Sabtu, 12 Disember 2015

MCA Sokong PDRM Cegah Fahaman ISIS



Ancaman Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) bukan perkara baru. Pelbagai seminar, penerangan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan dan agensi untuk menyedarkan orang ramai mengenai ancaman kumpulan penganas ini.

ISIS bukanlah kumpulan pejuang agama seperti mana yang mereka nyatakan. Mereka hanya mengunakan nama Islam untuk menarik sokongan umat Islam yang lain sedangkan cara mereka dan perjuangan mereka tidak langsung berpandukan Islam yang sebenar.

Di Malaysia, baru-baru ini Parti Komponen Barisan Nasional (BN) MCA menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan menghargai usaha PDRM di dalam perjuangan menentang penyebaran ideologi militan di Malaysia terutama golongan ISIS.

Seminar Keselamatan Negara & Ancaman Militan IS telah dirasmikan oleh Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai, seminar telah dibuat di Wisma MCA.



MCA tidak memandang ringan terhadap ancaman militan ISIS memandangkan ia boleh menggugat keselamatan negara. Dalam ucapan perasmian DS Liow berkata, jika 1% sahaja dari militan IS yang dianggarkan oleh pihak PDRM berjumlah 50,000 memilih untuk bertindak dengan menzahirkan perjuangan secara fizikal di Malaysia, pasti sekali negara akan berada didalam keadaan kucar kacir dan huru hara.

Menurut Liow lagi,

Bukan sahaja Malaysia saja menerima ancaman pelampau ini, negara seperti Perancis, Filipina dan beberapa negara lain turut menerima padahnya. Pendirian rasmi MCA menurut beliau adalah berkaitan militan ISIS tiada kaitan dengan Agama atau Bangsa.

Seperti yang penulis katakan, ISIS bukan perjuangkan agama Islam.

Oleh itu MCA amat berpuas hati dengan kerja kuat yang dilakukan oleh PDRM dalam mengekalkan keamanan negara dari ancaman pengganas.

Tahniah PDRM, teruskan usaha murni ini!


Tiada ulasan: