Sabtu, 19 Disember 2015

MCA Teguh Bersama Sedia Hadapi PRU 14


Pilihanraya Umum yang ke 14 kurang dari 700 hari saja lagi. Semua parti politik tak kiralah dari pihak Kerajaan atau pembangkang, sedang mengambil langkah untuk memperkukuhkan parti masing-masing.

MCA Malaysian Chinese Association, parti komponen BN yang mewakili kaum cina, kurang berkesan kempennya dalam PRU yang lepas. Belajar atas kekurangan tersebut, MCA mengambil langkah initiatif untuk membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

Berbekalkan kempen 'Stronger Together' atau 'Teguh Bersama', MCA di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, telah memutuskan untuk menganjurkan satu siri aktiviti untuk sentiasa bertemu dengan Rakyat. Presiden MCA, Dato Sri Liow Tiong Lai berharap semua ahli MCA akan kekal 'Teguh Bersama' di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang.

Kita tahu, kelebihan parti MCA dimata kaum cina ialah kebajikan dari servis yang mereka berikan. Disebabkan itu, MCA juga melahirkan iltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Rakyat.

Liow Tiong Lai telah melantik Dato Sri Ong Ka Chuan, Setiausaha Agung MCA, sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang bagi menggantikan Datin Paduka Chew Mei Fun. Liow juga telah melantik Timbalan Presiden MCA, Dato Sri Dr Wee Ka Siong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pilihanraya bagi menghadapi PRU14.

Susunan jentera baru MCA ini tampak lebih kukuh dan kelihatan lebih bersedia. MCA perlu mencari jalan untuk kembali mengambil hati ahli mereka dan pengundi kaum cina yang kita sedia maklum sudah jauh hati dengan Barisan Nasional.

Sebenarnya, Kempen 'Teguh Bersama' yang dilakukan oleh MCA adalah kesinambungan kempen yang dilakukan sejak April 2014, sebagai satu langkah transformasi oleh parti berkenaan. Pimpinan MCA mahu semua ahli MCA di Malaysia teguh bersama mereka untuk meneruskan perjuangan legasi MCA didalam Kerajaan BN sebagai parti utama kaum cina di Malaysia.

Tiada ulasan: