Sponsor

Memaparkan catatan dengan label FGV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FGV. Papar semua catatan

Rabu, 25 November 2015

FGV Tidak Terlibat Dengan Kegiatan Militan



Sebagai syarikat tempatan yang membantu banyak negara dari segi pelaburan dan menyedia peluang pekerjaan yang besar. Adalah mustahil Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) boleh terlibat dengan perkara yang tak masuk akal.

Walaupun dikhabarkan ada kakitangan FGV yang mungkin terlibat, itu tidak bermaksud FGV menyokong apa yang kakitangannya itu lakukan.

Malah FGV telah mengeluarkan kenyataan tegas bahawa ia menentang keras apa-apa bentuk fahaman pelampau atau radikal, dan tidak mempunyai toleransi terhadap tindakan membahayakan nyawa mereka yang tidak bersalah.

FGV dalam kenyataannya,

“Semua kakitangan FGV tertakluk kepada Peraturan dan Kod Etika Pekerja, yang melarang apa-apa penglibatan dalam aktiviti salah yang boleh mencemarkan reputasi syarikat,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Kenyataan dikeluarkan oleh FGV itu adalah untuk mengulas laporan yang dikeluarkan oleh laman web akhbar tempatan mengenai bekas pegawai kanan Felda antara lima suspek yang ditahan atas kegiatan militan.

Menurut FGV, pada masa ini, ia akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkenaan bagi membantu siasatan tersebut.

Kita pun tahu FGV mempunyai rangkaian pekerja yang sangat ramai dari luar dan dalam negara. Tak mungkin kesemua yang dilakukan oleh kakitangannya itu mendapat perkenan dari FGV.

Mana mungkin sebuah syarikat multinasional macam FGV boleh terlibat dengan kegiatan militan. Bahkan negara Malaysia sendiri menolak keras perbuatan keganasan sebegitu.

Jika Malaysia menolak, mana mungkin ada syarikatnya yang menyokong, betui tak?

Rabu, 23 September 2015

FGV Terima Dua Anugerah Berkaitan Dengan HR!


Tahniah diucapkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV)  Nampaknya FGV terus mendapat pengikhtirafan dunia. Jika pengurusan kerja yang bagus dan mengikut spefikasi, sudah tentu orang akan memberi penghargaan dan menjadikan ianya contoh terbaik.

FGV diberikan pengiktirafan dalam bidang pengurusan sumber manusia apabila menerima dua anugerah utama dalam majlis berprestij, Anugerah Sumber Manusia 2015.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan FGV Mohd Najid Md Yahya menerima anugerah itu bagi pihak FGV pada majlis yang berlangsung Khamis lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata semua ini kerana FGV komited terhadap kecemerlangan dalam HR dan memperakui pentingnya pengurusan bakat dalam menjayakan visi untuk menjadi antara 10 penggiat utama dalam perniagaan berkaitan pertanian di dunia.

Jika dunia mengikhtiraf syarikat dari Malaysia, kenapa kita tidak?

“FGV mempunyai lebih 55,000 tenaga pekerja di Malaysia dan di luar negara, termasuk pekerja asing yang bertugas di ladang-ladang. Ramai pekerja memiliki tahap kemahiran yang pelbagai di kawasan bandar dan luar bandar, yang menjadi lokasi operasi perniagaan kami.



“Bagi membangunkan syarikat yang kukuh, kami perlu memastikan sumber manusia kami diurus dengan baik. Pengurusan sumber manusia kami perlu sentiasa mengetahui trend terkini serta isu-isu membabitkan pekeja,” katanya dan menambah ini termasuk pembangunan kerjaya serta kebajikan pekerja.


Mungkin ada yang kata anugerah ini hanya biasa-biasa saja. Sebenarnya, anugerah ini dihoskan oleh Human Resources, sumber berita berkaitan HR utama Asia, dan dinilai oleh panel pengarah-pengarah HR di seluruh Asia, anugerah itu ditaja oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Talent Corporation Malaysia.

Anugerah ini membuktikan syarikat Malaysia mempunyai pengurusan yang bertaraf dunia dan mampu untuk bersaing dengan syarikat ternama yang lain.

Sabtu, 13 Jun 2015

FGV Bukan Terkeluar dari Bursa Saham - Datuk Ehsan


Riuh rendah mengenai saham FGV terkeluar dari Bursa Saham. Ada yang mengaitkan bahawa faktor kejatuhan saham tersebut menjadi punca ianya terkeluar. Rasanya, dari kita terus bertanda tanya dan membuat spekulasi yang tidak sepatutnya. Lebih baik kita soal Datuk Noor Ehsan salah seorang Ahli Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

YB. Datuk Noor Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, menafikan bahawa Saham milik Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) disingkirkan terus dari senarai Bursa Saham. Beliau menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak berasas daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Ehsanuddin menerangkan,

"FGV hanya terkeluar daripada senarai top 30 Indeks Komposit. Ia merupakan lumrah dan perkara biasa bagi pemegang saham. FGV masih dalam pasaran utama bursa dan sahamnya akan diniagakan setiap hari seperti biasa. FGV akan berniaga seperti biasa cuma pasaran terkumpul tidak sebesar dahulu. Adalah tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30"

Datuk Ehsanuddin memberi respon tersebut ketika ditemubual selepas mempengerusi mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Pencari Fakta (AIFOCOM) Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi memerangi ancaman Dadah di Kuala Lumpur, selasa lalu.

Menurut Ehsanuddin lagi, terdapat 800 hingga 1000 syarikat yang tersenarai dalam bursa turut alami perkara yang sama. Cuma FGV ini mendapat liputan, atas kerana ianya berkaitan dengan Felda.

"Ada syarikat yang berada pada kedudukan nombor 300 tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. FGV walaupun keuntungannya pada penggal kedua, jatuh berbanding penggal pertama, ia masih mencatat keuntungan" sambung beliau lagi.


Penulis nak terangkan sikit mengenai FGV ni. Sejak 2014, harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah turun secara drastik dan menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas. ini dijelaskan sendiri oleh Datuk Ehsanuddin yang menurutnya IOI Plantations rugi RM 188 juta, Sarawak Plantation turun sebanyak 98 peratus manakal Genting Plantation turun 48 peratus, senarai tersebut catat penurunan kerana penurunan harga kelapa sawit.

Semua syarikat pun terasa dan terkena, bukan hanya FGV sahaja.

Lagi satu, FGV ni hanya terkeluar dari senarai utama 30, bukan terkeluar langsung dari BSKL. Kiranya macam Liga Kedua. Bila prestasinya meningkat balik, FGV akan masuk balik kedalam senarai 30 utama.

Berniaga ni biasalah, ada untung rugi, tambahan pulak pasaran saham ni sangat berkait rapat dengan persepsi sekitar. Sekarang banyak orang dok buat cerita buruk tentang FGV, sudah tentu ia akan terus turun.

Marilah kita berdoa agar saham FGV stabil dan kembali seperti dulu.