Rabu, 23 September 2015
FGV Terima Dua Anugerah Berkaitan Dengan HR!
Tahniah diucapkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) Nampaknya FGV terus mendapat pengikhtirafan dunia. Jika pengurusan kerja yang bagus dan mengikut spefikasi, sudah tentu orang akan memberi penghargaan dan menjadikan ianya contoh terbaik.
FGV diberikan pengiktirafan dalam bidang pengurusan sumber manusia apabila menerima dua anugerah utama dalam majlis berprestij, Anugerah Sumber Manusia 2015.
Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan FGV Mohd Najid Md Yahya menerima anugerah itu bagi pihak FGV pada majlis yang berlangsung Khamis lepas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata semua ini kerana FGV komited terhadap kecemerlangan dalam HR dan memperakui pentingnya pengurusan bakat dalam menjayakan visi untuk menjadi antara 10 penggiat utama dalam perniagaan berkaitan pertanian di dunia.
Jika dunia mengikhtiraf syarikat dari Malaysia, kenapa kita tidak?
“FGV mempunyai lebih 55,000 tenaga pekerja di Malaysia dan di luar negara, termasuk pekerja asing yang bertugas di ladang-ladang. Ramai pekerja memiliki tahap kemahiran yang pelbagai di kawasan bandar dan luar bandar, yang menjadi lokasi operasi perniagaan kami.
“Bagi membangunkan syarikat yang kukuh, kami perlu memastikan sumber manusia kami diurus dengan baik. Pengurusan sumber manusia kami perlu sentiasa mengetahui trend terkini serta isu-isu membabitkan pekeja,” katanya dan menambah ini termasuk pembangunan kerjaya serta kebajikan pekerja.
Mungkin ada yang kata anugerah ini hanya biasa-biasa saja. Sebenarnya, anugerah ini dihoskan oleh Human Resources, sumber berita berkaitan HR utama Asia, dan dinilai oleh panel pengarah-pengarah HR di seluruh Asia, anugerah itu ditaja oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Talent Corporation Malaysia.
Anugerah ini membuktikan syarikat Malaysia mempunyai pengurusan yang bertaraf dunia dan mampu untuk bersaing dengan syarikat ternama yang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan