Sabtu, 12 Disember 2015

Skuad Sayang Wanita UMNO Begitu 'Energetik'



Bagi pengiat politik tanah air, tak kisah la dipihak Kerajaan atau Pembangkang, sudah tentu tahu bahawa Wanita UMNO merupakan tulang belakang parti UMNO yang sangat penting. Lebih-lebih lagi Jentera Skuad Sayang yang sememangnya cukup bersemangat dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Hal ini disebut oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, yang menyifatkan Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO sebagai begitu 'energetik'.

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Tinggi berkenaan merujuk kepada tindakan Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia yang sentiasa bersedia dalam menjalankan tugas bagi membantu melicinkan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO. Anggota Skuad Sayang sentiasa setia bersatu memberi khidmat kepada parti bila-bila masa sahaja yang diperlukan.

Datuk Ehsan menyarankan kepimpinan Skuad Sayang mengembleng usaha untuk menghebahkan segala apa yang dilakukan di media sosial agar rakyat mengetahui peranan dan kepentingan skuad berkenaan.

Wanita UMNO diingatkan agar bersatu mengembeling usaha menangkis tohmahan, fitnah dan putar belit di media sosial bagi mempertahankan parti UMNO daripada serangan pembangkang.

Juga diperingatkan agar Skuad Sayang mengerakkan program bersama agensi-agensi Kerajaan seperti JASA, KEMAS, Seranta FELDA dan BTN dalam usaha mereka memberi bantuan dan khidmat kepada Rakyat.

Dalam majlis makan malam yang sama juga Datuk Ehsan melahirkan kegembiraan apabila mahasiswa di IPTA dan IPTS memberi respon yang positif terhadap semua usaha Kerajaan membantu Rakyat. Ini dapat dilihat apabila mereka mengupas setiap isu-isu semasa dengan fakta yang benar dan berjaya memenangi banyak tempat dalam pilihanraya universiti.

Tiada ulasan: