Khamis, 17 Disember 2015

FGV Mungkin Tembusi Pasaran Afrika!



Dalam usaha meneroka peluang untuk mengembangkan FGV ke luar negara. Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) sedang meneliti untuk melabur di Pasaran Afrika.

Presiden FGV yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, beliau sendiri akan ke Gabon untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan kerajaan negara tersebut bagi mengadakan perbincangan dan menilai potensi pelaburan disana.

Menurutnya lagi, pasaran Afrika yang luas menjadi keutamaan FGV memasarkan produk-produk hilirannya. Jika diberi peluang FGV sedia melabur secara fizikal di Afrika Selatan.

FGV sudah mengerakan perbincangan dengan Kerajaan Gabon dan Olam International Ltd. (Olam) sedang diusahakan bagi kerjasama samaada di Bahagian huluan atau hiliran.

Ketika ini FGV sedang Giat mengadakan kerjasama dengan Olam, sebuah syarikat pertanian yang berpusat di Singapura, bagi melatih pekebun-pekebun sawit Gabon dalam usaha membantu negara Afrika itu membangunkan ladang sawitnya mengikut kaedah dan konsep yang digunapakai oleh Felda.

Datuk Mohd. Emir turut menambah bahawa perbincangan masih lagi diperingkat awal, jika berjaya kemungkinan FGV akan memulakan dengan pembangunan kilang penapisan sawit atau biodiesel.

Afrika merupakan tempat baru bagi FGV dan juga Felda untuk mengembangkan lagi pasaran mereka. Namun kajian terperinci harus dilaksanakan, takut jika tersalah langkah. Ia memberi kesan yang besar pada syarikat tempatan tersebut.

Tiada ulasan: