Khamis, 26 November 2015
Pemandu Teksi Terbaik diberi Anugerah Khas!
Selalu kita mendengar anugerah artis terbaik, anugerah untuk atlet sukan terbaik. Pernah dengar anugerah untuk pemandu teksi? Untuk mendidik, kadangkala pengikhtirafan itu penting.
Masih ingat kisah budak yang diculik dan dibawa pulang oleh seorang pemandu teksi? Atas kejujuran tersebut, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengikhtiraf beliau sebagai pemandu teksi yang terbaik dari seluruh negara.
Pemandu teksi itu bernama Hanizan Mohamed Radzi 42, beliaulah yang membawa pulang kanak-kanak yang diculik kepada keluarganya tempohari. Disebabkan itu beliau telah mendapat Anugerah Khas yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar.
Di majlis anugerah Simposium SPAD 2015 yang bertemakan "Journey Into The Future: Building People Centric Mobility".
Beberapa orang lagi pemandu teksi yang jujur dan bersikap baik juga telah diikhtiraf.
Abdul Wahid Tahir juga mendapat Anugerah Khas kerana kejujurannya memulangkan kembali telefon pintar i-phone 6 kepada pemiliknya, setelah penumpang itu tertinggal telefon tersebut didalam teksinya. Sikap mulia beliau itu melayakkan dirinya menerima Anugerah Khas ini.
Selain itu, Encik Tamil Nesan Shanmugam juga mendapat anugerah yang sama kerana beliau sanggup meminjamkan wang kepada pelanggannya yang tertinggal dompet di rumah. Sikap luar biasa mereka sewajarnya menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada pemandu-pemandu teksi diluar sana.
Tak ramai pemandu teksi yang kita jumpa bersikap begini. Tapi inilah mereka, pemandu teksi terbaik.
Tentu kita tertanya-tanya bagaimana SPAD boleh tahu semua kejadian dan menilai kesemua pemandu teksi ni kan?
SPAD memberi anugerah kepada pemandu-pemandu teksi terbaik berdasarkan "point" yang dipungut melalui aplikasi "Meter On". Jadi pemandu teksi yang mengutip mata tertinggi hasil pujian pelanggan akan diangkat sebagai pemandu teksi terbaik.
Selain dari 3 pemandu teksi tadi, senarai nama dibawah ini juga adalah diantara pemandu teksi yang mendapat anugerah dari SPAD.
1- En. Yau Kok Wah
2- En. Mohd Hasfizal bin Ahmad
3- En. Abdul Razak bin Yusop
4- En. Muhamad Nadzrin bin Ibrahim
5- En. Khairul Amilin Mukti
6- En. Mohammad Faizal bin Mohd. Yusup
7- En. Muhammad Azroy bin Abdullah
9- Puan Anjalai A/P Poonusamy
10- Puan Azeela binti Yatiman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan