Rabu, 7 Oktober 2015

Akademi Golf FELDA! Dari Anak Peneroka ke Padang Golf !


Pada anak FELDA yang mempunyai bakat, mahu atau nak mencuba untuk menjadi seorang pemain golf. Ini ada berita baik untuk anda.

FELDA melalui Yayasan FELDA akan mencungkil dan menggilap bakat pemain golf melalui Akademik Golf FELDA (AGF) bagi mengetengahkan pemain terutamanya dari generasi kedua dan ketiga warisan FELDA.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, beliau memberitahu bahawa, AGF sudah mengadakan pemilihan sejak Oktober tahun lalu, di enam wilayah FELDA bagi mencari bakat muda dalam kalangan anak dan cucu peneroka.

“Hasil penjelajahan ini, seramai 62 peserta terpilih termasuk 10 pemain wanita menyertai AGF Januari lalu yang dilaksanakan di dua tempat iaitu di A’Famosa Golf Resort Melaka dan Taiping Golf Resort, Perak.

“Hasrat FELDA melahirkan pemain golf profesional dan ahli sukan berlatar belakang pendidikan cemerlang dari generasi baru,” katanya pada sidang media selepas penyampaian hadiah Pertandingan Golf Petunjuk Prestasi Utama (KPI) antara 40 pelajar AGF di Kelab Golf Port Dickson tempohari.

Akedemi juga turut melantik Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) untuk mengurus dan melatih pelajar serta ditawarkan pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan dengan kos ditanggung FELDA.

Bukan saja boleh menjadi pemain golf, dapat belajar pula secara percuma. Untung siapa jadi anak FELDA ni. Itu pun masih ada yang tak sudah-sudah nak sabotaj FELDA dengan pelbagai cerita yang kurang baik.

Tiada ulasan: