada bakal Haji dalam ucapan beliau.
Majlis disusuli dengan ceramah agama oleh YBHG Ustaz Dato Hj Nizam Kamaruzzaman (Penceramah Bebas).
Gambar dimajlis tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)

















































