Sabtu, 13 Jun 2015

FGV Bukan Terkeluar dari Bursa Saham - Datuk Ehsan


Riuh rendah mengenai saham FGV terkeluar dari Bursa Saham. Ada yang mengaitkan bahawa faktor kejatuhan saham tersebut menjadi punca ianya terkeluar. Rasanya, dari kita terus bertanda tanya dan membuat spekulasi yang tidak sepatutnya. Lebih baik kita soal Datuk Noor Ehsan salah seorang Ahli Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

YB. Datuk Noor Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, menafikan bahawa Saham milik Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) disingkirkan terus dari senarai Bursa Saham. Beliau menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak berasas daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Ehsanuddin menerangkan,

"FGV hanya terkeluar daripada senarai top 30 Indeks Komposit. Ia merupakan lumrah dan perkara biasa bagi pemegang saham. FGV masih dalam pasaran utama bursa dan sahamnya akan diniagakan setiap hari seperti biasa. FGV akan berniaga seperti biasa cuma pasaran terkumpul tidak sebesar dahulu. Adalah tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30"

Datuk Ehsanuddin memberi respon tersebut ketika ditemubual selepas mempengerusi mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Pencari Fakta (AIFOCOM) Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi memerangi ancaman Dadah di Kuala Lumpur, selasa lalu.

Menurut Ehsanuddin lagi, terdapat 800 hingga 1000 syarikat yang tersenarai dalam bursa turut alami perkara yang sama. Cuma FGV ini mendapat liputan, atas kerana ianya berkaitan dengan Felda.

"Ada syarikat yang berada pada kedudukan nombor 300 tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. FGV walaupun keuntungannya pada penggal kedua, jatuh berbanding penggal pertama, ia masih mencatat keuntungan" sambung beliau lagi.


Penulis nak terangkan sikit mengenai FGV ni. Sejak 2014, harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah turun secara drastik dan menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas. ini dijelaskan sendiri oleh Datuk Ehsanuddin yang menurutnya IOI Plantations rugi RM 188 juta, Sarawak Plantation turun sebanyak 98 peratus manakal Genting Plantation turun 48 peratus, senarai tersebut catat penurunan kerana penurunan harga kelapa sawit.

Semua syarikat pun terasa dan terkena, bukan hanya FGV sahaja.

Lagi satu, FGV ni hanya terkeluar dari senarai utama 30, bukan terkeluar langsung dari BSKL. Kiranya macam Liga Kedua. Bila prestasinya meningkat balik, FGV akan masuk balik kedalam senarai 30 utama.

Berniaga ni biasalah, ada untung rugi, tambahan pulak pasaran saham ni sangat berkait rapat dengan persepsi sekitar. Sekarang banyak orang dok buat cerita buruk tentang FGV, sudah tentu ia akan terus turun.

Marilah kita berdoa agar saham FGV stabil dan kembali seperti dulu.

Tiada ulasan: