Sabtu, 13 Jun 2015

Ops Parasit Cegah 'Ulat Tiket' Pra Ramadhan


Bila masuk musim cuti sekolah atau perayaan, sudah tentu stesen bas akan menjadi tempat tumpuan untuk mereka yang hendak pulang ke kampung. Disinilah mereka yang dipanggil 'Ulat Tiket' beraksi. Ulat ini umpama ejen tiket bas haram, yang kononnya niat untuk membantu.

Tapi ada banyak kes yang melibatkan ulat tiket menipu pelanggan. Jadi untuk mengelakan perkara yang tidak baik berlaku, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat SPAD telah mengadakan operasi khas.

Operasi yang diberi nama, OPS KHAS (PARASIT) pada 11 Jun yang lepas, di Sekitar Terminal Pudu Sentral.

Dalam operasi tersebut, seramai 7 orang ulat tiket telah ditahan, 6 lelaki dan seorang wanita. Mereka ditangkap setelah dikenalpasti bahawa melakukan perkara demikian di Terminal Pudu Sentral.

Boleh lihat gambar dibawah,





Semua tahanan telah dihantar ke Lokap IPD Dan Wangi untuk tahanan sementara dan akan di tuduh di Mahkamah Jln Duta pada keesokkan harinya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, denda sebanyak RM2,800.00 - RM4,500.00 telah dikenakan kepada mereka. 2 dari pada pesalah telah dihantar ke penjara kerana tidak mampu membayar denda.

Hukuman yang dikenakan bukan untuk menzalimi mereka. Ia hanya untuk mencegah perbuatan yang dilarang supaya rakyat Malaysia mengikut undang-undang. Walaupun kesalahan ini nampak kecil, namun ia sebenarnya banyak memberi kesan pada pelanggan yang pernah ditipu kerana ia melibatkan ramai pihak.

Jadi tindakan SPAD ini adalah tepat dan sangatlah digalakan.

Tiada ulasan: