Khamis, 26 November 2015

Lagi Produk Anak Felda Bakal Keluar Negara


FELDA memang terkenal dengan produk keluaran tempatan yang bermutu tinggi. Malah sebelum ini pun FELDA telah mengeksport banyak barangan keluarannya ke luar negara. Jenama-jenama FELDA sebelum ni seperti SAJI, ADELA, Tiara, Pelangi dan beberapa nama lagi. Telah memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kali ini ada satu lagi produk penghasilan dari Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia Bhd, produk pencuci mesra alam yang diberi nama D'Belda. D'Belda mengunakan teknologi Biodegrasi.



Koperasi Majlis Belia juga untuk tahun ini, mereka telah menghasilkan beras dan bahan cucian. Kesemua produk ini diberi penjenamaan D'Belda. Malah dikhabarkan Koperasi ada merancang dalam pengeluaran yang lain selepas ini.


Syabas diucapkan kepada Pengerusi Koperasi Majlis Belia Felda, Anuar Abd Manap atas inisatif ini. Mereka menghasilkan produk sendiri dan memasarkan kepada seluruh negara, malah ianya untuk pasaran antarabangsa. Sasaran untuk mengeksport produk cucian ini ke Asia Barat telah membuka mata bahawa agensi FELDA bukan lagi hanya berorientasikan Kelapa Sawit sahaja. Ia langkah terbaik untuk memajukan dan pembangunan usahawan FELDA. Apa tidaknya, sebulan sahaja mereka mampu menghasilkan 100,000 liter cucian D'Belda jika setahun 1.2 juta liter untuk kegunaan industri.

Demi mencapai hasrat untuk mengeksport produk ke luar negara, Koperasi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Syarikat Microclear Sdn Bhd.



Buat permulaan, Produk pencuci ini akan dipasarkan ke semua agensi seliaan Felda di seluruh negara. Selepas ini Koperasi turut merancang mengeksport produk ini ke Asia Barat dijangka lebih kurang dua tahun akan datang.

Mungkin selepas ini kita boleh mencuba, produk keluaran Koperasi Majlis Belia Felda, yang dikatakan mesra alam.

Tiada ulasan: